JOHOR BAHRU: Pengundi Cina diharap terus menyokong calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat sebagaimana yang pernah diberikan kepada penyandang kerusi itu, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, pada 9 Sept ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana Suhaizan merupakan calon yang baik dan boleh memberi perkhidmatan terbaik untuk warga Pulai kerana beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Salahuddin.
"Saya tahu sokongan orang Cina kepada Allahyarham cukup besar, cukup kuat. Saya mahu kali ini Suhaizan juga dapat sokongan daripada pengundi-pengundi Cina di Pulai ini. Dulu dia lawan BN, BN lawan dia, dulu lawan tetap lawan, sekarang lawan sudah jadi kawan, buat apa kita lawan? Sekarang kita Kerajaan Perpaduan.
"Orang Melayu, Cina, India serta Sabah dan Sarawak beliau akan tolong. Saya bagi tahu dia tolong semua bangsa kerana kita buta warna. Kalau tidak cukup peruntukan, boleh minta bantuan saya," kata Timbalan Perdana Menteri itu ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Pertubuhan Penganut Kuan Yin Taman Perling di Tokong Guan Yin, di sini, malam tadi.
Turut hadir Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri serta Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut mengumumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan peruntukan awal sebanyak RM500,000 untuk bangunan tambahan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Poay Chai di sini.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata Liew, yang juga Pengerusi DAP Johor, sebelum ini telah membuat permohonan sebanyak RM4 juta untuk pembangunan sekolah tersebut.
"Saudara Liew maklumkan beliau sudah minta supaya pengundi Cina di Pulai mesti turun sekurang-kurangnya 70 peratus pada 9 Sept ini. Ini bukan kempen untuk BN. Sekarang kita kawan, kita mahu Kerajaan Perpaduan di Johor dan Putrajaya. Kerajaan terkuat di Malaysia," katanya.
Beliau juga berkata, BN akan terus menyokong PH bagi memastikan kerajaan terus stabil daripada segi ekonomi, pendidikan dan peluang pekerjaan yang baik.
Parlimen Pulai mempunyai sejumlah 166,653 pemilih berdaftar dan 40.46 peratus atau 67,434 orang adalah pengundi Cina.
Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Pulai bakal menyaksikan saingan tiga penjuru antara Suhaizan, calon Perikatan Nasional, Zulkifli Jaafar dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi. - BERNAMA
Bernama
Sun Sep 03 2023

Ahmad Zahid dan Suhaizan beramah mesra dengan Masyarakat Cina ketika hadir pada Majlis Perjumpaan Bersama Pertubuhan Penganut Kuan Yin di Tokong Kuan Yin, Taman Perling, Johor Bahru, 3 Sept 2023. -- fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Suhaizan selesai angkat sumpah jawatan Ahli Parlimen Pulai
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Zulkifli umum awal mahu tanding jawatan Ketua Bahagian Pulai
Menurut Zulkifli, biarpun belum diumumkan secara rasmi, pihaknya sudah pun melakukan persiapan menjelang pemilihan berkenaan.

PRK Pulai: 35 tahun anyam 'bakul rotan gajah' di JARO
Kalau pertama kali jejak kaki di JARO, sudah tentu anda akan terpukau dengan sentuhan 'magis' produk kraf tangan yang dihasilkan oleh golongan orang kurang upaya (OKU).

PRK Pulai: Sentuhan akhir Suhaizan menjelang hari undi esok
Dalam tempoh akhir, aktiviti kempen beliau ditumpukan ke kawasan kubu kuat PH-Barisan Nasional bagi menyantuni rakyat.

PRK Pulai: Cadang tambah lokasi jualan Rahmah di kawasan B40 - Suhaizan
Ini sekali gus meneruskan kesinambungan inisiatif yang diperkenalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

PRK Pulai: 90 peratus keluar undi awal - SPR
Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan memaklumkan peratusan tersebut melibatkan seramai 831 daripada 927 pegawai dan anggota.

PRK: 'Kes Ahmad Zahid berita baik untuk saya' - Calon PN Pulai
Beliau menambah, PN mempunyai jentera gerak kerja yang tersusun dalam mendekati semua lapisan masyarakat.

PRK Pulai: 28 laporan diterima, empat kertas siasatan dibuka - KP Johor
Daripada jumlah tersebut, dua kertas siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman melibatkan Muhyiddin.

PRK Pulai: SPR sasar 99 peratus keluar undi awal - Abdul Ghani
Jangkaan dibuat berdasarkan trend keluar mengundi yang menggalakkan pada sebelah pagi di dua Pusat Mengundi Awal hari ini.

PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.