KUCHING: Pemilihan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh akan mengambil kira pandangan dan nasihat Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Menurut Pemangku Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum, ini termasuk persediaan mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 negeri itu yang bakal diadakan pada bila-bila masa.
"Setakat yang kita tahu, kita telah menamakan semula semua 11 penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sarawak untuk mempertahankan kerusi mereka.
"Tetapi kita menyarankan supaya Abang Johari sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi GPS memberi nasihat kepada kita untuk meletakkan calon yang mampu mempertahankan kerusi tersebut (Baleh)," kata beliau.
Tambah Salang lagi, pihaknya juga menggesa agar cawangan parti mengadakan mesyuarat dengan segera bagi mengemukakan cadangan calon yang sesuai untuk mempertahankan kawasan Baleh yang dipegang oleh parti itu.
"Dalam kes ini, sudah jelas terdapat kekosongan untuk calon Baleh. Setakat ini kami tidak mempunyai sebarang calon dan parti telah melakukan semua kerja persediaan untuk mempertahankan Baleh.
"Jadi sekarang tugas kita hanya mahu memilih calon yang paling sesuai. Kami belum lagi bersedia untuk mengumumkan. Ia belum dimuktamadkan jadi kami telah meminta cawangan parti mengadakan mesyuarat segera dan mengemukakan cadangan," jelasnya lebih lanjut.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PRS di ibu pejabat parti itu di Kuching pada Ahad.
Terdahulu, pada pagi Ahad, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing disahkan meninggal dunia akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.
Afiezul Samit
Sun Oct 31 2021

Salang berkata, pihaknya telah meminta cawangan parti mengadakan mesyuarat segera dan mengemukakan cadangan calon bagi pengisian kerusi DUN Baleh dalam menghadapi PRN ke-12 nanti. -Gambar Fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

PRN Sarawak: Nicholas Kudi sebak terkenang jasa mendiang Masing
Nicholas Kudi Jantai tidak mampu menahan sebak sejurus diumumkan pemenang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh, sebentar tadi.

PRN Sarawak: DUN Baleh kekal milik GPS
Calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Nicholas Kudi Jantai, berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh.

PRN Sarawak: "Saingan mencabar tapi saya kena menang" - Nicholas Kudi
Saingan kali ini diakui lebih mencabar dengan pertembungan empat penjuru.

PRN Sarawak: Pertandingan empat penjuru rebut kerusi DUN Baleh
Kerusi DUN Baleh sebelum ini disandang oleh mendiang Masing selama lapan penggal bermula pada 1983.

PRN Sarawak: "Kalau jadi calon DUN Baleh, saya akan teruskan legasi Masing" - Ugak Kumbong
Datuk Wilson Ugak Kumbong sangat memahami aspirasi dan perjuangan mendiang James Jemut Masing dalam khidmat bakti kepada masyarakat.

PRN Sarawak: Jambatan sementara Nanga Merirai siap Disember ini - Ugak Kumbong
Para kontraktor terlibat dengan projek pembinaan Jambatan Sungai Merirai digesa menyiapkan jambatan sementara selewat-lewatnya Disember depan.

PRN Sarawak: Warga Baleh mahukan ADUN cemerlang seperti mendiang Masing
Pemergian mendiang Tan Sri James Jemut Masing merupakan satu kehilangan besar buat komuniti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh.

PRN Sarawak: PSB boleh bertanding di mana-mana tetapi kuasa di tangan rakyat - Nanta
GPS tidak mempunyai masalah untuk bertembung dengan PSB dan parti-parti lain kerana gabungan itu sudah lama bersedia mendepani PRN12 sejak tahun 2018 lagi.

Pemilihan calon bagi kerusi DUN Baleh perlu ambil kira nasihat Abang Johari
Menurut Pemangku Presiden PRS, Datuk Joseph Salang Gandum, setakat ini parti itu belum mempunyai mana-mana calon yang boleh diutarakan.

Jika Ketua Menteri minta saya berundur, saya rela lepas kerusi DUN Baleh - Masing
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing, sedia melepaskan kerusi DUN Baleh sekiranya diminta berbuat demikian.