Pas dinasihat untuk tidak membuat fitnah atau melakukan pembohongan dalam setiap langkah atau kenyataan politik mereka.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merosakkan imej Islam yang selama ini menjadi imej parti itu sendiri.
"Pas? Dia ni masalah Pas ini dia ada masalah RM90 juta, ambil wang UMNO, sekarang dia nak alih (isu).
"Saya hendak nasihat, orang Islam tidak boleh fitnah. Dia (Pas) boleh bohong, sekarang dia boleh fitnah dan kalau dia hendak guna politik untuk gelanggang fitnah dan bohong jangan guna nama Islam.
"Dia merosakkan imej Islam atas nama parti Islam, imej Islam itu jadi rosak. Orang bukan Islam kata, syeikh sekarang boleh bohong, syeikh sekarang boleh fitnah," katanya semasa sidang media selepas hadir ke Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parlimen Lembah Pantai di sini, pada Sabtu.
BACA: Pas sokong rasuah atas nama Islam - Anwar
BACA: Pas akan sokong Tun M jika berlaku pengkhianatan dalam PH - Takiyuddin
Sebelum ini, Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi mendakwa Anwar merupakan orang di belakang tabir yang mahu membuat undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen.
Kata Muhammad Khalil, ia berdasarkan reaksi Anwar yang marah ketika isu undi tidak percaya itu ditimbulkan oleh Pas.
Sebelum ini juga, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu akan berdiri teguh menyokong kepimpinan Dr Mahathir jika berlaku pengkhianatan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Tegasnya, Pas komited dalam mempertahankan agama, negara dan bangsa dari sebarang bentuk ancaman.
Dr Mahathir sebelum ini membuat kenyataan bahawa akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana parti komponen PH yang melakukan pengkhianatan kepada negara.
Wan Syamsul Amly
Sat Feb 23 2019
ANWAR: Pas merosakkan imej Islam atas nama parti Islam, imej Islam itu jadi rosak. - Gambar fail- Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Prevalen bantut, obesiti kanak-kanak dan dewasa meningkat - KKM
Pevalen obesiti dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun juga telah meningkat daripada empat peratus pada 2015, 5.6 peratus pada 2019 dan 6.0 peratus pada 2022.
Menilai prestasi 1H, mengejar kejayaan 2H
Separuh pertama 2024 menyaksikan peningkatan dalam sektor teknologi dan eksport, serta usaha pengurangan hutang negara. Cabaran menanti di separuh kedua, termasuk pemulihan ekonomi pasca-pandemik, kestabilan politik, pengurusan inflasi, dan pembangunan infrastruktur. Dengan strategi yang tepat, Malaysia berpotensi mencapai kejayaan lebih besar. Perbincangan bersama Pakar Ekonomi, Prof. Emeritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid.
Jiwa SME: 'Made in Perlis' sasar jualan RM1 juta menjelang 2025
Walaupun berdepan pelbagai cabaran dalam memajukan industri kulit di negara ini, ia tidak menjadi penghalang kepada Abdul Abbas Abduk Karim He untuk mengukuhkan jenama Made in Perlis melalui produk Vaska Leather Craf.
Lesap lebih RM3,000 digodam pembeli di laman web jual beli tempatan
Kejadian itu berlaku sangat pantas setelah dia menekan satu pautan menerusi e-mel yang kononnya dihantar oleh laman sesawang tersebut.
KPM laksana program bersama saintis tarik minat pelajar dalam STEM
Fadhlina Sidek berkata program berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Reformasi ekonomi: Iltizam politik, trend nyata jadi pengukur - Penganalisis
Iltizam politik dalam melakukan reformasi ekonomi dengan melaksanakan beberapa dasar penting dilihat menjadi faktor penting kepada peningkatan penarafan kepada Malaysia oleh JP Morgan baru-baru ini.
Reformasi ekonomi: Mampu bawa pelaburan berkualiti ke Malaysia - Standard Chartered
Reformasi struktur ke atas ekonomi negara yang merangkumi rasionalisasi subsidi serta usaha kerajaan memperoleh pertumbuhan mampan menerusi beberapa polisi yang diumumkan sebelum ini diunjurkan mampu membawa pelaburan berkualiti kepada Malaysia.
Peranan industri dalam TVET, masa depan tenaga kerja
Pengangguran belia di Malaysia terus menjadi kebimbangan utama, disebabkan oleh tahap kemahiran yang tidak mencukupi dan kekurangan pengalaman kerja. Selain daripada reformasi pendidikan, industri juga memainkan peranan penting dalam memperluaskan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi meningkatkan kebolehpasaran golongan muda dalam pasaran kerja. Bagaimanakah industri boleh memastikan TVET menyediakan kemahiran praktikal yang dituntut oleh majikan serta menyediakan peluang latihan yang berharga untuk golongan muda?
Terarium - Keceriaan tercipta di dalam bekas
Terarium ini mungkin boleh menjadi pilihan atau solusi bagi mereka yang suka tanaman tetapi sering kesuntukan masa.
AWANI Pagi: NGO perkasa usaha baik pulih hospital Al-Shifa di Gaza
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Mohd Shah Sapiei Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Iltizam Relief Society membincangkan mengenai usaha dan iltizam berterusan badan bukan kerajaan (NGO) yang memfokuskan kepada pelaksanaan projek bantuan kemanusiaan khususnya pemulihan di Gaza, Palestin.
Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi
Presiden Pas serah kepada orang lain atau rakyat untuk jawab kenyataan Presiden UMNO.
Tiada kerjasama UMNO-Pas selagi Hadi presiden - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan tidak akan ada kerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.
Malaysia sokong penyelesaian dua negara, AS kena pastikan Israel patuh resolusi
Malaysia berpendirian teguh bahawa tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan pembunuhan terhadap rakyat Gaza dihentikan segera.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.