Mempunyai keanggotaan yang mencapai 1.39 juta atau 38 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota UMNO bukanlah tiket bagi Pergerakan Wanita untuk mendabik dada sebaliknya, angka itu membuktikan tahap kesetiaan mereka kepada parti.
Ketua pergerakan itu Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata bilangan keanggotaan yang meningkat saban tahun mewakili kesetiaan dan semangat sebenar sayap parti itu dalam membawa falsafah perjuangan UMNO.
"Ke mana-mana saya pergi, saya lihat penerimaan rakyat di peringkat akar umbi terhadap kerja-kerja Jalinan Rakyat, Skuad Sayang, Skuad An-Nur dan JUWITA yang dijalankan oleh Wanita UMNO amat positif sekali.
"Dalam pada kami menjalankan tugas-tugas ini, secara tidak langsung Wanita UMNO dikenali lebih rapat oleh masyarakat setempat. Apabila mereka mengenali Wanita UMNO dan memahami tujuan kami, mereka menjadi minat dengan UMNO dan mahu menyertainya untuk sama-sama menabur jasa dan bakti kepada yang memerlukan.
"Maka, tidak hairanlah jika keahlian wanita UMNO meningkat setiap tahun," katanya kepada Bernama sempena ulang tahun ke-71 parti itu yang akan disambut Khamis.
Shahrizat berkata Wanita UMNO, yang muda setahun daripada usia UMNO, sedang mempersiapkan jentera bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang dijangka tahun ini.
Beliau berkata sayap itu melalui Jalinan Rakyat (JR) telah turun padang untuk menjadi ''mata dan telinga'' rakyat bagi menyampaikan keperluan mereka kepada kerajaan.
Langkah terbaharu sayap parti itu adalah dengan menjemput semua pihak yang mahu membantu menjalankan tugas-tugas JR untuk bersama-sama menyertai Jalinan Rakyat Plus (JRPlus) yang dilancarkan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 April lepas.
"Saya nak maklumkan, jentera JR Wanita UMNO telah mula menjalankan tugas sehari selepas PRU-13 selesai. JR juga bertindak sebagai penyampai maklumat tentang polisi dan inisiatif kerajaan BN ke akar umbi supaya peluang yang ada dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
"InsyaAllah, dengan lebih 200,000 jentera JR ditambah dengan beratus ribu lagi JRPlus yang menjadi barisan hadapan untuk pilihan raya umum, Wanita UMNO yakin BN akan terus mendapat sokongan rakyat," katanya.
Mengenai perancangan pergerakan itu, Shahrizat berkata beliau mahu memastikan lebih ramai pemimpin ''neuroleader'' dapat dilahirkan dalam kalangan Wanita UMNO.
Katanya Wanita UMNO mahu mempunyai barisan pemimpin ''neuroleader'' yang sentiasa bekerjasama, berwawasan untuk membawa matlamat parti ke tahap yang lebih baik, tangkas membuat keputusan dan menjalankan tugas serta cekal dalam menghadapi cabaran selain menjadi tulang belakang dalam mendukung perjuangan parti.
"Sebagai ketua, impian saya juga adalah untuk membina ''Galaxy of Stars'' yang terdiri daripada ramai pemimpin Wanita.
"Selain itu, Wanita UMNO berhasrat untuk mengarusperdanakan isu-isu wanita Malaysia dalam semua bidang terutamanya dalam politik dan pentadbiran negara," katanya.
Dalam pada itu, Shahrizat berkata Wanita UMNO tidak ketinggalan dalam menggunakan media baharu untuk memantapkan lagi gerak kerja jentera sayap itu.
Awal tahun ini, Wanita UMNO memperkuatkan jentera penerangannya melalui Skuad Penerangan & Media (P&M) yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mengoptimumkan penyampaian dan penyebaran maklumat terkini berkaitan isu semasa dan menangkis fitnah pembangkang melalui aplikasi telefon pintar.
"Maklum balas yang saya terima setakat ini amat positif, Skuad P&M berasa mudah untuk mendapatkan maklumat apabila sesuatu isu timbul dan penerangan dapat dilakukan dengan lebih pantas," katanya.
Mengulas mengenai calon-calon Wanita bagi menggalas cabaran PRU, Shahrizat menegaskan sayap itu bersedia pada tahap maksimum bagi menyahut cabaran berkenaan.
"Sudah pasti Wanita UMNO telah bersedia. Saya telah nyatakan sebelum ini, jika Wanita UMNO layak menjadi jentera terkuat untuk BN, maka Wanita UMNO juga layak menjadi calon yang boleh memenangkan BN.
"Lihat sahaja dalam Wanita UMNO, pemimpin dan ahlinya terdiri dari ramai golongan profesional, usahawan berjaya, ahli akademik serta pemimpin masyarakat yang disenangi di akar umbi.
"Saya dan biro politik Wanita UMNO juga telah menjelajah ke seluruh negara bertemu pemimpin wanita di hampir semua kawasan Parlimen, dan pilihan calon wanita yang berkelayakan amat-amat memberangsangkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2017
![Peningkatan anggota wanita bukti penerimaan rakyat terhadap UMNO - Shahrizat Peningkatan anggota wanita bukti penerimaan rakyat terhadap UMNO - Shahrizat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71480487730_ShahrizatAbdulJalil.jpg)
Shahrizat berkata Wanita UMNO, yang muda setahun daripada usia UMNO, sedang mempersiapkan jentera bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang dijangka tahun ini. - Gambar fail
![Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739369242_AdelJumaaMenteri.jpg)
Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.
