Pas Pahang akan meletakkan 10 peratus calon bukan Islam untuk bertanding di kerusi Parlimen pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pesuruhjaya Pas negeri Rosli Abdul Jabar berkata mereka akan dipilih dalam kalangan Dewan Himpunan Penyokong Pas.
“Untuk peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) pula bergantung pada keadaan semasa,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Badan Perhubungan Pas Pahang di Kompleks Al Makmur Kerdau di sini hari ini.
Beliau berkata Pas Pahang juga memutuskan untuk bertanding di sekurang-kurangnya 38 DUN dan 13 kerusi Parlimen pada PRU14 nanti.
“Kita telah mengenal pasti calon-calon yang bakal bertanding dengan pelbagai latar belakang termasuk aktivis masyarakat, profesional dan golongan agamawan. Sebanyak 40 peratus merupakan golongan muda dan 10 peratus lagi merupakan calon muslimat," katanya.
Mengulas lanjut, Rosli berkata pihaknya yakin dapat menawan kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu meskipun tanpa kerjasama parti pembangkang lain bersandarkan sokongan 200 badan bukan kerajaan di bawah Gagasan Sejahtera.
Pas Pahang sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU14 dan kesediaan ini akan diterjemahkan pada Fastaqim 2.3 yang bakal menghimpunkan lebih 12,000 jentera pilihan raya Pas Pahang pada 20 Januari ini, katanya.
Pada masa ini Pas Pahang menyandang dua kerusi DUN iaitu Tanjung Lumpur dan Beserah serta satu kawasan parlimen iaitu Temerloh yang masing-masing dimenangi pada PRU lalu.
Satu lagi kerusi DUN yang dimenangi pada PRU13 iaitu Kuala Semantan kini diwakili Parti Amanah Negara (PAN) selepas penyandangnya Syed Hamid Syed Mohamed bertindak menyertai parti serpihan Pas itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 23 2017
Pas Pahang akan meletakkan 10 peratus calon bukan Islam untuk bertanding di kerusi Parlimen pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Piala ASEAN 2024: Vietnam mara ke final, tewaskan Singapura agregat 5-1
Rafaelson Fernandes muncul wira Vietnam apabila meledak jaringan berganda untuk membantu pasukan mara ke pentas akhir kejohanan berprestij itu.
Presiden Azerbaijan dakwa Rusia bertanggungjawab
Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev secara terbuka mendakwa Rusia telah menembak pesawat penumpang Azerbaijan Airlines J2-8243 pada 25 Disember lepas, menyebabkan ia terhempas.
Media tempatan Azerbaijan melaporkan, Aliyev membuat dakwaan tersebut sewaktu ditemuramah di Lapangan Terbang Baku
Media tempatan Azerbaijan melaporkan, Aliyev membuat dakwaan tersebut sewaktu ditemuramah di Lapangan Terbang Baku
Kelantan,Terengganu dan Sabah dilanda banjir
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kedua-dua negeri itu kembali dilanda bencana tersebut pada Ahad.
Berdasarkan portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 18 pps dibuka di tiga daerah di Kelantan manakala Terengganu terpaksa membuka semula 16 PPS di dua daerah.
Berdasarkan portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 18 pps dibuka di tiga daerah di Kelantan manakala Terengganu terpaksa membuka semula 16 PPS di dua daerah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.
Festival Citrawarna Kampong Bharu tarik pelancong dekati nilai sejarah
Festival anjuran OMNI Holdings Sdn Bhd yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lepas itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik.
China perkenal prototaip kereta api terpantas di dunia
Prototaip kereta api laju CR450, yang mampu beroperasi pada kelajuan 400 kilometer sejam (km/j), diperkenalkan di Beijing pada Ahad, menurut pengendali kereta api negara itu.
Kapal persiaran mega buatan China terima 600,000 pelancong
Kapal persiaran mega pertama China, Adora Magic City telah menyelesaikan 84 pelayaran dan menerima 600,000 pelancong pada tahun pertama operasi komersialnya, menurut Kastam Shanghai
Mayat 24 warga Azerbaijan dibawa pulang
Mayat 24 warga Azerbaijan yang terbunuh dalam nahas pesawat Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau, Kazakhstan telah dibawa pulang ke ibu negara Baku, lapor media tempatan.
Taiwan tutup 14 sekolah pada 2024
MOE mendedahkan bahawa 14 institusi itu terdiri daripada sembilan sekolah rendah, sebuah sekolah menengah rendah dan empat institusi pengajian tinggi.
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.
PM dukung titah Sultan Selangor bukan Islam jangan campuri urusan Islam
Namun, sekiranya perlu, bukan Islam boleh menulis kepada MKI untuk meleraikan sebarang kemusykilan dengan baik.
Rang Undang-undang sekat sebar agama lain kepada orang Islam sedang diusahakan
Rang Undang-undang (RUU) Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) dijangka akan dibentangkan tahun depan.
Melaka nafi ada campur tangan bukan Islam dalam pelantikan jawatankuasa masjid
Pihak kerajaan negeri menafikan urusan umat Islam terutama melibatkan pelantikan jawatankuasa surau dan masjid, akan dicampur tangan oleh bukan Islam.
Akta 164 bolehkan Menteri Dalam Negeri daftar perkahwinan pasangan bukan Islam - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara berkata bahawa Menteri Dalam Negeri boleh melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam.
Muktamar Pas: Penyatuan ummah tak jejas hak bukan Melayu - Abdul Hadi
Ini termasuk, katanya mengajak orang bukan Islam yang tidak ekstrem mengikut acuan Sirah Nabawiyah.
Terengganu tak halang atlet bukan Islam sertai gimnastik, gimrama
Pakaian patuh syariah tidak tertakluk kepada atlet bukan Islam di negeri ini sebaliknya garis panduan tersebut hanya melibatkan atlet Muslim.
Rasuah pengurusan mayat, kakitangan perubatan direman 6 hari
Dua kakitangan perubatan awam direman enam hari bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam.
Hadis 40: Jangan hanya baca terjemahan - Ustaz Kazim
Mana-mana pihak tidak seharusnya menilai pengajaran Hadis 40 Imam Nawawi hanya berdasarkan terjemahan semata-mata tanpa memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan.
Bukan Islam campuri isu pengajian 40 hadis melampau - PPIM
PPIM menggesa pihak berkuasa menyiasat semua kenyataan media dibuat mengenai isu pengajian 40 hadis yang disifatkan semakin melampau.