KUALA LUMPUR: Persepsi rakyat terhadap UMNO, khususnya berkaitan pemimpinnya, perlu diperbaiki dalam meraih kembali kepercayaan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata rakyat mengetahui rekod prestasi UMNO ketika mentadbir dan membangunkan negara, namun kebanyakan mereka masih mempunyai isu kepercayaan dalam memberikan sokongan kepada parti itu.
"Kita (UMNO) kena dilihat bahawa pemimpin-pemimpin yang ada ini menginsafi apa yang telah berlaku pada PRU14," katanya kepada Bernama di sini.
Tanggal 9 Mei 2018 menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU14 sekali gus menamatkan pemerintahan 61 tahun Barisan Nasional (BN), yang ditunjangi UMNO.
Ditanya mengenai perdebatan dalam kalangan ahli parti mengenai pemimpin terpalit kes mahkamah yang boleh membantutkan usaha membina semula UMNO, Mahdzir berkata perkara itu perlu ditangani dengan rasional dan bijaksana bagi mengelak perpecahan dalam parti.
Katanya, UMNO telah melalui pelbagai krisis sepanjang hampir 75 tahun penubuhannya termasuk pengharaman parti itu pada 1988, penubuhan parti serpihan UMNO iaitu Semangat 46 dan pemecatan Timbalan Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kemudiannya membentuk PKR.
Oleh itu, Mahdzir berpendapat ahli dan pimpinan parti perlu kembali kepada asas perjuangan dalam memelihara kepentingan negara bangsa serta bermuafakat dalam mengharungi krisis semasa.
Beliau berkata Perhimpunan Agung UMNO pada 27 dan 28 Mac ini akan menjadi medan bagi ahli dan pimpinan parti itu bersolidariti dalam menetapkan hala tuju parti bagi persiapan menghadapi PRU15 termasuk berhubung kerjasama dengan parti PAS dan Bersatu.
Selain itu, beliau berkata UMNO juga perlu mengemukakan 'tawaran baharu' kepada rakyat yang mendambakan perubahan seiring keperluan masa kini.
Sebagai contoh, katanya usaha digitalisasi negara menjadi agenda penting untuk dilaksana secara menyeluruh kerana capaian Internet berkualiti merupakan keperluan bagi rakyat masa kini.
"Kita kena meyakinkan (rakyat), UMNO boleh buat apa yang mereka nak dan ada tawaran baharu untuk rakyat," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap itu menyifatkan pendulum politik kembali berayun ke arah UMNO dan BN selepas ditolak majoriti rakyat dalam PRU14.
"Saya tidak nampak PRU15 ini rakyat akan menolak UMNO tetapi kita nak lihat sekuat mana ayunan pendulum itu kepada UMNO dan BN," tambahnya.
Parti itu menemui momentum dengan memenangi tujuh daripada 12 Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas PRU14, dengan empat PRK terawal dimenangi PH sebelum BN mendapat rentak kemenangan bermula di PRK kelima di Cameron Highlands pada Januari 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 21 2021
MAHDZIR: Kita (UMNO) kena dilihat bahawa pemimpin-pemimpin yang ada ini menginsafi apa yang telah berlaku pada PRU14. -Gambar fail
Sarawak tunggu kerajaan persekutuan muktamadkan undang-undang berkaitan karbon
Sarawak tunggu kerajaan persekutuan muktamadkan undang-undang karbon khasnya berkaitan penghantaran rentas sempadan, sebelum perdagangan komoditi berkenaan dapat dimulakan.
SUKMA 2024: KBS puji Sarawak naik taraf kemudahan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memuji usaha kerajaan Sarawak menaik taraf kemudahan sukan sedia ada bagi menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, khususnya Lapang Sasar Menembak yang dilengkapi sistem elektronik.
Terjunan emas Elvis di pusat akuatik Pandelela Rinong
Sarawak membuktikan wilayah itu tidak ketandusan atlet terjun. apabila Elvis Priestly Clement mengungguli acara 3 meter papan anjal lelaki.
Nur Afrina leburkan rekod 100 meter wanita SUKMA
Atlet Selangor Nur Afrina Batrisyia mempamerkan larian bertenaga untuk membawa pulang emas 100m wanita selepas mengungguli saingan dengan 11.64s, yang juga rekod baharu temasya SUKMA 2024.
Danish Iftikhar raja pecut SUKMA 2024
Danish Iftikhar mencatatkan 10.53 saat (s) untuk menang pingat emas buat Johor, menafikan cabaran sengit dua lagi pelumba Danish Irfan Tamrin dan Muhammad Erfain Feerzan Qhan Mohd Yazid yang masing-masing meraih perak dan gangsa.
Agensi pemerkasaan agenda bumiputera perlu cekap, bertanggungjawab - PM
Anwar bagaimanapun berkata semua dasar bumiputera tidak akan mengenepikan hak kaum-kaum lain.
OKS dera anjing Husky gagal hadir, mahkamah keluar waran tangkap
Waran tangkap tersebut dikeluarkan susulan OKS itu gagal hadir ke mahkamah bagi sebutan kes hari ini dan hanya diwakilkan oleh peguamnya.
Berita Terkini Kita: Cerita komuniti di Kuala Terengganu
Berita Terkini Kita minggu ini ke Terengganu bersama Nursyazwani Saiful Sham. Ikuti perkongsian #InilahKita berkenaan komuniti Peranakan Cina di Terengganu. Peranakan Cina yang terdapat di Terengganu sedikit berbeza dengan berasimilasi kepada budaya Melayu.
China terus rekod pertumbuhan stabil pada suku kedua 2024
Ekonomi China terus merekodkan pertumbuhan stabil pada Julai dengan hasil jualan entiti pasaran pulih selain soroton positif di pelbagai sektor.
900 majikan gaji PATI ditangkap bagi tempoh 1 Jan hingga 16 Ogos - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak sesekali berkompromi dengan majikan yang menggaji pendatang tanpa izin (PATI) dan tindakan tegas akan diambil.
Persepsi terhadap kepimpinan UMNO perlu diperbaiki - Mahdzir
Rakyat mengetahui rekod prestasi UMNO ketika mentadbir dan membangunkan negara, namun kebanyakan mereka masih mempunyai isu kepercayaan dalam memberikan sokongan kepada parti itu.