Pemilihan semua barisan jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) khususnya di Perak, disifatkan sebagai proses untuk menyerahkan semula mandat kepada ahli untuk memilih secara telus.
Menurut Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, pemilihan itu juga dilihat bakal memperkukuhkan kedudukan parti yang sebelum ini dibuat berdasarkan lantikan.
"Pada saya pemilihan ini adalah untuk 'refresh' balik, memperkuatkan balik parti, apa yang berlaku sepanjang tiga tahun ini adalah proses di mana saya ambil contoh di Pasir Salak mungkin lantikan yang dibuat waktu itu berdasarkan keperluan.
"Bukan berdasarkan kepada kehendak ahli, apa yang Bersatu cuba lakukan untuk mesyuarat ini ialah serahkan balik kepada ahli-ahli membuat pemilihan secara telus.
"Maknanya biar ahli yang buat keputusan, kalau sebelum ini parti terpaksa membuat lantikan dan mungkin ada pihak yang tidak setuju dan sebagainya, itu berlaku ... kali ini adalah peluang untuk ahli memilih kepimpinan yang dirasakan layak untuk memimpin di Bahagian tersebut," katanya.
Dia berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media khas bagi penamaan calon Bersatu seluruh Perak di Ipoh pada Jumaat.
Menurutnya, Bersatu Perak akan mengadakan penamaan calon bagi semua jawatan di peringkat cawangan yang akan bermesyuarat pada 15 Februari hingga 29 Mac.
Katanya, penamaan calon itu akan berlangsung pada 26 Januari ini bermula jam 9 pagi hingga 2 petang di semua 24 Bahagian di Perak yang terlibat.
Ujarnya, terdapat 277 Cawangan daripada 24 Bahagian di Perak yang melibatkan keahlian kira-kira 28,548 orang.
Buat pertama kali sejak penubuhannya pada 8 September 2016, Bersatu bakal menghadapi pemilihan di semua peringkat, bermula 25 Januari ini.
Sebelum ini,Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albar berkata Bersatu akan mengadakan pemilihan barisan jawatankuasa di peringkat Cawangan, Bahagian dan Majlis Pimpinan Tertinggi Parti (MPT) termasuk sayap-sayap Srikandi dan Armada.
Aida Aziz
Fri Jan 24 2020

Zainol Fadzi (tengah) bercakap pada sidang media di Ipoh hari ini. Astro AWANI/AIDA AZIZ

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.

Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.

Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.

Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.

Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan
Armada Bersatu mengumumkan lantikan baharu kepimpinan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.

PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.

Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.