Gabungan Pilihan Raya BERSIH dan Adil (BERSIH) menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk memajukan agenda transformasi politik bagi memastikan kestabilan dan akauntabiliti politik selepas PRU15.
Permainan teka tarikh PRU15 sedang menyakitkan negara dengan bukan sahaja ketidaktentuan yang akan mempengaruhi keputusan dalam perkara ekonomi dan kehidupan rakyat, namun juga mengalihkan perhatian menteri dalam urusan pentadbiran.
Sekiranya PM tidak dapat menentukan bila untuk memanggil pilihan raya awal, beliau secara asasnya perlu membentangkan pelan Pentadbiran dan Reformasi bagi baki penggal beliau sehingga 16 Julai 2023. Beliau perlu menunjukkan kepimpinan dan iltizam untuk menstabilkan politik Malaysia.
BERSIH baru sahaja menutup konferens bertajuk “Gearing Up for GE15: What Reforms Do Voters Want”, di mana kami mendengar pandangan ahli politik daripada pelbagai parti dan pakar daripada ahli akademik serta ahli masyarakat sivil berkenaan reformasi penting yang perlu dilakukan sebelum PRU15. Antara reformasi yang dibincangkan di sini adalah:
1. Melaksanakan Had Penggal Perdana Menteri selama 10 tahun
2. Memperkenalkan undi Tidak Percaya Secara Konstruktif
3. Memperkenalkan Penggal Tetap Parlimen
4. Pengasingan Pejabat Peguam Negara dan Pendakwa Raya
5. Menggubal Akta Peruntukan Wakil Rakyat (CDF) di Peringkat Persekutuan dan Negeri
6. Pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Pilihan Raya
7. Memperluaskan Undi Tidak Hadir kepada Pengundi Luar Kawasan
8. Menambahbaik Proses Undi Pos bagi Pengundi di luar negara
9. Memperbaiki Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
10. Mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen
11. Memperkukuh kebebasan, keadilan dan perwakilan Yang di-Pertua dan Timbalannya;
12.Meminda Peraturan Mesyuarat untuk memperkasakan kedua-dua Ahli Parlimen Pembangkang dan Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan (backbenchers), dan untuk membolehkan RUU Persendirian
Reformasi institusi yang penting dan mustahak namun belum diperbincangkan adalah:
1. Menggubal Akta Pembiayaan Politik yang termasuk Pendanaan Awam kepada Parti Politik
2. Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional atau pelan yang serupa.
BERSIH maklum bahawa Ismail Sabri telah mengeluarkan kenyataan pada 19 Mei tahun ini bahawa Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah bersetuju secara prinsip untuk menggubal Undang-Undang Pembiayaan Politik, pelan komprehensif yang akan menginstitusikan prinsip tata kelola yang baik dan amalan seperti Pelan Tadbir Urus Baik Nasional (MyGovernance) di semua agensi kerajaan termasuk badan berkanun yang akan diperkenalkan, dan kajian pengasingan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Kami memuji kerelaan kerajaan Ismail Sabri untuk mempertimbangkan kesemua reformasi ini dan melaksanakan apa yang telah dipersetujui dalam MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.
Sudah sampai masanya PM mengembalikan keyakinan rakyat kepada proses politik dan pilihan raya, satu sasaran yang perlu disokong oleh semua parti termasuk di barisan kerajaan dan Pembangkang.
BERSIH sedar yang reformasi struktural memerlukan pindaan perlembagaan dan kami menyeru agar semua parti dan Ahli Parlimen, termasuk parti PM sendiri iaitu UMNO, untuk memberikan sokongan mereka kepada agenda reformasi, dan supaya kerajaan memulakan proses perundingan dengan semua pihak berkepentingan untuk mendapatkan dapatan dan sokongan mereka.
Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH
Kenyataan Media
Fri Jul 08 2022
![Perdana Menteri perlu stabilkan politik dengan lebih banyak pembaharuan institusi sehingga Julai 2023 - BERSIH Perdana Menteri perlu stabilkan politik dengan lebih banyak pembaharuan institusi sehingga Julai 2023 - BERSIH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657247488_bersih.jpg)
BERSIH menyeru agar semua parti politik dan Ahli Parlimen memberi sokongan kepada agenda reformasi dan supaya kerajaan memulakan proses perundingan dengan semua pihak berkepentingan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kes: AG tarik diri secara sukarela jika perlu Kes: AG tarik diri secara sukarela jika perlu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/61528733284_GeorgeVarughese.jpg)
Kes: AG tarik diri secara sukarela jika perlu
Presiden Majlis Peguam Malaysia George Varughese berkata sekiranya keadaan sedemikian berlaku, Peguamcara Negara akan tampil menjalankan tugas sebagai Peguam Negara.