KUCHING: Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberikan isyarat jelas bahawa Kerajaan Perpaduan sentiasa memenuhi keperluan semasa dan masa depan negara untuk Malaysia terus maju.
Penganalisis sosiopolitik di Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Madya Awang Azman Awang Pawi melihat pewujudan kementerian baharu dalam rombakan yang pertama dibuat Anwar sejak menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 akan menjadi perhatian.
"(Rombakan ini) menambahkan kecekapan pentadbiran negara (dengan) tujuan memberi fokus yang lebih khusus agar prestasi (Kabinet) itu dapat dipertingkatkan lagi dengan lebih baik," katanya kepada Bernama.
Awang Azman berkata, tujuan Perdana Menteri untuk meningkatkan kecekapan pentadbirannya itu dapat dilihat menerusi keputusan beliau memecahkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim kepada dua kementerian baharu.
Pecahan itu ialah Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam yang diterajui Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dipimpin menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Awang Azman berkata, kemasukan muka baharu yang berpengalaman dalam Kabinet juga bakal membawa input segar yang boleh meningkatkan kecekapan pentadbiran negara dan keyakinan pelabur untuk menanam modal.
"Kepakaran mereka ini memang sesuatu yang memberikan impak dan mampu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap rombakan Kabinet ini," katanya.
Sementara itu, pensyarah Jabatan Sosial dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) Bintulu, Dr Abdul Hadi Samsi berkata, Anwar telah membuat kejutan dengan menamakan semula individu yang pernah menjadi menteri penuh dalam Kabinet kerajaan lepas.
"Bagaimanapun, ini bukanlah isu besar. Sekiranya mereka (bekas menteri) menerima jawatan (sebagai timbalan menteri) itu, maka secara langsung mereka sedia menerima tanggungjawab yang diamanahkan," katanya.
Abdul Hadi berkata, walaupun masih terlalu awal untuk melihat keberkesanan kementerian baharu, penubuhannya boleh membawa impak positif sekiranya fungsi-fungsinya dapat dijelaskan dengan baik kepada rakyat.
"Sekiranya tidak (dijelaskan), sudah semestinya akan memberikan impak negatif kepada kerajaan termasuk pembaziran," katanya - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023

Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberikan isyarat jelas bahawa Kerajaan Perpaduan sentiasa memenuhi keperluan semasa dan masa depan negara untuk Malaysia terus maju. - Gambar Bernama

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Presiden Indonesia rombak Kabinet, lantik menteri dan ketua agensi baharu
Brian Yuliarto dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, menggantikan Satryo Soemantri Brodjonegoro.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra pada Selasa menyangkal khabar angin mengenai kemungkinan berlaku rombakan kabinet dan menegaskan bahawa parti-parti gabungan masih kekal bersatu.

Jokowi dijangka adakan rombakan kabinet hari ini
Menurut media tempatan, terdapat tiga orang menteri dan ketua badan kerajaan yang akan dilantik pada 9 pagi waktu tempatan.

Dakwaan kepimpinan PKR gugur Kabinet, taktik lapuk pembangkang - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyifatkan khabar angin mengenai kepimpinan tertinggi PKR bakal digugurkan daripada Kabinet, sebagai taktik lapuk pembangkang.

Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.

Rombakan Kabinet bukan sekadar isi kekosongan - Fadillah
Rombakan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, disifatkan bukan sekadar mengisi kekosongan sebaliknya ke arah memperkasakan gerak kerja dan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Fadillah terajui kementerian baharu, hal-ehwal Sabah, Sarawak
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof diberi portfolio baharu dalam rombakan Kabinet hari ini.

Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan rombakan Kabinet yang dilaksanakan buat kali pertama selepas setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Lim Hui Ying ikrar tunai amanah berlandas dasar Kerajaan Perpaduan
Beliau yang beralih portfolio daripada Timbalan Menteri Pendidikan berkata, pelantikan tersebut merupakan satu cabaran baharu buatnya.