KUALA LUMPUR: Barisan kepimpinan sedia ada dan yang bertukar portfolio dalam rombakan Kabinet diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini beriltizam menunaikan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying yang dilantik memegang jawatan itu dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan menyifatkan pelantikan beliau sebagai satu cabaran baharu.
Beliau, yang merupakan bekas Timbalan Menteri Pendidikan, berkata akan memikul amanah dan tanggungjawab penting itu sebaik mungkin dengan memberikan keutamaan, komitmen tinggi dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan melantik saya sebagai Timbalan Menteri Kewangan bagi membantu usaha pembangunan negara.
"Saya akan cuba sedaya upaya menunaikan amanah ini berlandaskan dasar Kerajaan Perpaduan dan visi Perdana Menteri serta prinsip integriti yang mulia," katanya menerusi laman rasmi Facebooknya.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengucapkan tahniah kepada mereka yang dilantik dan meluahkan rasa teruja untuk berkerjasama dengan barisan Kabinet baharu serta memperkukuhkan iltizam agar agenda rakyat dapat diutamakan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana terus memberi kepercayaan dan keyakinan kepada saya untuk menerajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
"Insya-Allah, saya akan terus memberikan komitmen yang terbaik untuk memastikan ekonomi Malaysia berkembang dengan inklusif dan berdaya saing agar manfaatnya dapat dinikmati segenap lapisan masyarakat," katanya menerusi hantaran di laman X.
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi hantaran di laman X mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad atas pelantikan sebagai Menteri Kesihatan yang baharu.
"Semoga di bawah kepimpinan beliau, KKM akan terus memacu kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk kesejahteraan rakyat. Selamat datang dan selamat bertugas YBMK," menurut catatan itu.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata beliau amat gembira dengan pelantikan semula Dr Dzulkefly bagi memegang portfolio Menteri Kesihatan yang sebelum ini disandang Dr Zaliha Mustafa.
"Saya berharap Kabinet baharu ini akan menjalankan tugas yang terbaik seperti dikehendaki Perdana Menteri. Saya sendiri yang terus diberi kepercayaan, akan menjalankan tugas sebaik mungkin di bawah KPKM (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) dan pegawai kementerian akan berpadu tenaga mencapai cita-cita kerajaan MADANI di bawah Perdana Menteri," katanya.
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mohd Na'im Mokhtar turut menyambut baik pelantikan Timbalannya Dr Zulkifli Hassan selain mengharapkan kerjasama yang jitu dalam membantu memastikan agenda transformasi Al Falah dapat diusahakan.
"Setahun dah berlalu, saya harapkan amanah sebagai Menteri Agama ini kita telah buat dengan terbaik dalam usaha memartabatkan syiar Islam.
"...dan dengan adanya timbalan baharu ini akan meringankan dan membantu saya dalam memastikan agenda transformasi Al-Falah dapat diusahakan," katanya ketika ditemui semasa Perasmian Menara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi hantaran di laman X turut mengucapkan tahniah kepada M.Kulasegaran yang dilantik sebagai Timbalannya menggantikan Ramkarpal Singh.
"Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakan saya Ramkarpal atas usaha dan dedikasi beliau bekerja bersama-sama dalam menjayakan reformasi perundangan dan institusi," katanya.
Sementara itu, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menyifatkan pertukaran portfolio beliau sebagai Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam satu cabaran baharu dan bersedia untuk berkhidmat bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam Datuk Seri Fadillah Yusof.
"Sudah pasti beliau (Fadillah) juga mempunyai tanggungjawab yang besar, saya pasti akan ada banyak fokus, perkara dan perancangan menerusi kementerian baharu ini," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pertukaran portfolio beliau selepas melawat Rumah Pam Kampung Md Amin, di Kampung Md Amin, di Johor Bahru hari ini.
Akmal Nasrullah, yang sebelum ini Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan berkata rombakan kabinet itu dilihat dapat meningkatkan lagi prestasi Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri.
Bekas Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar menerusi hantaran di X pula mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh anggota Kementerian Sumber Manusia yang banyak membantunya.
Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepas bekas Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong yang menggantikan tempatnya.
Sementara itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menganggap kepercayaan diberikan Perdana Menteri untuk beliau terus menerajui Kementerian Pendidikan (KPM) adalah satu amanah yang cukup berat bagi mengangkat mutu pendidikan negara.
"Ini amanah yang cukup berat untuk tahun seterusnya dan iltizam telah pun kita pamerkan dengan bersungguh-sungguh demi memastikan agenda pendidikan terus diangkat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor dan KPM di Shah Alam hari ini.
Fadhlina berkata sepanjang setahun menerajui KPM, beliau dan bekas Timbalannya Lim Hui Ying telah memberikan khidmat yang terbaik.
"Saya mengalu-alukan Wong Kah Woh ke KPM sebagai Timbalan Menteri Pendidikan baharu dan merakamkan terima kasih kepada Lim yang bersama kita selama setahun ini, khususnya dalam memperkukuh pendidikan negara dan memberikan khidmat kebaktian terbaik untuk KPM," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2023
Mohd Na'im, Tengku Zafrul, Mohamad Sabu, Lim Hui Ying, Dr Dzulkefly, dan Azalina. - Foto Sinar Harian
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
KPDN Kelantan rampas pelbagai barangan seludup, barangan kawalan bernilai lebih RM6.8 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas pelbagai barangan seludup dan barangan kawalan dianggarkan bernilai lebih RM6.8 juta sejak awal Januari hingga semalam.
Jokowi dijangka adakan rombakan kabinet hari ini
Menurut media tempatan, terdapat tiga orang menteri dan ketua badan kerajaan yang akan dilantik pada 9 pagi waktu tempatan.
Dakwaan kepimpinan PKR gugur Kabinet, taktik lapuk pembangkang - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyifatkan khabar angin mengenai kepimpinan tertinggi PKR bakal digugurkan daripada Kabinet, sebagai taktik lapuk pembangkang.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Rombakan Kabinet bukan sekadar isi kekosongan - Fadillah
Rombakan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, disifatkan bukan sekadar mengisi kekosongan sebaliknya ke arah memperkasakan gerak kerja dan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Fadillah terajui kementerian baharu, hal-ehwal Sabah, Sarawak
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof diberi portfolio baharu dalam rombakan Kabinet hari ini.
Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan rombakan Kabinet yang dilaksanakan buat kali pertama selepas setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Lim Hui Ying ikrar tunai amanah berlandas dasar Kerajaan Perpaduan
Beliau yang beralih portfolio daripada Timbalan Menteri Pendidikan berkata, pelantikan tersebut merupakan satu cabaran baharu buatnya.
Rombakan Kabinet dilaksanakan untuk penuhi tuntutan semasa negara - PM
Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan bertujuan untuk membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa.
Rombakan Kabinet: Tidak adil buat penilaian dalam tempoh setahun - PM
Menteri atau timbalan menteri harus diberi peluang memperbaiki prestasi mereka termasuk beliau sendiri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Norway umum rombakan Kabinet, Menteri Luar digugurkan
Norway mengumumkan rombakan kabinet pada Isnin, dengan enam menteri ditukar, termasuk Menteri Luar Anniken Huitfeldt.