Tidak ada kenaikan terhadap tarif air di Selangor walaupun Stream B Loji Rawatan Air Langar 2 (LRA2) telah diserahkan kepada Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Datuk Dr Xavier Jayakumar yang memberi jaminan itu berkata kerajaan telah membuat perkiraan yang perlu dan mendapati tarif air boleh kekal seperti keadaan semasa.
"Air Selangor berada di bawah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), yang merupakan agensi kerajaan. Kadar sewa (LRA 2) berada pada kadar faedah minimum yang boleh dibayar balik dalam tempoh 45 tahun.
"Tidak ada bank, atau ada cara lain yang mereka akan dapat peluang untuk membayar balik dalam tempoh lebih 45 tahun. Itu sebabnya ia akan menjadi jumlah yang sangat nominal yang perlu dibayar oleh Air Selangor," katanya kepada sidang media hari ini selepas menyaksikan penyerahan Stream B LRA2 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian semasa ditanya sekiranya penyerahan itu akan memberi kesan kepada tarif air.
PAAB diberi tanggungjawab membangunkan LRA2 berasaskan bantuan kewangan yang diterima daripada kerajaan persekutuan.
Dr Xavier, yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat, bagaimanapun berkata tarif air perlu dikaji dalam jangka masa panjang supaya syarikat air juga merasa selesa, dan menggunakan keuntungan mereka bagi mencari cara untuk mengurangkan Air Tidak Berhasil (NRW).
Beliau memberi jaminan bahawa jumlah perbelanjaan isi rumah untuk keperluan air tidak akan melebihi dua peratus.
Sementara itu merujuk kepada cadangan untuk mendapatkan bekalan air dari Pahang untuk diagihkan ke lain-lain negeri di Semenanjung, Dr Xavier berkata pihak kementerian sedang melihat kepada beberapa cadangan dan perlu membuat kajian yang lebih mendalam kerana ia melibatkan kos yang amat tinggi.
Terdahulu dalam ucapannya Dr Xavier berkata kerajaan persekutuan menerusi PAAB memperuntukkan RM4.2 bilion untuk pembinaan LRA2 khusus bagi memenuhi permintaan air bersih yang semakin meningkat di Lembah Klang.
Beliau berkata LRA2 boleh membekalkan 1,130 juta liter sehari (MLD) untuk keperluan hampir dua juta pengguna selepas ia disiapkan sepenuhnya pada 2023.
Stream B akan membekalkan 565 MLD kepada hampir 900,000 pengguna di Hulu Langat, Cheras, Bangi, Semenyih dan kawasan Pudu.
LRA2 dijangka memenuhi permintaan air bersih di Lembah Klang sehingga 2025, dengan pembinaannya telah bermula sejak tahun 2014, dan pada mulanya ia dijadualkan siap pada 2017.
Sementara itu Dr Xavier turut berkata pihaknya akan terus memantau paras air empangan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi memastikan pembekalan air mentah mencukupi.
Katanya SPAN telah mengenal pasti dan menjalankan beberapa langkah mitigasi bagi negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Perlis dalam menghadapi musim kemarau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 21 2020

Tidak ada kenaikan terhadap tarif air di Selangor walaupun Stream B Loji Rawatan Air Langar 2 diserahkan kepada Air Selangor Sdn Bhd. -Gambar fail
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Tanah runtuh Bukit Tunku: Bekalan air di MACA ditutup
Bekalan air di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dekat Persiaran Tunku Syed Sirajuddin, Bukit Tunku ditutup susulan kejadian tanah runtuh di pintu utama premis berkenaan.

'Tolonglah, saya berhenti berniaga sementara sebab tiada air' - Peniaga
Setakat 5 petang Rabu, Air Selangor memaklumkan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di LRA SSP1 sudah berada pada tahap 83.9 peratus.

Punca sebenar pencemaran belum diketahui - Air Selangor
Semalam, Kementerian Alam Sekitar dan Air mengenal pasti tiga kawasan kilang yang disyaki menjadi punca pencemaran bau di Sungai Gong.

Tiada perubahan tarif air di Selangor - Xavier
Xavier Jayakumar yang memberi jaminan itu berkata kerajaan telah membuat perkiraan yang perlu dan mendapati tarif air boleh kekal seperti keadaan semasa.

Selangor tawar RM2.55 bil untuk ambil alih Splash
Suhaimi Kamaralzaman berkata proses pengambilalihan tersebut akan mengambil masa hampir dua bulan bermula Ogos.

Saya tidak akan batalkan perjanjian air Selangor - Azmin
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia ingin melihat kualiti dan pengurusan air yang berkesan di negeri itu.

Kerajaan pusat, Selangor meterai perjanjian utama penstrukturan industri air
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor hari ini memeterai Perjanjian Utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor dan W.P.Kuala Lumpur.