KUALA LUMPUR:Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus dipersalahkan atas kegagalan blok pembangkang memastikan Belanjawan 2021 tidak lulus di Dewan Rakyat, tegas Naib Presiden PKR, Datuk Dr Xavier Jayakumar.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Kuala Langat itu berkata, ketika Pakatan Harapan dikhianati pihak tertentu sehingga kehilangan kuasa di Putrajaya, Anwar masih kekal setia dan memimpin gabungan itu dalam tempoh waktu yang penuh dengan kesukaran.
Xavier berkata, Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan telah membuat sedaya termampu untuk mencapai apa yang diimpikan setiap parti dan ahli dalam gabungan itu.
“Beliau adalah satu-satunya pemimpin yang mengambil tanggungjawab itu untuk melawan dan menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional. Kita patut memuji dan berterima kasih kepada Anwar kerana melakukan perkata itu, kerana beliau berhempas pulas untuk mencapai apa yang diimpikan setiap ahli Pakatan Harapan.
“Bayangkan jika Anwar berjaya menjatuhkan Perikatan Nasional, semua orang akan merasa gembira dan meraih manfaat atas usaha keras beliau,” katanya lagi.
BACA: Pembangkang harus bersatu, berhenti kejar bayang-bayang, kata Guan Eng dan Mat Sabu
Namun, Xavier berkata, tidak wajar untuk meletakkan beban atas bahu Anwar seorang, semata-mata gagal dalam menghalang kelulusan Belanjawan 2021, dan seterusnya menggantikan beliau dengan orang lain.
Ujarnya lagi, beban itu juga sepatutnya diletakkan ke atas parti lain, yang sengaja tidak hadir atau tidak mengundi sewaktu perbahasan Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa.
“Jika kita semua menunjukkan perpaduan dari segi kehadiran, sudah pasti Belanjawan 2021 di peringkat beberapa kementerian akan kalah.
“Saya mahu berterima kasih kepada Anwar, kerana berusaha keras mengembalikan mandat rakyat. Kita harus sedar kita sedang hidup di zaman yang luar biasa, dan ini memerlukan tindakan yang juga luar biasa untuk menyelamatkan negara,” tegasnya lagi.
Tegas beliau lagi, semua pihak perlu sedar kejatuhan Pakatan Harapan bukanlah disebabkan Anwar, tetapi kerana Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan secara bersendirian untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Februari tahun ini.
Bergerak ke harapan, Xavier berkata, Pakatan Harapan perlu terus maju, dan mula memikirkan strategi yang bertepatan, agar tidak menjadi seperti Perikatan Nasional, sebuah kerajaan yang mempunyai majoriti amat tipis.
Ujarnya lagi, Perikatan Nasional akan terus rapuh kerana UMNO dilihat seolah-olah menjadikannya sebagai tebusan, dan boleh meminta apa sahaja yang diingini.
Atas sebab itu, ujarnya lagi, Pakatan Harapan dan blok pembangkang secara keseluruhan perlu bersatu, supaya kerajaan lebih stabil dapat diwujudkan di masa hadapan.
Firdaus Azil
Thu Dec 17 2020
![Pembangkang perlu terima kasih kepada Anwar, bukan cuba ganti beliau - Xavier Pembangkang perlu terima kasih kepada Anwar, bukan cuba ganti beliau - Xavier](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/61556521379_xavier.jpg)
Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa boleh digagalkan jika semua pihak bersatu padu, hadir dalam setiap proses mengundi, kata Xavier. - Gambar fail
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![PRU15: Hans, Xavier nafi bertanding kerusi Parlimen Kuala Langat PRU15: Hans, Xavier nafi bertanding kerusi Parlimen Kuala Langat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666493704_kerusiParlimen.jpg)
PRU15: Hans, Xavier nafi bertanding kerusi Parlimen Kuala Langat
Hans Isaac ketika dihubungi memaklumkan tidak mengetahui tentang dirinya terpilih sebagai calon yang akan bertanding merebut kerusi Parlimen tersebut.
