Ketua Wanita Barisan Nasional (Wanita BN) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil meminta lebih banyak rumah jagaan orang tua dibina di negara ini selaras dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata memandangkan Malaysia mempunyai warga yang semakin menua, ia memerlukan program dan pelan tersusun untuk orang tua.
"...kita tak boleh ketepikan orang tua," katanya selepas mengetuai lawatan Wanita BN ke Rumah Jagaan Orang Tua Ampang (RJOTA) sempena sambutan Tahun Baharu Cina dekat sini, hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri, Naib Ketua Wanita BN Datuk Azizah Mohd Dun, Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie dan Pengerusi RJOTA Tan Sri Rosemary Chong.
Semasa lawatan itu, beliau menyampaikan sumbangan RM5,000 bagi membantu pihak pengurusan rumah kebajikan itu selain angpau dan hamper kepada 50 penghuninya yang kebanyakannya tidak berkeluarga dan belum berkahwin.
Shahrizat berkata walaupun Wanita BN menyokong penuh pelan untuk generasi muda di bawah TN50, beliau berharap golongan warga emas tidak dilupakan kerana mereka juga termasuk dalam golongan sasar pelan tersebut.
Sementara itu, ketika diminta mengulas laporan akhbar tempatan mengenai Sabah dijangka mengadakan pilihan raya negeri seawal April ini, Shahrizat berkata jentera Wanita BN sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Kami Wanita BN bersiap-sedia bila-bila masa pun. Itu terpulang kepada Perdana Menteri (Najib) untuk buat keputusan. Saya dimaklumkan keputusan Perdana Menteri adalah satu keputusan yang akan dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor serta maklumbalas daripada Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Musa Aman)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2017
![Malaysia perlukan banyak rumah jagaan orang tua selaras TN50 - Shahrizat Malaysia perlukan banyak rumah jagaan orang tua selaras TN50 - Shahrizat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81464884926_ShahrizatAbdulJali.jpg)
Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil meminta lebih banyak rumah jagaan orang tua dibina di negara ini selaras dengan TN50. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81659165712_najibRazak.jpg)
RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.
![Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656343359_TajuddinAbdulRahma.jpg)
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
![Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637394347_Anwarluncurjentera.jpg)
Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.
![Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41613712844_Najibrazakeksklus.jpg)
Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.
![Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41574158887_TBALIHAMSA.jpg)
Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.
![Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71567585537_TBNAJIB.jpg)
Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.
![Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71549965755_WILLIAMBOURDON.jpg)
Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.
![Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71549900493_Scorpene.jpg)
Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.
![Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81542877319_AnwarNajib.jpg)
Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.
![Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81539495867_NajibRazakMahkamah.jpg)
Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.