Pas menentang keras kempen undi rosak yang menjadi tular di laman sosial dan menganggap tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab kepada agama dan negara.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Islam meletakkan politik sebagai sebahagian daripada agama dan adalah menjadi kewajipan umatnya untuk mengundi.
"Memilih pemimpin adalah satu amanah yang besar, bermakna ia adalah tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh orang Islam," katanya pada sidang akhbar di Kompleks PasPerlis di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kempen #UndiRosak atau #SpoiltVote dan 'ProtesPRU' yang kini tular menerusi laman sosial mengajak golongan muda agar merosakkan undi pada pilihan raya umum akan datang dengan penggeraknya dilaporkan memberi alasan tiada beza sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Harapan.
Sementara itu, ketika mengulas kenyataan anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengenai kemungkinan berlaku situasi Parlimen tergantung apabila tiada pihak menang majoriti kerusi Dewan Rakyat, Abdul Hadi berkata Pas akan bergantung kepada parti yang kukuh jika andaian itu benar-benar terjadi.
"Kalau berlaku (Parlimen tergantung) kita akan bergantung kepada parti yang kukuh dan teguh... yang mudah menerima agenda Islam," katanya.
Semalam, Tengku Razaleigh dilaporkan berkata Parlimen tergantung tidak mustahil boleh berlaku apabila Dewan Rakyat terbahagi dua dengan bilangan kerusi sama.
Katanya jika keadaan itu berlaku, semua parti harus bersama bagi membolehkan badan eksekutif dipimpin seorang ahli politik yang diterima oleh kedua-dua pihak di Dewan Rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2018
ABDUL HADI: Islam meletakkan politik sebagai sebahagian daripada agama. - Gambar fail
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.
Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi
Pas menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).
Muktamar Pas: SG4 bantu jayakan agenda nasional - Abdul Hadi
Fungsi penubuhan SG4 dalam kalangan empat negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) adalah untuk bersama menjayakan agenda nasional.