ALOR SETAR: Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Pusat di sini hari ini tidak menggunakan dana kerajaan negeri Kedah, sebaliknya hanya menggunakan dana parti itu.
Tegas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ia berbeza dengan penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani yang menggunakan dana kementerian tertentu sebagai penganjur di enam negeri.
Malah katanya, lokasi penganjuran diadakan di premis parti bagi mengurangkan kos selain untuk berjimat cermat.
"Saya nak maklum (kepada) Perdana Menteri kita buat jamuan di premis parti dengan perbelanjaan parti. Bukan duit kementerian macam jamuan Raya Madani.
"Peruntukan kementerian kena buat untuk kementerian, macam Perdana Menteri boleh guna peruntukan itu tetapi tak boleh guna buat program parti, sebab itu saya kata itu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) bukan jamuan Raya. Saya boleh guna duit kerajaan negeri tapi saya tak buat," katanya.
Sanusi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Pusat di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut, pada Sabtu.
Turut hadir, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau serta Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata sebagai pemimpin, kepimpinan hendaklah ditunjukkan melalui teladan selain mengotakan apa yang diucapkan.
"Apa yang kita cakap, mesti kita buat. Apa yang kita tunjuk, kita kotakan bukan cakap benda lain buat benda lain. Rumah terbuka saya dan kerajaan negeri sepatah pun tak kempen PRN ramai juga hadir, tahu dah mereka nak undi Perikatan Nasional (PN)," katanya lagi.
Adie Sufian Zulkefli
Sat May 06 2023
Sanusi (empat, kiri) ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Pusat di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut, pada Sabtu. - Foto Astro AWANI
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Ribut salji: lebih 200,000 rumah putus bekalan elektrik di Bosnia dan Balkan
Lebih 200,000 rumah di seluruh Bosnia dan Herzegovina masih terputus bekalan elektrik untuk hari kedua pada Rabu selepas ribut salji menyebabkan gangguan meluas di beberapa negara Balkan.
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
Penganjuran Rumah Terbuka Pas Pusat tak guna dana kerajaan negeri - Sanusi
Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Pusat tidak menggunakan dana kerajaan negeri sebaliknya hanya menggunakan dana parti.