KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan tiga hari bermula 6 Jan 2026 untuk perbicaraan kes saman difailkan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, terhadap ahli perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman berhubung kenyataan fitnah membabitkan hutang pelaburan puluhan juta ringgit.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan 6 hingga 8 Jan 2026 sebagai tarikh bicara dan 5 Julai ini, ditetapkan untuk pengurusan kes selanjutnya.
Terdahulu, peguam T.Dheenish mewakili Abdul Kadir selaku plaintif berkata anak guamnya akan memberi keterangan pada perbicaraan kes saman itu.
"Kemungkinan pihak plaintif akan memanggil beberapa saksi daripada portal berita yang menerbitkan dakwaan defendan (Aliff Syukri), yang dimuat naik di Instagram dan Facebook milik defendan," kata peguam itu.
Peguam Mohd Tajudin Abd Razak yang mewakili Aliff Syukri pula berkata pihak defendan akan mengemukakan dua saksi, iaitu anak guamnya sendiri dan isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid untuk memberi keterangan di mahkamah.
Abdul Kadir, 84, yang memfailkan saman pada 6 Sept 2023 berkata Aliff Syukri, 37, yang terlibat dalam industri hiburan dengan jumlah pengikut yang ramai dalam platform media sosial iaitu Facebook, Instagram dan lain-lain, didakwa telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap plaintif di Instagram dan Facebook miliknya pada 2 Julai 2023.
Bekas menteri penerangan itu mendakwa, kenyataan itu membawa maksud antaranya plaintif berhutang dengan defendan berjuta-juta ringgit, selain gambar plaintif yang diletakkan pada kenyataan tersebut telah mengundang komen negatif daripada pembaca.
Oleh itu, plaintif menuntut antaranya defendan membayar RM70 juta untuk libel (fitnah bertulis) dan ganti rugi yang dinilai oleh mahkamah, selain perintah supaya defendan memberikan aku janji bertulis untuk tidak akan menyiarkan sebarang fitnah terhadap plaintif serta permohonan maaf tanpa syarat yang disiarkan di akaun media sosial defendan, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah ini.
Sementara itu, Aliff Syukri menerusi pernyataan pembelaannya mendakwa beliau telah membuat bayaran pelaburan sebanyak RM30 juta bagi mematuhi perjanjian usaha sama bertarikh 26 Nov 2018 yang melibatkan plaintif, defendan serta dua syarikat.
"Pihak-pihak di dalam perjanjian usaha sama gagal membuat pembayaran wang yang telah dilaburkan oleh saya dan segala pelanggaran-pelanggaran janji sedemikian termasuklah aku janji yang diberikan plaintif kepada saya adalah di dalam pengetahuan plaintif sendiri," dakwa defendan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024
Abdul Kadir berkata Aliff Syukri telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya di Instagram dan Facebook pada 2 Julai 2023. - Gambar fail
Da’i Syed bertekad bersihkan nama di mahkamah
Pendakwah selebriti Da’i Syed bertekad membersihkan namanya selepas didapati bersalah merogol seorang wanita pada 2019.
Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29 tahun, menegaskan bahawa perjuangan ini demi keluarganya, selain tidak mahu anak perempuannya membesar dalam suasana negatif akibat kecaman netizen.
Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29 tahun, menegaskan bahawa perjuangan ini demi keluarganya, selain tidak mahu anak perempuannya membesar dalam suasana negatif akibat kecaman netizen.
Pengambilan tanah, pengalihan utiliti punca projek tebatan banjir lewat
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan, proses pengambilan tanah yang memakan masa terlalu lama menjadi antara punca utama berlakunya kelewatan projek rancangan tebatan banjir (RTB) khususnya di Pantai Timur.
Dua lagi kes virus mpox berpotensi bawa maut dikesan di UK
Dua lagi kes strain virus mpox yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan kontak rapat kes pertama, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA).
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Fahmi minta MCMC ambil tindakan bersesuaian berhubung video Aliff Syukri
Ia berhubung sedutan klip video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di media sosial.
“Kalau boleh setia pada satu isteri, nak jaga dua bukan senang” - Nasihat Aliff Syukri
"Cuba kita ni sebagai seorang lelaki isteri kita tu ada dua suami, apa kita rasa? Benda bukan mudah untuk kita terima."
Ibu Aliff Syukri dedah miliki rumah 7 bilik di London - beli hutang, bukan tunai
Rozita berkata, hasil berjimat cermat, rumah berkenaan merupakan hadiah untuk dirinya sendiri.
Aliff Syukri tuntut bekas menteri bayar hutang puluhan juta
Aliff mendakwa, beliau berkali-kali cuba menghubungi individu tersebut, namun sehingga kini masih tiada respons.
Aliff Syukri seronok jual durian serendah RM5 sekilo!
Aliff Syukri juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada yang membeli.
Aliff Syukri, isteri timang anak keenam
Luqman Al-Hakim nama pilihan untuk cahaya mata terbaharu pasangan itu.
'Keluar tangan dulu' - Isteri Aliff Syukri kongsi pengalaman bersalin anak keenam
Shahida berkongsi pengalaman pertama berdepan dengan komplikasi anaknya yang lahir mengeluarkan tangan terlebih dahulu.
Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."
Aliff Syukri tidak mengaku buat video sumbang
Aliff Syukri hadir di mahkamah membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.
Buat drama lagi? Aliff Syukri akui ada masalah mental
Usahawan kosmetik kontroversi itu juga umum undur diri dari media sosial.