Memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang harus dijadikan keutamaan dalam perjuangan UMNO.
Oleh itu kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, sebarang pergeseran dan perbalahan sesama pemimpin wajar segera diketepikan.
"Kita hendak menang pilihan raya, kita hendak kekalkan kuasa, jadi kalau kita masih bercakaran sesama sendiri, siapa yang untung, apa yang UMNO dapat?" katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Tegasnya, UMNO kini memerlukan pemimpin yang komited terhadap perjuangan.
Katanya, berpegang kepada semangat 'buang yang keruh ambil yang jernih', semua pihak harus membina semula kekuatan parti tanpa dibebani agenda peribadi atau kepentingan segelintir kumpulan.
"UMNO sekarang ini memerlukan kepada semangat pemulihan dalam satu barisan kukuh untuk meneruskan perjuangan dengan agenda memperkasakan kepentingan rakyat terutama umat Melayu.
"Tetapi jika kepimpinan UMNO masih bertelagah dan bertingkah pendapat sesama sendiri tanpa ada usaha menjernihkan keadaan, dikhuatiri parti tidak lagi dihormati rakyat," jelasnya.
Syed Ali turut mengingatkan mana-mana pihak agar tidak mengamalkan sikap yang sengaja mencetuskan api permusuhan sesama sendiri untuk menangguk di air keruh.
"Apa yang diungkapkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak sewaktu ucapan dasarnya adalah luahan rasa bimbang presiden terhadap masa depan UMNO dan orang Melayu jika berlaku pergeseran sesama sendiri.
"Penegasan Najib tersirat iktibar dan peringatan yang perlu diberikan perhatian oleh seluruh ahli-ahli UMNO jika benar mereka sayangkan masa depan umat Melayu di tanaha air ini.
"Penjelasan Najib juga sudah jelas, ianya telah merungkai kepada beberapa persoalan dan sebagai ahli parti yang setia, kita sepatutnya menyokong penuh kepimpinan dan pendekatan yang diambil oleh presiden parti," katanya.
Sehubungan itu katanya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutan, Perhimpunan Agung UMNO kali ini merupakan podium terbaik untuk mengumpul segala teguran, saranan, kritikan dan cadangan kearah penambahbaikan perjuangan parti.
"Saranan dan kecaman serta sindiran sinis perlu diambil iktibar dan sebagai ahli parti, kita perlu mencontohi semangat dan sikap Presiden UMNO yang sentiasa berjiwa besar dan berlapang dada.
"Malah, penegasan presiden parti dalam menjawab beberapa isu yang dianggap kritikal terbukti mencerminkan kepimpinan sebenar Perdana Menteri yang sentiasa bersikap terbuka dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap senario politik yang berlaku.
"Najib telah mempamerkan sikap terpuji sebagai pemimpin yang sentiasa mendahului kepentingan rakyat, parti dan negara dan dalam masa yang sama ikhlas mengakui kelemahan sebagai seorang manusia biasa," ujarnya.
Sebagai ahli parti yang sentiasa taat dan setia kepada pucuk pimpinan, Syed Ali mahu barisan kepimpinan UMNO di semua peringkat merapatkan semula jemaah bagi memastikan UMNO kekal dihormati.
"Dalam UMNO tidak ada istilah 'penyisihan' terhadap mana-mana pihak kerana semuanya tetap berperanan untuk mengukuhkan perjuangan parti.
"Oleh sebab itu pada hemat saya, tidak timbul ada jawatan atau tidak ada jawatan, yang penting kita (ahli UMNO) bekerja dengan ikhlas untuk parti dan dalam masa yang sama, mempertahankan pucuk pimpinan," tegasnya.
Tambahnya, mana-mana pemimpin UMNO sewajarnya bersikap berlapang dada dan kembali semua berada dalam satu keluarga jika berasa terjebak dengan pergeseran atau pertelingkahan.
Astro Awani
Sat Dec 12 2015
SYED ALI: Pemimpin UMNO perlu 'buang yang keruh, ambil yang jernih' - Gambar fail
AGC kaji bangunkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah, Sarawak
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji keperluan untuk menubuhkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah dan Sarawak tahun ini.
