Kesungguhan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menemui sayap parti dan memberi penjelasan mengenai isu semasa membuktikan tiada apa yang disembunyikan kepada rakyat.
Beberapa ketua pemuda UMNO negeri dan bahagian pada Isnin senada bahawa Perdana Menteri akan terus memberi penjelasan dan penerangan walaupun diasak dan dikritik pelbagai pihak termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim menyifatkan perjumpaan itu sebagai langkah memperkukuhkan lagi semangat parti ketika ini yang sedang mengharungi pelbagai cabaran hebat.
"Kita mendokong institusi parti, siapa pun presiden kepada parti UMNO kita sokong, biarpun Tun Mahathir. Beliau pernah menjawat jawatan presiden kita hormat pada dia.
"Tetapi pada waktu ini, kita mendokong institusi di mana Datuk Seri Najib menjadi presiden, oleh itu kita kena beri kepercayaan kepada Presiden sekarang untuk memimpin," kata Hahasrin.
Seramai 191 Ketua Pemuda UMNO Bahagian, 13 Ketua Pemuda UMNO Negeri dan 32 Exco Pemuda semalam hadir dalam perjumpaan bersama perdana menteri di sini.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh, Abu Bakar Sidekh Zainul Abdin berkata hasil penemuan itu telah menjawab segala persoalan yang telah dimainkan oleh sesetengah pihak baru-baru ini.
"Selepas perjumpaan hari ini saya nampak lebih jelas, lebih terperinci dan saya yakin dengan tampuk kepimpinan presiden sekarang," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Kamarol Salleh berkata Pemuda UMNO mesti terus menyokong pucuk pimpinan parti.
"Saya ingat kita kena balik kepada apa yang dimaklumkan oleh Ketua Pemuda (Khairy Jamaluddin) bahawa kita menyokong presiden, kita hormat institusi, kita hormat presiden, supaya parti kita lebih kuat," katanya.
Bernama
Mon Apr 13 2015
![Penjelasan isu semasa bukti PM tidak sembunyi apa-apa - Pemuda UMNO Penjelasan isu semasa bukti PM tidak sembunyi apa-apa - Pemuda UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/51428940423_295x200.jpg)
Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim (gambar) menyifatkan perjumpaan itu sebagai langkah memperkukuhkan lagi semangat parti
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![RRC Singapura tidak munasabah, Pemuda UMNO Johor bantah RRC Singapura tidak munasabah, Pemuda UMNO Johor bantah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/41484620171_KetuaPergerakanPem.jpg)
RRC Singapura tidak munasabah, Pemuda UMNO Johor bantah
Ketuanya berkata, rakyat Malaysia khususnya yang menetap di Johor Bahru dan bekerja di Singapura, ketika ini menanggung kos perjalanan keluar masuk ke republik itu sebanyak RM145.08 sehari.
![UMNO Johor mahu dengar suara akar umbi - Khaled Nordin UMNO Johor mahu dengar suara akar umbi - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71437992079_KhaledNordin.jpg)
UMNO Johor mahu dengar suara akar umbi - Khaled Nordin
UMNO perlu bersikap terbuka terhadap pandangan-pandangan yang diberikan oleh suara akar umbi mengenai isu semasa, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
![Penjelasan isu semasa bukti PM tidak sembunyi apa-apa - Pemuda UMNO Penjelasan isu semasa bukti PM tidak sembunyi apa-apa - Pemuda UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/51428940423_295x200.jpg)
Penjelasan isu semasa bukti PM tidak sembunyi apa-apa - Pemuda UMNO
Kesungguhan Presiden UMNO menemui sayap parti dan memberi penjelasan bukti tiada apa yang disembunyikan kepada rakyat.
Tindakan rotan dalam cadangan Akta Kanak-Kanak baharu perlu diperhalusi
Cadangan kerajaan membentangkan akta kanak-kanak yang baharu dengan menetapkan tindakan merotan kanak-kanak menjadi satu kesalahan jenayah perlu diperhalusi agar tidak menimbulkan implikasi.
![Kaji semula cadangan kadar caj kereta asing masuk ke Malaysia - Pemuda UMNO Kaji semula cadangan kadar caj kereta asing masuk ke Malaysia - Pemuda UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/71405094194_295x200.jpg)
Kaji semula cadangan kadar caj kereta asing masuk ke Malaysia - Pemuda UMNO
Kadar itu harus dinaikkan ke RM100 berikutan kedudukan mata wang asing Singapura lebih tinggi berbanding nilai mata wang tempatan.
![Isu paksa buka tudung: 'Minta maaf sahaja tidak cukup' - Pemuda UMNO Johor Isu paksa buka tudung: 'Minta maaf sahaja tidak cukup' - Pemuda UMNO Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/81389848796_295x200.jpg)
Isu paksa buka tudung: 'Minta maaf sahaja tidak cukup' - Pemuda UMNO Johor
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor mahu kerajaan ambil tindakan tegas berhubung isu Guru Muslim Cina dipaksa membuka tudung.