Pas sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa berhubung jemputan ke Solat Hajat Wisma Tok Guru yang disifatkan sebagai provokasi angkuh.
Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, tindakan Husam seperti mendahului keputusan Mahkamah Tinggi Malaya terhadap Injuksi Erinford pada 8 Januari lalu.
"Pas tolak jemputan itu dan tidak berminat untuk melayan ucapan Husam, tetapi hal ini melibatkan keputusan mahkamah maknanya ada kaitan dengan parti.
"Husam melalui satu video di Facebook Pemuda Amanah Kelantan mengisytiharkan solat hajat dan menjemput Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan ahli Pas, itu satu ucapan angkuh, sombong dan provokatif," katanya di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, tadi.
Beliau berkata, Adun Salor itu juga dikatakan mendahului mahkamah apabila berkali-kali menyebut beliau tuan punya bangunan sedangkan belum ada keputusan dibuat mahkamah terhadap hak milik wisma itu.
"Keputusan Injuksi Erinford lalu bertujuan mengharmonikan keadaan sementara keputusan sebenar dibuat, namun tindakan beliau seperti mencabar dan bercanggah.
"Dalam keputusan itu, defendan (Mohd Yasin Yusoff) tidak boleh mengganggu plaintif (Husam) masuk ke kawasan itu dan arahan setakat plaintif sahaja, yang lain boleh dihalang.
"Hak masih kepada Pas untuk guna kawasan, yang lain tidak dibenarkan masuk ke kawasan," katanya.
Katanya, Pas juga meminta Husam menghentikan provokasi atau mengelirukan penyokong parti masing-masing sehingga hak milik wisma itu diputuskan mahkamah.
Sebelum ini, mahkamah membenarkan permohonan Injunksi Erinford oleh Husam terhadap Mohd Yasin juga Setiausaha Kerja Pas Kelantan sehingga rayuan permohonan injunksi plaintif didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Malaysia.
Mahkamah turut memerintahkan tarikh sebutan semula pada 12 Februari depan sama dengan tarikh pengurusan kes induk Writ Saman yang difailkan Mohd Yasin terhadap Husam supaya mengosongkan bangunan itu.
Sebelum ini, injunksi plaintif terhadap writ saman itu ditolak mahkamah sama pada 16 November 2017.
Isu perebutan tanah di Pendek, Salor, di sini, mendapat perhatian bermula susulan tanah asal milik bekas Adun Salor, Allahryarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim atas nama isterinya sebagai pemilik dijual kepada Mohd Yasin dengan harga RM700,000
Sinar Harian
Tue Jan 16 2018
![Pas kaji tindakan undang-undang terhadap Husam Pas kaji tindakan undang-undang terhadap Husam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/51499148184_HusamMusa.jpg)
Husam dikatakan mendahului mahkamah apabila berkali-kali menyebut beliau tuan punya bangunan sedangkan belum ada keputusan dibuat mahkamah terhadap hak milik Wisma Tok Guru. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![PRU15: Che Abdullah tidak lagi janggal berpakaian biru ketika berkempen PRU15: Che Abdullah tidak lagi janggal berpakaian biru ketika berkempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667819546_AbdullahMatNawi.jpg)
PRU15: Che Abdullah tidak lagi janggal berpakaian biru ketika berkempen
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Tumpat Datuk Che Abdullah Mat Nawi mengakui merasa janggal pada awalnya kerana memakai baju berwarna biru ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15.
![PRU15: Che Loh akui ada cubaan memboikotnya PRU15: Che Loh akui ada cubaan memboikotnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667544736_AbdullahMatNawi.jpg)
PRU15: Che Loh akui ada cubaan memboikotnya
Che Abdullah Mat Nawi mahu tebus maruah diri dan keluarga pada PRU15.
![Che Lah sah calon BN di Tumpat Che Lah sah calon BN di Tumpat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625720854_DatukCheAbdullahM.jpg)
Che Lah sah calon BN di Tumpat
Ahmad Jazlan juga memaklumkan, Che Abdullah akan bertanding mempertahankan kerusi parlimen Tumpat menggunakan lambang BN.
![KRPPM mahu pertingkat integriti, tadbir urus, cegah rasuah KRPPM mahu pertingkat integriti, tadbir urus, cegah rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662630879_TBKRPPM.jpg)
KRPPM mahu pertingkat integriti, tadbir urus, cegah rasuah
KRPPM Integriti, Governan dan Anti Rasuah akan memastikan perubahan sistematik dan legislatif bagi mempertingkatkan integriti, tadbir urus serta pencegahan rasuah di Malaysia.
![Kehadiran penyokong ke stadium legakan 'kantung' kewangan pasukan Kehadiran penyokong ke stadium legakan 'kantung' kewangan pasukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626588512_PerlawanBolaSepak.jpg)
Kehadiran penyokong ke stadium legakan 'kantung' kewangan pasukan
Kebenaran itu memberi peluang kepada pasukan menjana pendapatan menerusi jualan tiket, jersi dan sebagainya.
![Bekas timbalan menteri lapor polis difitnah isu salah guna kuasa Bekas timbalan menteri lapor polis difitnah isu salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51630922134_TBFITNAH.jpg)
Bekas timbalan menteri lapor polis difitnah isu salah guna kuasa
Che Abdullah Mat Nawi membuat laporan polis berhubung penyebaran di media sosial yang didakwa memfitnah beliau berkait isu penyelewengan dan salah guna kuasa.
![PN tumbang atau tidak, hanya boleh ditentukan melalui sokongan Ahli Parlimen - Che Abdullah PN tumbang atau tidak, hanya boleh ditentukan melalui sokongan Ahli Parlimen - Che Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625720854_DatukCheAbdullahM.jpg)
PN tumbang atau tidak, hanya boleh ditentukan melalui sokongan Ahli Parlimen - Che Abdullah
Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata sokongan Ahli Parlimen kepada kerajaan Perikatan Nasional hanya boleh diketahui apabila Parlimen bersidang.
![Video nikah tular: Timbalan menteri mohon maaf Video nikah tular: Timbalan menteri mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603250513_DatukCheAbdullahM.jpg)
Video nikah tular: Timbalan menteri mohon maaf
Che Abdullah berharap agar semua pihak dapat memberikan ruang dan menghormati privasi keluarganya.
![Syarat import lembu hidup diperketatkan elak LSD - MAFI Syarat import lembu hidup diperketatkan elak LSD - MAFI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603250513_DatukCheAbdullahM.jpg)
Syarat import lembu hidup diperketatkan elak LSD - MAFI
Setakat ini sebanyak 81,252 ekor ternakan lembu di 9,108 premis atau ladang telah diperiksa.
![MAFI ambil langkah stabilkan harga barangan asas pada musim perayaan MAFI ambil langkah stabilkan harga barangan asas pada musim perayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/41589617066_mydinpasaraya.jpg)
MAFI ambil langkah stabilkan harga barangan asas pada musim perayaan
MAFI mengambil beberapa langkah untuk menstabilkan harga barangan keperluan asas sepanjang musim perayaan Aidilfitri.