KUALA LUMPUR: Satu majlis mengangkat sumpah Senator Dewan Negara dijadual berlangsung di Parlimen esok.
Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat mengesahkan majlis itu akan berlangsung pada jam 8.30 pagi.
“Senarai embargo pagi esok. Majlis jam 8.30 pagi,” katanya di sini, pada Jumaat.
Sementara itu, sumber Parlimen pula memberitahu, pegawai Dewan Negara telah diminta untuk melakukan persediaan bagi upacara berkenaan sejak awal pagi tadi.
Begitupun, Majlis Angkat Sumpah berkenaan hanya akan diadakan sebaik pengesahan sekiranya terdapat senator yang dilantik sebagai menteri Kabinet selepas pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 8.15 malam ini.
"Sebab jangkaan kalau ada senator.. tetapi kami diminta bersiap sedia sahaja.
"Angkat sumpah Senator dulu (jika ada) dan selepas itu baru boleh angkat sumpah sebagai menteri Kabinet.
"Kalau ada senator diumum sebagai menteri Kabinet, individu itu memerlukan mengangkat sumpah pagi esok.
"Kami terima arahan daripada pejabat Setiausaha Dewan Negara untuk bersiap sedia kerana Majlis Angkat Sumpah ini dikendalikan oleh mereka," kata sumber itu.
Dalam pada itu, sebuah portal berita Bahasa Inggeris melaporkan antara nama yang disebut-sebut akan dilantik sebagai Senator ialah Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang tewas dalam saingan di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Selain itu, bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik, yang tewas di kerusi Parlimen Simpang Renggang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Seri Hasni Mohammad.
Portal itu turut melaporkan, seorang lagi yang dijangka mengangkat sumpah sebagai Senator ialah Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Astro Awani
Fri Dec 02 2022
Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan majlis itu akan berlangsung pada jam 8.30 pagi. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Rombakan Kabinet: Asing kementerian, fokus lebih tersusun dan tidak bertindih
Pecahan dua kementerian akan memberikan fokus yang lebih tersusun dan gerak kerja yang lebih bermakna.
PM Anwar pengerusikan mesyuarat Kabinet pertama pascarombakan
Anwar difahamkan memberikan taklimat berhubung peraturan, naratif dan hala tuju baharu Kerajaan Perpaduan.
Rombakan Kabinet kombinasi mantap perkukuh pentadbiran Kerajaan Perpaduan
Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri dilihat kombinasi mantap yang akan memperkukuh lagi pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Rombakan Kabinet isyarat jelas Kerajaan Perpaduan ingin maju
Rombakan Kabinet semalam memberikan isyarat bahawa Kerajaan Perpaduan sentiasa memenuhi keperluan semasa dan masa depan Malaysia.
Menteri, timbalan menteri baharu mulakan tugas hari ini
Kesemua anggota Kabinet Kerajaan Madani juga dijangka menghadiri Mesyuarat Kabinet pertama yang akan dipengerusikan Perdana Menteri.
Rombakan Kabinet tidak semestinya mengubah dasar kementerian - Ahmad Zahid
Dasar dan acuan yang terbukti berkesan, harus dikekalkan, kata Timbalan Perdana Menteri.
Rombakan Kabinet: Hannah lega terus diberi kepercayaan terajui KBS
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berasa lega apabila terus diberi kepercayaan untuk memimpin Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Johari Abdul Ghani letak jawatan Pengerusi CI Holdings
Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang baharu dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan telah meletak jawatan sebagai Pengerusi CI Holdings Bhd hari ini.
Rombakan Kabinet: Gerak kerja Kementerian Digital akan diputuskan dalam masa terdekat - Gobind
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata gerak kerja dan tugasan kementeriannya akan diputuskan dalam masa terdekat, selepas bidang tugas kementerian baharu itu diketahuinya esok.
Rombakan Kabinet: Jemaah Menteri komited tabur bakti kepada rakyat
Barisan kepimpinan dalam rombakan Kabinet beriltizam menunaikan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.