Aspirasi penubuhan parti berbilang kaum yang mendukung bangsa Malaysia yang bersatu padu, maju, adil, saksama dan bahagia menjadi teras Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sempena majlis pelancarannya di ibu negara hari ini.
Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, antara perkara yang mencetus penubuhan Ikatan adalah apabila beliau mendapati berlaku kelemahan dalam pentadbiran negara pada masa ini yang dipalit pelbagai isu negatif.
"Saya mahu lancarkan pergerakan Ikatan bagi pihak 'roh' para pemimpin terdahulu yang mengasaskan negara ini," ujar bekas Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka itu sambil memetik beberapa nama tokoh negara antaranya seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan.
Pemimpin pengasas negara tersebut, menurut Abdul Kadir, mengutamakan penyatuan rakyat yang berbeza latar budaya, agama dan kepercayaaan selain memastikan kemakmuran negara dikongsi bersama.
Matlamat Ikatan, menurutnya, adalah untuk menghidupkan kembali apa yang dikehendaki Datuk Onn Jaafar dan para pemimpin Parti Perikatan suatu ketika dahulu yang mahu menubuhkan parti berbilang kaum.
"Ikatan mahu mengaktifkan semula perjalanan ke arah Wawasan 2020 yang mahu mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, adil dan saksama.
"Kita bukan pro Barisan Nasional, dan bukan juga pro pembangkang. Kita adalah parti yang pro rakyat dan masa depan negara serta akan menyokong hanya yang baik untuk negara ini," kata Abdul Kadir.
Ikatan yang berharap menjadi sebuah parti massa dengan majlis dan cawangan di setiap negeri akan mengambil tarikh Hari Malaysia pada 16 September 2015 untuk memperkenalkan barisan pimpinannya dari seluruh negara.
Tambah Abdul Kadir, penubuhan parti Ikatan bukan tentang memenangi pilihan raya, sebaliknya memperbaik hala tuju politik negara yang dilihat sudah tersasar.
"Kami buat masa ini tidak memikirkan tentang pilihan raya tetapi mahu menjuarai isu tertentu yang sedang banyak diperkatakan.
"Kami mahu membentuk semula acuan politik negara ini yang dilihat sudah tersasar dari landasan perjuangan asas.
"Parti Ikatan mahu mengembalikan hala tuju politik negara ini ke pangkal jalan," ujar beliau.
Hamzah Hamid
Fri May 15 2015
ABDUL KADIR: Kita adalah parti yang pro rakyat dan masa depan negara serta akan menyokong hanya yang baik untuk negara ini. -Gambar fail
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
Bicara kes saman bekas menteri terhadap Aliff Syukri bermula 2026
Mahkamah Tinggi menetapkan tiga hari bermula 6 Jan 2026 untuk perbicaraan kes saman difailkan Abdul Kadir Sheikh Fadzir, terhadap Aliff Syukri.
Ikatan desak polis haramkan himpunan Bersih, Baju Merah
Presidennya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) seharusnya bertindak mengharamkan perhimpunan anjuran kumpulan Bersih dan Baju Merah tersebut.
Ikatan tidak akan bekerjasama dengan parti baharu Tun Mahathir
Ikatan menolak sebarang kerjasama dengan parti baharu yang dirancang bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Parti Ikatan dilancar, ikrar hidupkan semula aspirasi pemimpin terdahulu
Antara perkara yang mencetus penubuhan Ikatan adalah apabila beliau mendapati berlaku kelemahan dalam pentadbiran negara pada masa ini yang dipalit pelbagai isu negatif.