AWANI Ringkas: Jenayah AMLA | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada pergaduhan dalam cubaan tahan Yoon - Ketua Keselamatan Presiden Korea Selatan
Ketua Perkhidmatan Keselamatan Presiden Korea Selatan (PSS) menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menahan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol tidak seharusnya mengakibatkan pergaduhan.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Lima lelaki termasuk warga asing ditahan, 12 kg heroin dirampas
Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis memberkas lima lelaki termasuk seorang warga asing dalam dua serbuan di Seberang Perai Utara, antara 1 tengah hari semalam hingga 4 pagi tadi.
Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah
Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Singapura didakwa di tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar serta memiliki pelbagai jenis dadah pada Disember tahun lepas.
Peluang keemasan Malaysia pimpin visi komuniti ASEAN 2045
Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah berkata platform ASEAN perlu menggunakan untuk mendapatkan hasil yang produktif dan kemajuan dalam mendorong penyelesaian melibatkan isu-isu di rantau ini.
AWANI 7:45 [10/01/2025] - Aksi Gengster | Kononnya Melayu Islam | Proses jual tanah jadi mudah | Reman enam hari
Lima lelaki aksi gengster, tetak sekumpulan lelaki dalam restoran.
PM minta belia jangan peduli remeh temeh, tangani isu bebanan rakyat.
Kartel ada orang dalam, punca jual tanah berleluasa.
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman, palsukan dokumen geran tanah.
PM minta belia jangan peduli remeh temeh, tangani isu bebanan rakyat.
Kartel ada orang dalam, punca jual tanah berleluasa.
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman, palsukan dokumen geran tanah.
NRES di peringkat akhir penyediaan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kini berada di fasa akhir penyediaan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) sebelum dibawa ke Parlimen dalam masa terdekat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Mac 2021.
Najib akan temani Rosmah untuk keputusan di Mahkamah Tinggi esok
Najib sebelum ini diminta supaya tidak berada dalam prosiding mahkamah ketika beliau menghadiri perbicaraan kes Rosmah.
1MDB tidak jalankan semakan sebelum sertai usaha sama bernilai US$6 juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim berkata tiada semakan dibuat terhadap Aabar BVI Ltd (Aabar BVI) yang diterima oleh Lembaga Pengarah 1MDB sebagai subsidiari IPIC.
Belanjawan 2019 lebih telus, namun defisit fiskal tinggi - Moody's
Moody's Investors Service berpendapat bahawa Belanjawan 2019 adalah baik kerana menunjukkan ketelusan yang lebih ketara.
Pejabat Peguam Switzerland nyatakan minat berjumpa pihak berkuasa Malaysia
Selepas perkembangan terbaru yang berlaku di Malaysia, Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) ingin berhubung dengan pihak berkuasa yang kompetan di Malaysia dengan serta-merta
Suhakam gesa rakyat keluar mengundi, bukan diamkan diri
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menyatakan bahawa merosakkan undi bukan penyelesaian yang wajar untuk pengundi yang sedang kecewa dengan sistem sedia ada.
PM Najib luangkan masa temui tiga mangsa culik
Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini meluangkan masa menemui tiga mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf yang baru dibebaskan selepas ditahan oleh kumpulan itu, Julai lepas.
Peugeot, Proton bincang kemungkinan jalin perkongsian - PM Najib
Pembuat kereta Perancis, Peugeot, kini mengadakan perbincangan serius dengan Proton Holdings Bhd mengenai kemungkinan mewujudkan jalinan perkongsian.
Pemikiran komputer dalam semua mata pelajaran bermula Januari 2017
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemikiran perkomputeran dilihat sebagai penting dalam situasi masa depan yang memerlukan kemahiran digital.
Najib harap Masjid Jamek Kampung Baru jadi bangunan ikonik
Najib turut menzahirkan rasa gembira dengan perkembangan masjid itu yang kini mampu memuatkan sehingga 11,000 jemaah.