KOTA BHARU:Dasar 'No DAP, No Anwar' merupakan ketetapan yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) dan jika ada ahli yang melanggarnya maka mereka sudah melanggar dasar parti, kata Setiausaha Agong BN, Tan Sri Annuar Musa.
Katanya, ia termasuk pemimpin BN dan UMNO jika benar dakwaan mereka memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menegaskan perkara itu ketika mengulas mengenai dakwaan terdapat akuan bersumpah (SD) ahli Parlimen UMNO menyatakan sokongan terhadap Anwar.
"Saya boleh mengesahkan sebagai Setiausaha Agung BN, soal SD ini bukan merupakan keputusan parti dan tidak dibincangkan di peringkat parti.
"Peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) MN adalah kerajaan Perak dan PN (Perikatan Nasional) dipertahankan dan dasar 'No Anwar, No DAP' tidak dikompromikan.
"Dasar itu masih (terpakai) sehingga saat ini dan perkara yang lain itu melanggar keputusan parti," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, Muafakat Nasional (MN) dan BN tidak pernah membincangkan cadangan atau perkara mengenai menandatangani SD sedemikian.
Mengulas lanjut, Annuar berkata, jika dakwaan mengenai sokongan kepada Anwar tidak berasas, ahli Parlimen BN yang dikaitkan itu perlu membuat laporan.
Beliau turut menjelaskan tidak mempunyai maklumat dakwaan Anwar memperolehi 113 tanda tangan SD daripada ahli Parlimen termasuk daripada BN.
Annuar berkata, jika ada yang ingin melanggar dasar parti, mereka yang terlibat perlu berhenti menjadi ahli parti.
Muhafandi Muhamad
Sun Dec 13 2020
Annuar berkata, jika ada yang ingin menlanggar dasar parti, mereka yang terlibat perlu berhenti menjadi ahli parti.
UNGA 79: Kenyataan negara di pentas dunia
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyampaikan Kenyataan Negara sekitar jam 2.15 petang waktu New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-79
Tiada kemungkinan perang besar, sokongan negara Arab hanya retorik
Malah, keupayaan perisikan Israel yang mampu menyusup masuk ke dalam organisasi sehebat Hizbollah dijangka memberi ketakutan kepada negara Arab lain untuk bertindak secara drastik.
Hezbollah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh
Kumpulan Hezbollah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Hassan Nasrallah terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dinaik taraf - PM
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri akan dinaik taraf bagi selari peningkatkan jumlah pengunjung selain menerima pesawat lebih besar.
Kebimbangan konflik Asia Barat bakal berlarutan
Jika benar tentera Israel berjaya membunuh Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, ia bukan saja satu kehilangan besar tetapi juga memberi ancaman dan kebimbangan bahawa konflik di Asia Barat akan terus berlarutan.
PRK DUN Mahkota: 53.84 peratus keluar mengundi - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini adalah 53.84.
DAP prihatin peratusan pengundi bukan Melayu rendah
Anthony berkata, mereka mengambil perhatian yang serius terhadap peratusan mengundi yang rendah dari kalangan pengundi bukan Melayu.
Hasil kerjasama satu keluarga BN-PH
Calon Barisan Nasional yang memenangi kerusi DUN Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah menyifatkan kemenangan itu adalah hasil kerjasama satu keluarga gandingan BN dan PH.
Kemenangan bukti sinergi berkesan kerajaan negeri dan pusat - Anwar
Anwar berkata kerjasama baik dengan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa impak dan berkesan.
Tumpuan Ahad – 29 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK: PH mungkin hilang Simpang Jeram jika undi BN beralih - KJ
Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan (PH) hilang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.