Pelantikan lima pemimpin MCA dan seorang daripada parti Gerakan ke dalam kabinet tidak membebankan kewangan kerajaan kerana belanjawan sudah diatur dengan baik, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata dalam tempoh singkat, atau kurang enam tahun sahaja lagi untuk Malaysia berstatus negara maju, pelantikan mereka sebenarnya amat perlu.
"Jangan kita bandingkan negara kita dengan negara lain sebab negara lain keperluannya berbeza.
" ...Jadi, dalam tempoh lima atau enam tahun ini ialah tempoh yang cukup penting untuk kita meneruskan usaha bagi melonjakkan pertumbuhan dan pengagihan ekonomi yang stabil dan saksama kepada semua," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran pemilik butik Bianco Mimosa Datuk Ida Suraya Mustapha di sini malam Ahad.
Beberapa pihak sebelum ini mempersoal tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu melantik pemimpin berkenaan ke dalam kabinet yang didakwa membebankan kewangan kerajaan.
Najib mengumumkan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dilantik Menteri Pengangkutan dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong serta Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Turut dinamakan ialah tiga naib presiden MCA iaitu Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan serta Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Mengulas pelantikan Chua, Ahmad berkata ia adalah tambahan yang baik memandangkan pengalaman pemimpin itu sebelum ini yang menyandang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Dalam perkembangan lain, beliau menyeru syarikat kecil dan besar di seluruh negara mengikut jejak langkah Ida Suraya, menyumbang sebahagian keuntungan syarikat kepada kebajikan ibu tunggal, anak yatim serta fakir.
Terdahulu, Ahmad menyerahkan sumbangan Ida Suraya kepada 150 penghuni Rumah Anak Yatim Ar-Rahmaniah, Rawang.
Bernama
Mon Jun 30 2014
MASLAN: Dalam tempoh singkat, atau kurang enam tahun sahaja lagi untuk Malaysia berstatus negara maju, pelantikan mereka sebenarnya amat perlu
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Kerajaan sedia teliti konsep rumah transit bangsa Johor - TPM Ahmad Zahid
Hanya kerajaan Johor yang memberikan kemudahan menyewa rumah dengan sebahagian daripada harga sewa menjadi tabungan untuk pembayaran deposit rumah seterusnya.
Penggunaan BIM perlu diperluas kepada pembinaan pembetungan, jalan raya - Ahmad
Ahmad turut mencadangkan agar universiti dan syarikat pembinaan tempatan bekerjasama dalam membangunkan perisian BIM keluaran Malaysia.
Jangan leka kejayaan di Nenggiri - Ahmad Maslan
Ahmad menggesa barisan jentera parti semua terus fokus membuat persiapan rapi.
SK Taman Agropolitan Gua Musang dijangka siap Januari 2025 - Ahmad Maslan
Projek yang bermula pada 27 Julai 2022 itu, kini 40 peratus siap dan sedang dalam fasa pemasangan struktur IBS untuk bangunan utama sekolah.
PRK Nenggiri: BN tumpu kempen akar umbi berbanding ceramah besar-besaran - Ahmad Maslan
Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan menumpukan kepada kempen dari rumah ke rumah berbanding ceramah besar-besaran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
ADUN Rembia tahu implikasi sebelum tandatangan surat perjanjian - Ahmad Maslan
Ahmad berkata dakwaan Muhammad Jailani semalam bahawa tuntutan denda daripada UMNO itu bertujuan menjadikannya muflis, adalah alasan semata-mata.
Kerajaan setuju bayar pampasan kepada 177 pemilik rumah, rumah kedai di laluan LTU
Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberi pampasan kepada 177 pemilik rumah dan rumah kedai yang berada di sepanjang laluan pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU).
DUN Nenggiri perlu bantuan Kerajaan Pusat, bawa projek untuk rakyat - Ahmad Maslan
Katanya, CSR itu merupakan hadiah kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan dan segala pembangunan yang dilaksanakan adalah untuk mereka.
KKR mohon MOF tambah peruntukan pembangunan produk inovasi
Ahmad Maslan berkata tambahan peruntukan berkenaan amat diperlukan kerana kos mempatenkan sesuatu produk inovasi memerlukan perbelanjaan tinggi dan tidak termasuk kos penghasilannya.
PRK: Anak Sungai Bakap diseru balik kampung mengundi Sabtu ini
Pengundi DUN Sungai Bakap yang tinggal di luar kawasan diseru supaya memanfaatkan cuti panjang hujung minggu ini untuk pulang mengundi.