Perwakilan UMNO perlu memandang ke hadapan dengan memahami pola tingkah laku dan gelagat sosial masyarakat untuk memastikan parti kekal relevan daripada asyik bernostalgia mengenai bekas pemimpin parti, demikian tegas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang menjalankan tugas sebagai timbalan presiden parti berkata adalah lebih baik jika perwakilan UMNO tidak lagi meng'hero'kan bekas pemimpin parti selepas ini.
"Nostalgia itu sesekali harus diingati tetapi memandang ke depan itu lagi penting," katanya dalam sidang media bersama-sama Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016 oleh Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Hishammuddin yang turut ditanya jika terdapat perwakilan pada perhimpunan agung kali ini yang masih tidak memandang ke hadapan, berkata terdapat perbezaan 'mood' pada persidangan tahun ini berbanding tahun lepas.
BACA: LAPOR LANGSUNG Jangan politikkan RUU355 - Najib
"Sangat berbeza dari segi semangat kekeluargaan, semangat untuk ke depan dan menjawab kritikan," katanya.
Ditanya mengenai tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara UMNO dengan PAS, Ahmad Zahid berkata ketika ini apa yang berlaku antara kedua-dua parti lebih kepada konsep ta'awun dan tabayyun dan bukanlah kerjasama politik seperti yang digembar-gemburkan.
"Ia terarah kepada ta'awun iaitu memberi pemahaman dan keutamaan kepada isu-isu yang kabur dan juga tabayyun iaitu pencerahan.
"Jadi kedua-dua aspek ini didahulukan daripada tahaluf siyasi. Jika tidak, mungkin akan timbul salah tafsir. Kesefahaman itu lagi penting daripada kerjasama," katanya.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat pada 24 Nov lepas bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355.
UMNO menyokong usul itu. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2016

AHMAD ZAHID: Adalah lebih baik jika perwakilan UMNO tidak lagi meng'hero'kan bekas pemimpin parti selepas ini. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Usahawan wanita perlu lebih berani ambil risiko, yakin dengan potensi diri - Ahmad Zahid
Usahawan wanita di Malaysia diseru untuk lebih berani mengambil risiko, yakin dengan potensi diri dan terus maju tanpa takut akan kegagalan.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan
Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook berkata pemergian Nur Ain Nabila pada 11 Feb lepas benar-benar menyentuh hatinya.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO.

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.