Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) menyarankan supaya PAS tidak meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Presidennya, Azmi Ali menjelaskan, bagi menjaga keharmonian dan perpaduan dalam kalangan umat Islam Melayu, PAS sepatutnya memberikan laluan kepada Barisan Nasional (BN) bertanding.
Katanya, ini sebagai timbang balik apa yang dilakukan oleh BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Cempaka, Kelantan pada tahun lepas yang mana UMNO tidak bertanding di kawasan berkenaan.
“Inilah medan terbaiknya (Sungai Besar dan Kuala Kangsar). Melayu sepatutnya tunjuk sikap bersatu seperti saranan Ketua Penerangan UMNO. PAS sewajarnya beri laluan kepada UMNO.
“Beri kemenangan tanpa bertanding sebab pilihan raya ini tak sampai dua tahun lagi. Ia membazir dan lagi banyak perpecahan (berlaku) dalam kalangan Melayu.
“UMNO pernah buat pengorbanan, kerusi Cempaka diberi kepada PAS,” ujarnya.
Katanya, walaupun kerusi Sungai Besar merupakan kerusi diwarisi PAS, namun atas dasar menjaga keharmonian PAS sewajarnya tidak bertanding.
Katanya, Parti Amanah Negara (Amanah), PAS dan UMNO merupakan parti yang majoritinya ahlinya disertai oleh umat Islam Melayu dan jika pertandingan tiga penjuru berlaku sudah pasti ia akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Melayu.
Pada masa kini PAS dan UMNO berdepan krisis perpecahan dalam kalangan ahli mereka dan apabila berlaku pertandingan sudah pasti perpecahan yang berlaku itu semakin merebak.
Katanya sebagai pemimpin Islam, mereka perlu berpandangan jauh dan terbuka dalam menerima saranan demi perpaduan umat Islam.
Azmi berkata demikian kepada pemberita selepas majlis tautan perpaduan di Kampung Teratak Pulai, Jelawat di sini siang tadi.
Muhafandi Muhamad
Sat May 21 2016

Menurut Azmi, UMNO pernah buat pengorbanan dengan memberikan kerusi Cempaka kepada PAS.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.