Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap Majlis Syura Ulama parti itu yang mempertahankan kuasa pemutus dimiliki Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai senarai nama calon Menteri Besar Selangor.
Setiausahanya, Muhyidin Abdul Rashid juga menegaskan bahawa Abdul Hadi mempunyai kuasa pemutus dalam apa juga perkara yang melibatkan kepentingan parti seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal 26(1)(a).
"Justeru, kami menegaskan bahawa anggota jawatankuasa kerja PAS pusat dan saf kepimpinan PAS di semua peringkat serta anggota parti di setiap lapisan bertanggungjawab dan wajib melaksanakan segala keputusan dan arahan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor masih belum ada titik noktah apabila hanya PAS yang menghantar tiga nama calon Menteri Besar sementara PKR dan DAP masih mengekalkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.
Jumaat lalu, Abdul Hadi menegaskan tindakannya menghantar lebih dari dua nama calon kepada pihak istana sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan mahu memudahkan baginda membuat pemilihan calon yang sesuai.
Bagaimanapun, tindakan Abdul Hadi itu dikritik oleh PKR dan DAP sebagai tidak menghormati semangat setiakawan antara tiga parti pembangkang itu.
Pada 27 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah supaya parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.
Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai.
Astro Awani
Tue Sep 09 2014
Abdul Hadi mempunyai kuasa pemutus dalam apa juga perkara yang melibatkan kepentingan parti seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal 26(1)(a).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.