Pas dan Umno boleh berbeza pendapat dan berkelahi tetapi diingatkan agar tidak berlebihan kerana perjuangan mempertahankan Islam dan Melayu serta Bumiputera merupakan agenda utama.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, apabila mempunyai kepentingan bersama kedua-dua parti ini perlulah melihat kembali sejarah bersatu ketika memperjuangkan isu yang sama termasuk menentang Malayan Union serta peristiwa 13 Mei 1969.
"Walaupun kita berbeza pendapat dan pandangan selepas mencapai kemerdekaan peristiwa 13 Mei menyatukan Umno dan Pas walaupun selepas itu berpisah lagi.
"Tetapi apabila ada perkara yang menyatukan hubungan kita antara Islam, bangsa dan tanah air tidak ada yang boleh pisahkan," katanya ketika berucap pada Himpunan Perpaduan Ummah di Dataran Kampung Gajah, di sini, malam ini.
Abdul Hadi juga turut mengingatkan kaum lain bahawasanya yang memulakan perjuangan menentang penjajah di negara ini adalah orang Islam dan Bumiputera sebelum kedatangan mereka.
"Ketahuilah kaum lain di Malaysia yang mula berjuang menentang penjajah adalah Islam dan Bumiputera sejak penjajahan Portugis di Melaka diketuai raja serta pemimpin ketika itu dan kamu tiada masa itu.
"Sekarang sudah tiba masanya kita (Islam) bersatu kerana nak ajak bersatu payah bila berlaku perkara begini ALHAMDULILLAH ALLAH S.W.T. satukan kita, satukan hati pemimpin-peminpin menjadi contoh kesatuan umat di negara ini," katanya.
Abdul Hadi kemudiannya menamatkan ucapannya dengan membaca doa agar Islam dan Melayu di negara ini dilindungi sambil diaminkan lebih 30,000 pengunjung yang hadir.
Sebelum itu Abdul Hadi turut sempat membaca dua rangkap pantung berbunyi;
Mat Kilau berdua pahlawan,
Menghunus keris lompat ke pagar,
Lampu hijau boleh berjalan,
Lampu merah jangan dilanggar.
Pasir tuan Pasir Salak,
Sila datang timba ikannya,
Sarang tebuan jangan dijolok,
Kalau dijolok besar padahnya.
Sinar Harian
Sat Nov 17 2018
![Pas, UMNO boleh bersama pertahan Islam - Hadi Pas, UMNO boleh bersama pertahan Islam - Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/51542474193_BantahICERD.jpg)
Ahmad Zahid dan Hadi duduk di pentas bersama. -Foto Sinar Harian
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739231486_BretBaier.jpg)
Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump
"Saya akan memilikinya (Gaza). Anggap ini sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan. Ia akan menjadi sebidang tanah yang indah. Tidak memerlukan perbelanjaan besar."
Negara-negara Arab tolak cadangan Trump untuk Gaza
Mesir menegaskan bahawa negara-negara Arab menyokong Palestin dalam menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan mengambil alih kawalan wilayah itu.
![KRT mampu jana pendapatan sumbang kepada Ekonomi MADANI - Aaron KRT mampu jana pendapatan sumbang kepada Ekonomi MADANI - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673496378_AaronAgoAnakDagan.jpg)
KRT mampu jana pendapatan sumbang kepada Ekonomi MADANI - Aaron
Kawasan Rukun Tetangga kini turut memainkan peranan dalam membantu pelaksanaan Ekonomi MADANI melalui beberapa sektor seperti pertanian, agrotani dan pelancongan.
![Tun Dr Ismail tokoh majukan orang Melayu, tanpa abai bukan Melayu - Jeniri Tun Dr Ismail tokoh majukan orang Melayu, tanpa abai bukan Melayu - Jeniri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61690946103_potret.jpg)
Tun Dr Ismail tokoh majukan orang Melayu, tanpa abai bukan Melayu - Jeniri
Tun Dr Ismail merupakan pemimpin unggul yang berpandangan ke hadapan dan sangat menekankan soal keadilan serta kesaksamaan sosial.
![MAGERAN diperlukan untuk selesai pelbagai krisis negara - Veteran UMNO MAGERAN diperlukan untuk selesai pelbagai krisis negara - Veteran UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623322590_TBNajibxjpg.jpg)
MAGERAN diperlukan untuk selesai pelbagai krisis negara - Veteran UMNO
Majlis Gerakan Negara (Mageran) boleh ditubuhkan ketika ini sebagai satu penyelesaian menyeluruh pelbagai krisis yang melanda negara hari ini.
![Boleh hilang kelayakan jika tidak hadir sidang Parlimen esok - Wan Junaidi Boleh hilang kelayakan jika tidak hadir sidang Parlimen esok - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51445430587_WanJunaidi.jpg)
Boleh hilang kelayakan jika tidak hadir sidang Parlimen esok - Wan Junaidi
Ahli Parlimen yang tidak hadir pada persidangan Parlimen yang akan berlangsung selama sehari pada Isnin bakal berdepan dengan kemungkinan hilang kelayakan.
![Pas, UMNO boleh bersama pertahan Islam - Hadi Pas, UMNO boleh bersama pertahan Islam - Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/51542474193_BantahICERD.jpg)
Pas, UMNO boleh bersama pertahan Islam - Hadi
Abdul Hadi juga turut mengingatkan kaum lain bahawasanya yang memulakan perjuangan menentang penjajah di negara ini adalah orang Islam dan Bumiputera.
![13 Mei lagi? 13 Mei lagi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/81377922711_295x200.jpg)
13 Mei lagi?
Adalah sesuatu yang sangat salah apabila selepas hampir 60 tahun merdeka warga negara ini masih ada rasa curiga antara satu sama lain.
![13 Mei: Bagaimana kita harus mengingati titik hitam dalam sejarah Malaysia? 13 Mei: Bagaimana kita harus mengingati titik hitam dalam sejarah Malaysia?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/61400039749_295x200.jpg)
13 Mei: Bagaimana kita harus mengingati titik hitam dalam sejarah Malaysia?
Sesetengah pihak menggunakannya sebagai alat untuk ketakutan dan kebencian tetapi ada yang ingin memupuk perpaduan dan perdamaian dengannya.
![13 Mei: Elak isu sensitif, kata bekas pemimpin PERKASA 13 Mei: Elak isu sensitif, kata bekas pemimpin PERKASA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/61400039749_295x200.jpg)
13 Mei: Elak isu sensitif, kata bekas pemimpin PERKASA
Rakyat Malaysia mesti mengelakkan memainkan isu sensitif dan menolak ekstremisme dalam memperingati 13 Mei.
![Mengenang 13 Mei: Kembalikan sekolah aliran Inggeris, kata Noor Azimah Mengenang 13 Mei: Kembalikan sekolah aliran Inggeris, kata Noor Azimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/41399994282_295x200.jpg)
Mengenang 13 Mei: Kembalikan sekolah aliran Inggeris, kata Noor Azimah
Aktivis pendidikan, Datin Noor Azimah Abdul Rahim yang berpendapat bahawa sebuah "bahasa yang neutral" seperti Bahasa Inggeris adalah lebih berkesan berbanding penekanan kepada Bahasa Melayu.
![13 Mei 1969 13 Mei 1969](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/51399987947_120x90.jpg)
13 Mei 1969
Apakah yang kita tahu tentang peristiwa berdarah itu? Bagaimanakah kita mengenang sejarah itu?