PUTRAJAYA: Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' turut menjalankan fungsi sebagai kerajaan 'caretaker', demikian menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Dalam satu kenyataan hari ini mengenai fungsi dan peranan kerajaan 'caretaker', Mohd Zuki berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan secara khusus mengenai fungsi dan peranan kerajaan 'caretaker', namun berdasarkan konvensyen dalam sistem demokrasi berparlimen di negara-negara Komanwel, ia hanya berfungsi untuk mentadbir negara sehingga satu kerajaan baharu dibentuk.
"Dalam hal ini, kerajaan caretaker boleh mengambil tindakan-tindakan bagi maksud menjalankan urusan pentadbiran kerajaan.
"Walau bagaimanapun, kerajaan caretaker tidak boleh membuat apa-apa keputusan dan dasar yang boleh mengikat, atau mengambil apa-apa tindakan yang boleh memberi implikasi kewangan dan membebankan kerajaan baharu yang bakal dibentuk, melainkan tindakan tersebut perlu dilaksanakan demi kepentingan awam," katanya.
[LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaan baharu, siapa PM ke-9?
BACA SEMUA BERHUBUNG POLITIK MALAYSIA DI SINI
Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Pelantikan sebagai perdana menteri sementara itu diputuskan setelah Seri Paduka berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai perdana menteri, serta seluruh Jemaah Menteri yang berkuat kuasa semalam.
Memperincikan mengenai peranan kerajaan 'caretaker' itu, Mohd Zuki berkata, kerajaan 'caretaker' boleh menjalankan tugasan rasmi rutin, termasuk kuasa yang diberi di bawah undang-undang bagi memastikan kerajaan berfungsi.
Beliau berkata, kerajaan 'caretaker' juga boleh mengadakan mesyuarat rasmi berhubung urusan pentadbiran kerajaan.
Beliau berkata, kerajaan 'caretaker' boleh meneruskan pelaksanaan dasar serta program sedia ada, berdasarkan peruntukan kewangan yang diluluskan sebelum perdana menteri meletakkan jawatan seperti Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Pelan Pemulihan Negara dan bantuan-bantuan lain.
"Kerajaan 'caretaker' juga boleh melaksanakan apa-apa perjanjian, kontrak dan aku janji, yang mana dasar telah diluluskan oleh kerajaan atau peruntukan mengenainya telah diluluskan di Parlimen, seperti Belanjawan tahun semasa," katanya.
Mohd Zuki berkata, kerajaan 'caretaker' juga boleh mengadakan mesyuarat dan menghadiri majlis-majlis rasmi yang telah dijadualkan bagi sesuatu projek atau program kerajaan. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 17 2021
![Perdana Menteri 'caretaker' jalankan fungsi kerajaan 'caretaker' - KSN Perdana Menteri 'caretaker' jalankan fungsi kerajaan 'caretaker' - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41628741813_TBMuhyiddin.jpg)
Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Jabatan Peguam Negara siar Warta Kerajaan pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sementara Jabatan Peguam Negara siar Warta Kerajaan pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629173338_TBCARETAKER.jpg)
Jabatan Peguam Negara siar Warta Kerajaan pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sementara
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau 'caretaker'.
![Takiyuddin, KSN, Peguam Negara bertemu di kediaman Muhyiddin Takiyuddin, KSN, Peguam Negara bertemu di kediaman Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71618132197_TakiyuddinHassan.jpg)
Takiyuddin, KSN, Peguam Negara bertemu di kediaman Muhyiddin
Begitupun, tidak dapat dipastikan intipati pertemuan tersebut memandangkan tiada di antara mereka mengeluarkan kenyataan berkaitan pertemuan tersebut setakat ini.
![Kabinet saya hanya fikir COVID-19, bukan politik - Muhyiddin Kabinet saya hanya fikir COVID-19, bukan politik - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629096827_MuhyiddinYassin.jpg)
Kabinet saya hanya fikir COVID-19, bukan politik - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, jika pemimpin terbabit meletakkan fokus kepada usaha menyelamatkan rakyat, sudah tentu kerajaan PN tidak akan tumbang.
![Sebagai Perdana Menteri Caretaker, peranan Muhyiddin berbeza, kuasa juga sangat terbatas Sebagai Perdana Menteri Caretaker, peranan Muhyiddin berbeza, kuasa juga sangat terbatas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629102356_TBmuhyiddin.jpg)
Sebagai Perdana Menteri Caretaker, peranan Muhyiddin berbeza, kuasa juga sangat terbatas
Muhyiddin juga tidak boleh meluluskan peruntukan kewangan yang besar dan membuat keputusan untuk negara.
![Ini curahan hati Muhyiddin, akhiri perjalanan di Perdana Putra Ini curahan hati Muhyiddin, akhiri perjalanan di Perdana Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629097080_MuhyiddinYassin.jpg)
Ini curahan hati Muhyiddin, akhiri perjalanan di Perdana Putra
Perdana Menteri Caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional mampu menempuh pelbagai dugaan walaupun dalam keadaan sukar.
![Muhyiddin mohon maaf kepada rakyat Malaysia Muhyiddin mohon maaf kepada rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629099086_TBmuhyiddin.jpg)
Muhyiddin mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Muhyiddin harap kerajaan baharu dapat dibentuk segera agar pentadbiran negara tidak terganggu dan berjalan seperti biasa.