![Dua lagi Ahli Parlimen sah sertai PBM Dua lagi Ahli Parlimen sah sertai PBM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61664624967_EdmundSantharaKuma.jpg)
Dua lagi Ahli Parlimen sah sertai PBM
Ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara Kumar kini sah bersama Parti Bangsa Malaysia (PBM).
!['Saya kekal dengan pendirian saya, itu sahaja' - Xavier 'Saya kekal dengan pendirian saya, itu sahaja' - Xavier](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-07/71564072407_Xavier.jpg)
'Saya kekal dengan pendirian saya, itu sahaja' - Xavier
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya wartawan berhubung kenyataan tersebut.
![Xavier pernah dakwa 'menteri kanan' paksa sokong PN, atau berdepan tindakan - Saifuddin Nasution Xavier pernah dakwa 'menteri kanan' paksa sokong PN, atau berdepan tindakan - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-05/61558969612_Xavier.jpg)
Xavier pernah dakwa 'menteri kanan' paksa sokong PN, atau berdepan tindakan - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, Dr Xavier pernah memaklumkan kepada pimpinan PKR sebelum ini, mendakwa dirinya menjadi sasaran SPRM.
![Dijangka 7 hingga 8 ahli Parlimen pembangkang akan sokong kerajaan PN - Annuar Musa Dijangka 7 hingga 8 ahli Parlimen pembangkang akan sokong kerajaan PN - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71613235947_AnnuarMusa.jpg)
Dijangka 7 hingga 8 ahli Parlimen pembangkang akan sokong kerajaan PN - Annuar Musa
Annuar difahamkan seramai tujuh hingga lapan orang lagi kawannya memberi indikasi dan bersedia menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
![Pembangkang perlu terima kasih kepada Anwar, bukan cuba ganti beliau - Xavier Pembangkang perlu terima kasih kepada Anwar, bukan cuba ganti beliau - Xavier](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/61556521379_xavier.jpg)
Pembangkang perlu terima kasih kepada Anwar, bukan cuba ganti beliau - Xavier
Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa boleh digagalkan jika semua pihak bersatu padu, hadir dalam setiap proses mengundi, kata Xavier.
![Tiada perubahan tarif air di Selangor - Xavier Tiada perubahan tarif air di Selangor - Xavier](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51563936360_AirPaip.jpg)
Tiada perubahan tarif air di Selangor - Xavier
Xavier Jayakumar yang memberi jaminan itu berkata kerajaan telah membuat perkiraan yang perlu dan mendapati tarif air boleh kekal seperti keadaan semasa.
![LRA Langat 2 tidak akan sebabkan bil air Selangor, KL meningkat LRA Langat 2 tidak akan sebabkan bil air Selangor, KL meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41452531050_WaterPipe.jpg)
LRA Langat 2 tidak akan sebabkan bil air Selangor, KL meningkat
Air Selangor akan nikmati tempoh pembayaran balik kepada PAAB selama 45 tahun, sekali gus tidak jejaskan bil air penduduk.
![Catu air jika kemarau berterusan di Kedah - Xavier Catu air jika kemarau berterusan di Kedah - Xavier](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81579435180_TunM.jpg)
Catu air jika kemarau berterusan di Kedah - Xavier
Catuan air kepada pengguna di Kedah mungkin dilaksanakan dalam masa terdekat, kerana kemarau di negeri terbabit dijangkakan berlarutan sehingga Mac tahun ini.
![Tarif air di Negeri Sembilan kekal, menteri akan adakan perbincangan Tarif air di Negeri Sembilan kekal, menteri akan adakan perbincangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81578200842_TBKLANGXAVIER.jpg)
Tarif air di Negeri Sembilan kekal, menteri akan adakan perbincangan
Satu mekanisma perlu dibentangkan kerajaan negeri jika mereka memilih untuk mengekalkan tarif sedia.