Lebih 30 peratus daripada 45 kerusi yang ditandingi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) terjejas dengan usul persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Setiausaha Agungnya Datuk Liang Teck Meng berkata, butiran mengenai kaedah membuat bantahan dari pihak Gerakan akan diperinci dalam mesyuarat Barisan Nasional.
Katanya, kedudukan Gerakan terjejas teruk terutamanya di Selangor yang membabitkan kawasan Parlimen Puchong dan kawasan DUN Bukit Lanjan, Bukit Gasing, Kota Alam Shah dan Teratai.
"Untuk membuat bantahan, kita kena penuhi syarat-syarat yang ditentukan SPR antaranya ialah mendapatkan sekurang-kurangnya 100 pengundi dari kawasan masing-masing dan lampirkan sekali butiran penting termasuk tandatangan.
"Penentuan sama ada bantahan rasmi akan dibuat berasingan atau melalui Barisan Nasional, ia akan ditentukan dalam mesyuarat yang akan dipengerusikan Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Khamis ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia pada Selasa.
Minggu lalu Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berpendapat, persempadanan semula akan menyebabkan usaha Gerakan dalam mendekati pengundi menjadi sia-sia.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional minggu lalu juga telah membenarkan parti-parti komponennya untuk membuat bantahan terhadap syor persempadanan semula SPR.
SPR melaksanakan kajian semula persempadanan bagi kerusi Parlimen dan DUN bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula 15 September lalu.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.
Menurut Abdul Ghani SPR akan mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah selama satu bulan bermula 15 September hingga 14 Oktober.
Hilal Azmi
Tue Sep 27 2016

Dalam sidang media hari ini, Gerakan menyifatkan tindakan persempadanan semula membuatkan usaha mendekati pengundi selama ini menjadi sia-sia. - Foto Astro AWANI/Hilal Azmi

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai tugas menasihati Agong - Anthony Loke
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai menjalankan tugas menasihati serta mempersembahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong.

'Kami rela dituduh pelacur demi pertahankan perpaduan ummah' - Pemuda Pas Selangor
Pas rela dituduh demikian daripada menjadi 'pelacur politik dan kuasa' kerana rakus menggadai maruah agama dan bangsa untuk kehendak peribadi.

10,000 penduduk Rusia berarak bantah cara Putin tangani krisis politik
Perarakan seumpama itu jarang berlaku di Rusia, sekali gus menyaksikan keretakan dalam pimpinan Putin yang semakin dikecam.

Ahmad Faizal kekal Ketua Bersatu Bahagian Tambun, menang tanpa bertanding
Bersatu Perak mempunyak 277 Cawangan daripada 24 Bahagian yang melibatkan keahlian kira-kira 28,548 orang.

Kerajaan sedar naratif politik semasa - Dr Wan Azizah
Kerajaan sedar mengenai naratif politik semasa di mana rakyat mengharapkan sesuatu yang luar biasa dilakukan dalam memenuhi harapan masyarakat.

Pentadbir kena neutral, kesetiaan 'berbelah bagi' tidak menyumbang pada pentadbiran negara
Para pentadbir harus bersikap neutral dan patuh kepada kerajaan semasa yang dipilih rakyat walaupun mempunyai pendirian politik tersendiri bagi memastikan pentadbiran negara baik, kata Perdana Menteri

Muhyiddin nafi ada sengketa dengan Dr Mahathir
Mesyuarat khas tergempar yang diadakan Dr Mahathir baru-baru ini hanya untuk mendengar perbezaan pendapat susulan isu pelantikan Exco Johor yang baharu.

PRK Sandakan: Anak mendiang Stephen Wong diumumkan calon PH
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan anak mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen (P) 186 Sandakan.

Fitnah, berita palsu marak menjelang Pemilu 2019
Perkembangan pesat komunikasi siber mengundang masalah besar buat seluruh dunia lebih-lebih lagi pada negara yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 269 juta seperti Indonesia.

PRK Rantau: Ilham Centre jangka Mohamad Hasan akan menang
Ilham Centre menjangkakan Mohamad akan mengekalkan kerusi DUN Rantau dengan peralihan undi daripada PH kepada BN sebanyak 24.5 peratus.