HULU LANGAT: Pengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berada di luar dirayu menunaikan tanggungjawab demi menyelamatkan negeri itu daripada parti politik yang tamak kuasa.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, mereka perlu menyedari bahawa setiap undi dibuang adalah bernilai untuk menentukan wakil rakyat.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat berkata, sudah semestinya rakyat Johor mahukan sebuah pentadbiran mampu menjanjikan kestabilan politik dan bukan kepada parti yang gagal mengurus negara.
"Buktikan anda adalah pengundi-pengundi di luar negeri yang bersedia untuk menyelamatkan Johor daripada parti-parti politik yang rakus, tamak kuasa, pangkat dan harta.
"Mereka (Barisan Nasional dan UMNO) telah gagal urus negara dan menghampakan penduduk negeri Johor pula.
"Kuasa telah ada pada mereka tapi sebab nak kuasa monopoli, mereka sanggup cadangkan bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.
Menurut data SPR, 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor nanti.
Jumlah pengundi di Johor juga mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus berbanding hanya 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi 18.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 16 2022

Hasanuddin berkata, mereka perlu menyedari bahawa setiap undi dibuang adalah bernilai untuk menentukan wakil rakyat. -Gambar fail/Facebook

Autonomi Parlimen: Dewan Rakyat lulus RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025
Dewan Rakyat luluskan RUU Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, bertujuan untuk memberi laluan kepada pembentukan Majlis Parlimen Malaysia
Perdana Menteri akan melawat Bazar bagi melihat harga dan kualiti makanan
Perdana Menteri juga mengarahkan pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan dipertingkat bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak wajar.
#AWANInews
#AWANInews

ASEAN akan adakan rundingan perdagangan dengan AS, GCC, China - Tengku Zafrul
Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Gandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025
Perdana Menteri mengarahkan KPDN untuk menggandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025. Ini termasuk memastikan pemantauan dilakukan lebih kerap bagi menjamin bekalan barangan keperluan rakyat sepanjang Ramadan dan Aidilfitri sentiasa mencukupi.
#AWANInews
#AWANInews
Elakkan polemik 3R dalam sebarang bentuk kenyataan atau tindakan
Perdana Menteri memberi teguran kepada semua pihak dan menegaskan bahawa tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan menggugat keharmonian negara dan tidak seharusnya berulang
#AWANInews
#AWANInews

PM beri teguran agar tidak sentuh isu 3R
Jelas Perdana Menteri, perkara yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan Raja tidak seharusnya berulang.

PAC cadang LTAT tambah baik polisi dividen, panduan rizab, rangka kerja SAA
PAC mencadangkan kepada LTAT untuk menambah baik polisi dividen serta panduan rizab dan Rangka Kerja Perumpukan Aset Strategik (SAA).

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan diaktifkan, pantau aktiviti pembakaran terbuka
Pelan itu diaktifkan pada 21 Feb lepas bagi membolehkan kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan dan kerajaan negeri ambil tindakan berjaga-jaga.

Pengeluaran gas asli Malaysia meningkat 3.0 peratus pada 2024 - Jabatan Perangkaan
Pengeluaran gas asli pulih pada suku keempat 2024, meningkat 2.4 peratus tahun ke tahun kepada 792.8 bilion kaki padu.
Harga makanan di seluruh Gaza melonjak lebih 100 kali ganda - PBB
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa harga makanan di seluruh Gaza melonjak lebih 100 kali ganda susulan tindakan Israel menyekat lintasan ke wilayah terkepung itu.

Isu kalimah Allah: Persembah cadangan kepada Majlis Raja-Raja bukti kerajaan lindungi kesucian Islam
Ia memberi peluang untuk memperkemas dasar sedia ada berkaitan penggunaan kalimah itu selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Pengundi luar dirayu 'selamatkan Johor'
Hasanuddin berkata, mereka perlu menyedari bahawa setiap undi dibuang adalah bernilai untuk menentukan wakil rakyat.

"Kebenaran pulang tanpa kuarantin saya dibatalkan" - Hasanuddin
Hasanuddin dikatakan melanggar arahan kuarantin selepas pulang dari luar negara.

Tiada arahan kepada mana-mana ahli Parlimen runding harga minyak sawit di Iran - Zuraida
Tiada sebarang arahan kepada mana-mana ahli Parlimen untuk berunding mengenai pembelian minyak sawit Malaysia di Iran, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.

"Saya bawa isu supaya Iran beli lebih banyak minyak sawit dari Malaysia," kata MP Hulu Langat
Hari kelima banjir di Hulu Langat, Ahli Parlimennya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dilihat sibuk melawat rumah mangsa selepas tiba ke tanah air pada dua hari lepas.

"Saya cuba untuk segera pulang dari luar negara" - Ahli Parlimen Hulu Langat jawab tanda tanya 'kehilangannya'
Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berada di luar negara selepas diarah mengikuti Sidang Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul.

Isu tarif air Lembah Klang dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini
Isu tersebut terkandung dalam Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri yang diajukan Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat) kepada Menteri Alam Sekitar dan Air.

'Fitnah murahan!' - Salahuddin Ayub nafi akan sertai Bersatu
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai menyifatkan dakwaan tersebut yang dibuat menerusi satu laporan portal sebagai tindakan terdesak pihak yang tertekan dengan perkembangan terkini politik tanah air.

Pengurusan Kumpulan Utusan jangan khianat kakitangan - Ahli Parlimen
Pengurusan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad harus bertanggungjawab terhadap semua kakitangan yang diberhentikan termasuk yang telah mengambil skim Pemberhentian Kerja Secara Sukarela (VSS)

Ahmad Maslan kecut perut, beri laluan Tun Mahathir mencelah
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat julung kali bangkit berdiri mencelah dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat.