Peguam Negara (AG) Tommy Thomas memberi jaminan bahawa beliau akan menarik diri daripada kes yang melibatkan pihak-pihak yang dikenalinya bagi mengelak sebarang percanggahan kepentingan, kata Majlis Peguam Malaysia.
Presiden Majlis Peguam Malaysia George Varughese berkata sekiranya keadaan sedemikian berlaku, Peguamcara Negara akan tampil menjalankan tugas sebagai Peguam Negara seperti yang dibenarkan undang-undang.
"AG memberi jaminan kepada kami bahawa apabila ia melibatkan orang yang mungkin beliau kenali ketika menjadi pengamal undang-undang sektor swasta, dan sekiranya wujud percanggahan kepentingan, beliau akan segera menarik diri daripada isu yang melibatkan orang berkenaan," katanya pada sidang berita selepas mengadakan perbincangan tertutup dengan Thomas di Jabatan Peguam Negara di sini, hari ini.
Thomas, 66, adalah pegamal undang-undang pertama yang dilantik secara langsung daripada majlis peguam itu sebagai Peguam Negara bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Beliau mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam bidang perundangan.
Varughese berkata Majlis Peguam Malaysia juga mengemukakan cadangan kepada Thomas tentang penggabungan Yayasan Bantuan Guaman Negara dan Jabatan Bantuan Guaman bagi mewujudkan bantuan guaman yang dikawal selia oleh kerajaan secara lebih komprehensif.
"Kami cadangkan penubuhan sebuah badan bersepadu untuk menyediakan bantuan guaman di negara ini," katanya.
Mengenai pembaharuan undang-undang di negara ini, Varughese berkata Majlis Peguam Malaysia telah mengemukakan 55 cadangan kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi yang diketuai Datuk K.C. Vohrah.
Antara cadangan itu adalah memansuhkan atau menghapuskan undang-undang bersifat menindas termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas (Sosma) 2012.
"Kami mencadangkan pemansuhan dan penghapusan sepenuhnya akta ini. Butiran mengenainya terkandung dalam memorandum yang kami kemukakan kepada jawatankuasa itu.
"Kami mencadangkan supaya diwujudkan sebuah suruhanjaya undang-undang bebas bagi membuat kajian tentang akta baharu dan meminda akta tertentu untuk disyorkan kepada Parlimen. Kami akan menyediakan butirannya dari semasa ke semasa," katanya.
Varughese berkata sebagai contoh, AG amat berminat untuk melihat majlis itu mengemukakan cadangan tentang pindaan terhadap Akta Profesion Guaman 1976 bagi mengukuhkan lagi kebebasan dan autonomi Majlis Peguam Malaysia dengan secepat mungkin.
Mengenai pertemuan hari ini, beliau berkata ia amat berhasil dengan Thomas dan majlis itu mengemukakan syor dan cadangan selain Peguam Negara itu berharap untuk menjalinkan hubungan lebih erat dengan Majlis Peguam Malaysia termasuk berkongsi pengetahuan.
"AG menekankan tentang perlunya rundingan diadakan dengan semua pihak yang berkepentingan berhubung pembaharuan undang-undang.
"Beliau meminta Majlis Peguam Malaysia supaya memainkan peranan utama untuk menggerakkan agenda permbaharuan ini berikutan pengalaman luas majlis ini," kata Varughese.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 11 2018

George Varughese pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara, Tommy Thomas di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

AGC bantah permohonan Syed Saddiq berhubung pemberhentian peruntukan Parlimen Muar
Jabatan Peguam Negara akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta tiga pihak lain.

Tempoh kuarantin bagi pengembara dikurangkan lima hari - Khairy
Ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR perlu dijalankan dua hari sebelum berlepas dengan keputusan negatif COVID-19.

Neelofa, PU Riz tidak dikenakan tuduhan rentas negeri - Pejabat Peguam Negara
Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap pasangan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhamad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.

Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan
Azalina berkata kuasa pendakwaan menjadikan Peguam Negara antara individu paling berkuasa di Malaysia.

Badan kehakiman wajib dilihat bebas, tidak dipengaruhi - Penganalisis
Pelantikan Peguam Negara yang diamalkan sebelum ini memberi persepsi bahawa ada perana Perdana Menteri di dalamnya.

Najib akan failkan saman fitnah terhadap Tommy Thomas, penerbit - Peguam
Perkara itu disahkan oleh peguam bekas perdana menteri Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Wilayah Victoria catat penurunan kes COVID-19
Brett bagaimanapun berkata, penularan wabak itu mungkin akan bertambah buruk tidak dibendung.

Inkues Adib: Tiada siapa bangkitkan isu Syazlin sebelum ini - Zuraida
Tiada pihak yang mempertikaikan pelantikan peguam Syazlin Mansor sebelum ini dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Masuk campur kes Adib: Pembangkang desak AG letak jawatan
Ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya turut mendesak supaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Tommy.

Ismail Sabri desak AG letak jawatan
Naib Presiden UMNO itu berkata, banyak pihak terkejut apabila Tommy mengumumkan kos guaman kes kapal mewah Equanimity berjumlah RM2 juta daripada keseluruhan kos berjumlah RM15.5 juta.