Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam berkata usaha yang dilakukan kerajaan dalam aspek pendidikan dilihat mampu melahirkan masyarakat India baharu yang lebih berdaya saing dalam pendidikan, ekonomi dan sosial.
Kenyataan Subramaniam itu merujuk kepada pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Paya Besar di Kulim dengan peruntukan RM13 juta yang disifatkannya sebagai bukti kesungguhan kerajaan pusat dalam membantu pendidikan kaum India di negara ini.
"Dari tahun 2010, kerajaan telah memperuntukkan RM760 juta untuk pembangunan sekolah Tamil di seluruh negara. Hasilnya sehingga kini telah terbina tujuh sekolah dan terdapat enam buah sekolah lagi bakal dibina.
"Pelbagai jenis bantuan akan disalurkan melalui peruntukan tersebut dan ketika ini kita telah ada 530 buah sekolah Tamil termasuk sekolah Tamil bantuan penuh dan bantuan modal dan semua ini adalah pembiayaan dari kerajaan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Paya Besar di sini, hari ini.
Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata, enam buah sekolah Tamil yang akan dibina adalah di Sungai Petani, Sungai Siput, Klang, Petaling Jaya, Cheras dan Masai, Johor.
Bagi masyarakat setempat di Paya Besar, sekolah itu adalah manifestasi kepada kemampuan kerajaan Barisan Nasional untuk menunaikan janji kepada rakyat Kedah, khususnya masyarakat India di daerah Kulim.
Guru Besar sekolah tersebut, S.Karunamurthi berkata kaum India di kawasan Paya Besar amat berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana meluluskan peruntukan sekolah tersebut pada tahun 2010.
"Sekolah ini telah berwajah baharu dengan adanya kemudahan yang lengkap seperti bilik kemahiran, bilik pemulihan, bilik guru dengan hawa dingin, pusat sumber mewah dan ini adalah yang terbaik untuk murid-murid," ujarnya.
Tambahnya, sekolah itu bakal menjadi pemangkin kepada kanak-kanak kaum India di situ mendapat pendidikan berkualiti, seterusnya meningkatkan kualiti hidup mereka.
Berkeluasan 1.5 hektar, SJKT Paya Besar memulakan operasi pada 1 Mac 2005 dengan dua blok bangunan setinggi tiga dan empat tingkat yang menempatkan 12 bilik darjah.
Pada tahun pertama penubuhannya, sekolah itu mempunyai 324 murid tahun 1 hingga 5.
Dengan kemasukan 74 murid tahun enam pada sesi persekolahan awal tahun ini, sekolah itu bakal mempunyai kumpulan pelajar pertama menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk sesi 2016.
Astro Awani
Fri Feb 05 2016

SUBRAMANIAM: Dari tahun 2010, kerajaan telah memperuntukkan RM760 juta untuk pembangunan sekolah Tamil di seluruh negara. -Gambar fail

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Pembinaan sekolah Tamil lambang usaha perkasa pendidikan kaum India - Subra
Enam buah sekolah Tamil yang akan dibina pada masa akan datang adalah di Sungai Petani, Sungai Siput, Klang, Petaling Jaya, Cheras dan Masai, Johor.