Pemilihan PAS kali ini dilihat dicemari banyak kempen kotor termasuk melibatkan serangan peribadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi berkata situasi itu juga disifatkan paling buruk berbanding tahun-tahun sebelumnya.
"Pemilihan yang lalu tidak nampak kempen kotor, tapi kali ini hebat sangat. Tak tahu kenapa berlaku.
"Macam-macam yang diperkatakan termasuk serangan peribadi; ada yang kata individu ini tidak layak bertanding, kata dia ini parasit, ortodoks dan lain-lain.
"Orang mengadu pada saya dan risalah (memburukkan pimpinan) pun saya dapat serta dihantar ke peti surat rumah," katanya semasa sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menyangkal dakwaan bahawa proses pemilihan parti itu dicemari kempen kotor.
BACA: Tiada politik kotor dalam PAS - Hadi
Abdul Hadi turut memberitahu, mana-mana calon yang dilihat menggunakan taktik kotor juga tidak akan dipilih.
Sebuah portal sebelum ini melaporkan bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang disebut-sebut sebagai calon 'favourite' yang akan dinamakan oleh ahli akar umbi parti itu bagi mencabar jawatan Abdul Hadi dalam pemilihan PAS yang akan berlangsung Jun nanti.
Sementara itu, kata Asmuni, beberapa aduan yang diterima adalah daripada segi pelanggaran etika yang diperoleh dari media sosial termasuk Facebook.
"Kita tak benarkan perbuatan langgar etika, seperti beri label, beri gelaran, keluarkan poster jatuhkan maruah calon-calon dan sebagainya.
"Namun kita tidak tahu siapa yang buat begitu, mungkin ahli PAS sendiri atau pihak lain yang cuba menangguk di air keruh," ujarnya.
Semakin ramai dicalonkan untuk pemilihan sempena Muktamar PAS ke-62 yang akan berlangsung Jun ini.
Pencalonan untuk jawatan presiden, timbalan dan naib bagi sesi 2015-2017 semakin meningkat selepas lebih 20 PAS kawasan selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing.
Astro Awani
Mon Apr 20 2015
ASMUNI: Pemilihan PAS dicemari kempen kotor.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
PRU15: PH Perak sahkan akan bentuk kerajaan negeri dengan BN
PH mempunyai 24 kerusi, sementara BN yang memiliki sembilan kerusi membolehkan kerajaan negeri Perak dibentuk.
PRU15: Amanah Perak gesa polis, SPR siasat ucapan tular Razman
Kempen-kempen berbaur fitnah wajar dihentikan dan agama Islam turut melarangnya kerana kesan kepada masyarakat cukup besar.
PRU15: Amanah Perak tidak senaraikan Nik Omar
Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Datuk Asmuni Awi berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu.
PRU15: Mujahid, Dr Hatta kekal, Amanah Perak tampil 57 peratus muka baharu
Asmuni Awi berkata seramai 12 calon baharu diletakkan di DUN manakala tiga calon baharu ditempatkan di Parlimen Larut, Bukit Gantang dan Parit.
PRU15: Amanah Perak tidak ada masalah jika DAP berhasrat bertanding di Parit - Asmuni Awi
Semua pihak boleh menyatakan hasrat, tetapi keputusan itu (pembahagian kerusi) masih di peringkat perbincangan, kata Asmuni.
Asmuni sahkan dipanggil SPRM berhubung isu tanah lapangan terbang
Asmuni memaklumkan kehadirannya ke Pejabat SPRM Perak di sini pada 15 April lalu bertujuan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
PRU15: Umum calon secara terbuka bukan amalan parti - Asmuni
Keputusan untuk memilih calon bertanding dalam PRU15 akan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti, bukannya individu.
PRN Melaka: Amanah dijangka tanding 8 hingga 10 kerusi
Bagaimanapun, perkara itu akan diputuskan di peringkat kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH).
PH Perak setuju kerjasama secara 'en bloc'
Ia bermakna jika ada mana-mana parti komponen PH tidak diterima, maka mereka tidak akan menyertai kerjasama baharu itu.
PH sedia bentuk kerjasama dengan UMNO di Perak
Demi kepentingan rakyat, mereka sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang boleh membantu membentuk kerajaan pelbagai kaum, kukuh dan stabil.