Ahli Jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini menerima sijil kelulusan pendaftaran parti daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) di Putrajaya.
Ia diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan disertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
"Kita nak ucapkan terima kasih kepada ROS dan kepada Menteri Dalam Negeri kerana memberikan kelulusan ini dalam tempoh 30 hari sebagaimana yang dijanjikan," katanya semasa ditemui media selepas pertemuan hampir sejam dengan pihak ROS di sini hari ini.
Dengan kelulusan penubuhan PPBM, menurut Muhyiddin, ia diharap akan dapat membela nasib rakyat dan menegakkan kebenaran.
"Kita akan agihkan borang-borang keanggotaan kepada mereka yang berminat dengan parti. Mereka boleh berhubung dengan ibu pejabat kita di Damansara dan akan diedarkan ke bahagian-bahagian seluruh negara.
Selain itu katanya, keanggotaan boleh dilakukan secara atas talian selepas melalui proses tertentu.
Selepas ini katanya, Tun Dr Mahathir akan mempengerusikan mesyuarat bagi memutuskan pelantikan Bendahari Agung parti dan pembukaan akaun syarikat.
"Kita jangkakan urusan ini akan disegerakan dan saya diberitahu bila semua sudah tersedia, kita akan buat sidang media untuk maklumkan tarikh sebenar," kata beliau.
Tambahnya, ada dua bentuk keahlian iaitu Bumiputera termasuk Sabah dan Sarawak, dan kedua, ahli bersekutu iaitu bukan Bumiputera.
"Kita harap parti kita ini akan mendapat sokongan dan kita sama-sama berjuang mengembalikan zaman kegemilangan negara, meletakkan Malaysia di atas landasan betul, supaya negara kita akan dipandang tinggi," tegasnya lagi.
Pada masa sama, beliau berharap jumlah anggota yang besar akan menyertai PPBM.
"Hasil tinjauan kita dari bawah, mereka menunggu-nunggu. Kita tidak meletakkan sasaran namun kita harap sejumlah anggota yang besar dalam kalangan rakyat yang sebahagian berada dalam parti politik yang hendak berhijrah, dan sesiapa yang nak bersama-sama kita," ujarnya.
Kempen keahlian parti juga akan digerakkan ke seluruh negara.
"Kita ada tubuhkan jawatankuasa keahlian yang dipimpin Akram Shah dan dia akan lantik ketua-ketua di peringkat negeri dan kawasan parlimen. Jadi tiada kawasan yang akan tertinggal," kata beliau .
Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan syarat ROS supaya parti itu tidak menggunakan nama singkatan 'Bersatu', ini jawapan beliau:
"Kami tidak gembira dengan perkara itu. Seperti yang diketahui pada hari pertama kami menyerahkan permohonan pendaftaran parti, kami mempunyai cadangan sendiri iaitu 'Bersatu'. Ia mudah diingati, menangkap tumpuan dan menunjukkan keserasian dengan logo atau ikon kami."
Bagaimanapun, beliau akur dengan kehendak ROS yang menyatakan bahawa perkataan itu sudah digunakan banyak parti lain.
"Alasannya adalah sudah ada beberapa parti lain yang menggunakan perkataan 'Bersatu' dalam nama parti mereka. Namun, pada pemerhatian kami, mereka tidak menggunakan nama itu untuk merujuk kepada parti.
"Sepatutnya ini tidak menjadi sebabnya, namun kami tidak mahu memanjangkan perkara ini," jelas beliau.
Mengenai pemilihan parti, jelasnya, ROS telah menasihatkan PPBM agar menggunakan peruntukan dalam perlembagaan dengan penaja atau pemilik parti menjadi pemimpin yang sah.
"Namun, dalam perlembagaan itu ada peruntukan-peruntukan lain seperti lantikan setiausaha agung, bendahari agung, ketua penerangan, dan tujuh ahli majlis pimpinan tertinggi yang boleh dilantik.
"Jadi yang mungkin kita tidak akan lakukan adalah yang dipilih sebab kita belum ada ahli, jadi kita jalankan dahulu," tambah beliau.
Rahimah Abdullah
Fri Sep 09 2016
![Parti Pribumi Bersatu Malaysia terima sijil kelulusan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia terima sijil kelulusan pendaftaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/51473393015_TSMuhyiddinYassin.jpg)
Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan logo parti barunya di ROS pada 9 Ogos, 2016. Gambar Astro AWANI / Shahir Omar / Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Adrain Jerome dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM Adrain Jerome dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715153556_TBsprm.jpg)
Adrain Jerome dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM
Adrain Jerome Karuna Devan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan (JKA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
![Pemimpin PKR Kalabakan dakwa 2,000 ahli cabang keluar parti Pemimpin PKR Kalabakan dakwa 2,000 ahli cabang keluar parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41592691646_pkrFLAG.jpg)
Pemimpin PKR Kalabakan dakwa 2,000 ahli cabang keluar parti
Timbalan Ketua cabang Mohd Jailani Chachu berkata mereka berbuat demikian kerana hilang kepercayaan terhadap parti.
![Isu berbuka puasa, AJK kuil tidak dimaklumkan - Manjit Singh Isu berbuka puasa, AJK kuil tidak dimaklumkan - Manjit Singh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41559128226_iftarbukanislam.jpg)
Isu berbuka puasa, AJK kuil tidak dimaklumkan - Manjit Singh
Pengerusinya, Manjit Singh berkata, majlis tersebut dirancang oleh salah seorang ahli biasa Gurdwara Sahib Johor Bahru dan tidak membabitkan sebarang ahli jawatankuasa kuil Sikh itu.