KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan meminda perlembagaan parti itu bagi mewujudkan sayap baharu buat golongan belia berumur 18 hingga 28 tahun.
Presiden PBB yang juga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata penubuhan sayap itu dibuat bagi memberi peluang kepada golongan tersebut untuk bersama-sama berkhidmat kepada kesejahteraan negeri Sarawak.
"Buat masa ini PBB ada sayap wanita serta pemuda...sekarang ini kita akan wujudkan satu sayap buat golongan belia 18 hingga 28 tahun. Kita wujudkan sayap ini kerana kita mahu mereka sama-sama menguruskan masyarakat bersama kita.
"PBB adalah parti yang dinamik, kita juga mendengar aspirasi golongan muda dan kita akan sesuaikan kepada keadaan politik semasa," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB di sini malam tadi.
Ia mesyuarat pertama PBB sebagai parti dominan Sarawak selepas mencatatkan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN 12) Sarawak.
Abang Johari berkata pindaan perlembagaan itu akan dilakukan pada Mesyuarat Agung Triennial (TGM) parti yang dijadual diadakan Jun depan.
Beliau juga membayangkan sayap baharu itu akan ditangani secara bersama oleh beberapa pimpinan Pemuda parti itu.
"Sekarang ini kita sudah tubuhkan jawatankuasa untuk meneliti cadangan penubuhan sayap itu dan kita akan pinda perlembagaan pada TGM nanti," katanya.
Azizah Alwi
Sun Jan 09 2022
Abang Johari ditemui pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching malam tadi. --fotoBERNAMA
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Sayap belia PBB boleh jadi calon pilihan raya jika tepati syarat - Abang Johari
Syaratnya, calon itu hendaklah mempunyai kebolehan dan diterima oleh semua pihak terutama sekali pengundi.
Fadillah TPM, empat lagi Ahli Parlimen GPS sertai Kabinet Kerajaan Perpaduan
empat lagi Ahli Parlimen GPS yang menyertai kabinet kerajaan perpaduan ialah Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Nancy Syukri, Datuk Seri Tiong King Sing dan Datuk Ago Dagang.
PRU15: Pemuda PBB sedia kemukakan calon
Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersedia mengemukakan calon daripada kalangan ahli sayap itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Permohonan Willie Mongin sertai PBB: 'Saya tidak mahu komen' - Jerip Susil
Datuk Dr Jerip Susil enggan mengulas berkenaan permohonan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Nanta serah kepada pucuk pimpinan PBB tentukan permohonan Willie Mongin
Keputusan untuk menerima atau menolak permohonan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) wajar diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.
Willie Mongin sahkan mohon jadi ahli parti komponen GPS
Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin hari ini mengesahkan bahawa beliau telah memohon untuk menyertai PBB yang merupakan sebuah parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Perhimpunan PBB: Uggah ganti Abang Johari rasmi sayap Wanita, Pemuda
Timbalan Presiden I Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini merasmikan Perhimpunan Agung PBB bagi sayap Wanita dan Pemuda.
PBB: Jawatan utama tidak ditandingi, kecuali ahli MT
Semua jawatan utama dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak akan ditandingi pada 14 Jun depan.
Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan
Abang Johari berkata, secara tradisi, kerusi tersebut sememangnya milik parti PBB, yang menerajui gabungan GPS.
PBB wujud sayap baharu untuk golongan belia
Ia bagi memberi peluang kepada golongan beliau untuk bersama-sama berkhidmat kepada kesejahteraan negeri Sarawak.