KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional mampu menempuh pelbagai dugaan walaupun dalam keadaan sukar.

Bercakap semasa perjumpaan perpisahan bersama pegawai Pejabat Perdana Menteri pagi tadi, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau dan seluruh anggota Kabinet di bawah pentadbirannya sedaya upaya melakukan yang terbaik demi kelangsungan hidup rakyat.

"Walau dalam keadaan sukar, (kerajaan ini) masih mampu untuk diteruskan.

"Kita meneliti bagaimana kita hendak membantu rakyat dan kesan COVID-19 ini cukup mendalam.

"Sebab itu saya sanggup bercakap memperkata apa yang benar walaupun pahit," memetik ucapan itu.

Ikuti petikan ucapan itu menerusi video berdurasi 88 saat itu, yang dikongsikan Muhyiddin di laman Facebooknya:

 
Sumber Facebook ts.muhyiddin