Pas yakin Barisan Nasional (BN) akan berjaya mengekalkan kuasanya di Sarawak dan meraih majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11.
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat Datuk Mustafa Ali berkata BN dilihat masih memikat hati pengundi Sarawak selain mampu menyelesaikan isu tempatan terutama di kawasan luar bandar.
"Saya rasa BN akan terus memerintah Sarawak dan akan menang dua pertiga majoriti dalam PRN11 nanti, mungkin ada kawasan yang akan kalah, tetapi saya yakin BN akan terus kekal di Sarawak," katanya pada sidang media di pejabat Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) di sini hari ini.
Mustafa berkata Pas melihat masyarakat Sarawak lebih menumpukan kepada isu tempatan berbanding isu nasional.
Selain itu, beliau berkata faktor kepimpinan yang ditonjolkan Ketua Menterinya Datuk Seri Adenan Satem dalam pentadbiran kerajaan negeri memberikan keyakinan kepada rakyat.
"Datuk Seri Adenan Satem ini mempunyai feel good factor, lagi boleh menang di Sarawak," katanya.
Mengenai isu menteri besar Terengganu, Mustafa berkata pilihan terbaik kini ialah mengadakan pilihan raya negeri.
Beliau mendakwa tindakan menukar Ahmad Razif Abdul Rahman (menteri besar) bukanlah pilihan terbaik kerana ia akan menimbulkan masalah berterusan dan BN bukanlah memiliki majoriti yang besar.
Bagaimanapun Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berpendapat Pas tidak campur tangan dalam isu berkenaan.
"PAS menyerahkan kepada BN sehingga habis penggal dan biarlah mereka sendiri yang menyelesaikan masalah yang dihadapinya, kami tidak mahu campur tangan," katanya.
Bernama
Sat Apr 30 2016
MUSTAFA: Saya rasa BN akan terus memerintah Sarawak dan akan menang dua pertiga majoriti dalam PRN11 nanti. - Gambar fail
PRK Sungai Bakap: Joohari yakin sokongan pengundi di kawasan 'hitam'
Joohari berharap lebih ramai pengundi dapat keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid
Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.