KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor menghargai pendirian Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah yang konsisten dengan komitmen untuk terus bersama dengan Kerajaan GRS ketika ini.
Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan terbuka turut menzahirkan komitmen padu daripada semua barisan kepimpinan GRS dalam menjunjung mandat rakyat yang telah memilih gabungan itu dalam memegang tampuk pentadbiran negeri.
“Atas sebab itu, keutamaan kita adalah menjaga nasib dan masa depan rakyat serta negeri.
“Cabaran di hadapan kita adalah untuk menangani isu kesihatan, keselamatan dan ekonomi susulan pandemik COVID-19,” Kata Hajiji.
Jelas Hajiji, perjuangan untuk bersama rakyat harus diterjemahkan dengan kerjasama daripada semua pemimpin untuk membawa Sabah keluar dari permasalahan yang dihadapi ketika ini.
BACA: UMNO Sabah kekal dengan GRS, pentadbiran negeri berjalan seperti biasa - Bung Moktar
Nickyson Nyambar
Thu Jul 08 2021

Kerjasama daripada semua barisan kepimpinan Sabah amat diperlukan dalam menghadapi krisis pandemik COVID-19 ketika ini, ujar Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor. -Gambar Fail

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

PRU15: Sabah perlukan Ongkili, beliau lantang perjuangkan hak negeri - Hajiji
Kepimpinan penyandang kerusi Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Maximus Ongkili sangat diperlukan kerana beliau tegas dalam memperjuangkan keperluan Sabah di peringkat Persekutuan.

PRU15: UMNO Tuaran perlu ambil tindakan ke atas Noortaip Suhaili - Hajiji
UMNO bahagian Tuaran perlu mengambil tindakan ke atas calon Bebas Noortaip Suhaili yang bertanding di kerusi Parlimen Tuaran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pendirian UMNO Sabah junjung mandat rakyat - Hajiji
Mandat rakyat Sabah yang memilih GRS sebagai kerajaan harus dijunjung sepenuhnya bagi keluar dari krisis pandemik COVID-19.