AWANI Tonight 12 Feb 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
![Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati terhadap unjuran ekonomi semasa.
Consider This: Data Centres — What’s In It for Malaysia?
In the past couple of years, Malaysia has emerged as Southeast Asia’s leading investment destination for data centres. But amidst the buzz, concerns are mounting. Data centres are electricity and water guzzlers—straining national resources without necessarily delivering high-skilled jobs or significant economic value. So how do we ensure that these investments truly benefit the nation? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Dr Ong Kian Ming, Pro Vice-Chancellor for External Engagement at Taylor’s University. He previously served as Deputy International Trade and Industry Minister.
AWANI Tonight: Last Saturday of September is Malaysia's Cleanup Day
Malaysia will designate the last Saturday of every September as Malaysia Cleanup Day, with the Housing and Local Government Ministry leading the annual nationwide program approved by the Cabinet.
AWANI Tonight: Trump orders large-scale cuts in federal workforce
U.S. President Donald Trump has signed another executive order to reduce the federal workforce, directing agencies to work with top adviser Elon Musk and identify employees to be laid off
![Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738640785_PPS.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini
Di Sabah, jumlah mangsa banjir terus berkurang kepada 206 orang daripada 55 keluarga setakat 8 malam.
AWANI 7:45 [12/2/2025] – Sukar batalkan anak syarikat| Kenapa lantikan?| Enggan serah Gaza| Rasuah dan pengubahan wang haram
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
1. Larangan tubuh syarikat, ribuan syarikat agensi kerajaan rugi besar
2. Lantik tiga syarikat pusat pemeriksaan kenderaan, tidak rugikan kerajaan
3. Biar kami mati, Gaza tetap bersama kami
4. Kenapa Ops Sky? Sebabnya terlalu mudah melangit dapatkan kelulusan, laporan eksklusif bersama Tan Sri Azam Baki
1. Larangan tubuh syarikat, ribuan syarikat agensi kerajaan rugi besar
2. Lantik tiga syarikat pusat pemeriksaan kenderaan, tidak rugikan kerajaan
3. Biar kami mati, Gaza tetap bersama kami
4. Kenapa Ops Sky? Sebabnya terlalu mudah melangit dapatkan kelulusan, laporan eksklusif bersama Tan Sri Azam Baki
AWANI Ringkas: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Akta Kontrak: Jawatankuasa semakan diberi 18 bulan laksana kajian menyeluruh Akta Kontrak: Jawatankuasa semakan diberi 18 bulan laksana kajian menyeluruh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Akta Kontrak: Jawatankuasa semakan diberi 18 bulan laksana kajian menyeluruh
Jawatankuasa Semakan dan Pembaharuan Undang-Undang Kontrak diberikan tempoh 18 bulan untuk melaksanakan semakan dan kajian menyeluruh terhadap Akta Kontrak 1950 (Akta 136).
![Allahyarham Tan Sri Zaleha Ismail selamat dikebumikan Allahyarham Tan Sri Zaleha Ismail selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61605422180_ZalehaIsmail.jpg)
Allahyarham Tan Sri Zaleha Ismail selamat dikebumikan
Bekas Menteri Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Zaleha Ismail, 84, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota pukul 11.15 pagi Ahad.
![MDEC sasar lebih ramai penglibatan #YouCanDuit 2018 MDEC sasar lebih ramai penglibatan #YouCanDuit 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41516451947_mdec.jpg)
MDEC sasar lebih ramai penglibatan #YouCanDuit 2018
Selepas menamatkan edisi 2017 dengan jayanya, kempen #YouCanDuit anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka tirai edisi 2018-nya di Kuala Lumpur.
![Peningkatan anggota wanita bukti penerimaan rakyat terhadap UMNO - Shahrizat Peningkatan anggota wanita bukti penerimaan rakyat terhadap UMNO - Shahrizat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71480487730_ShahrizatAbdulJalil.jpg)
Peningkatan anggota wanita bukti penerimaan rakyat terhadap UMNO - Shahrizat
Bilangan keanggotaan yang meningkat saban tahun mewakili kesetiaan dan semangat sebenar sayap parti itu dalam membawa falsafah perjuangan UMNO.
![Tindakan wakil rakyat keluar parti menunjukkan DAP kucar-kacir - Shahrizat Tindakan wakil rakyat keluar parti menunjukkan DAP kucar-kacir - Shahrizat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81464884926_ShahrizatAbdulJali.jpg)
Tindakan wakil rakyat keluar parti menunjukkan DAP kucar-kacir - Shahrizat
Keputusan empat wakil rakyat DAP di Melaka yang keluar daripada parti itu hari ini menunjukkan parti pembangkang itu berada dalam keadaan kucar-kacir, kata Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat.
![Malaysia perlukan banyak rumah jagaan orang tua selaras TN50 - Shahrizat Malaysia perlukan banyak rumah jagaan orang tua selaras TN50 - Shahrizat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81464884926_ShahrizatAbdulJali.jpg)
Malaysia perlukan banyak rumah jagaan orang tua selaras TN50 - Shahrizat
Ketua Wanita Barisan Nasional (Wanita BN) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil meminta lebih banyak rumah jagaan orang tua dibina di negara ini selaras dengan TN50.