Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil hari ini menafikan satu laporan akhbar tempatan yang mendakwa beliau akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia pada 8 September depan.
Laporan portal Inggeris yang memetik sumber itu mendakwa, Fahmi berkemungkinan akan dinamakan sebagai calon Seri Setia untuk mengosongkan kerusi Lembah Pantai yang disandangnya.
Menurut laporan itu lagi, ia bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen tersebut.
Dalam sebuah mesej menerusi aplikasi WhatsApp, Pengarah Komunikasi PKR itu mengirim satu paparan skrin artikel berkenaan dengan kapsyen fake news (berita palsu) tertera di foto itu.
Selain itu, beliau juga memuat naik tweet yang berbunyi ... "and we just repealed the Anti-Fake News Act today." (Kami baru sahaja memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar hari ini.)
BACA: Dewan Rakyat lulus RUU mansuh Akta Antiberita Tidak Benar
PRK DUN Seri Setia diadakan selepas kerusinya kosong susulan penyandangnya Profesor Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia akibat barah usus pada 2 Ogos lalu.
Manakala, PRK DUN Balakong diadakan susulan kematian penyandangnya, Ng Tien Chee yang maut dalam kemalangan di KM11.7 Lebuhraya Grand Saga pada 20 Julai lalu.
Astro Awani
Thu Aug 16 2018
Fahmi Fadzil sifatkan laporan yang mendakwa beliau akan bertanding di Seri Setia sebagai berita tidak benar. - Gambar fail/Astro AWANI
Tahun Ular Kayu 2025 bawa 'qi' positif
2025 disifatkan sebagai 'tahun pengumpulan' yang dilihat mampu menjadi titik tolak dalam meraih banyak unsur positif seperti kemewahan dan kemeriahan.
KPKT peruntuk RM16 juta untuk pembinaan baharu Pasar Pasir Pinji
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan RM16 juta bagi pembinaan semula Pasar Pasir Pinji, Ipoh.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pembinaan pasar baharu itu bermula pada 20 November tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2026.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pembinaan pasar baharu itu bermula pada 20 November tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2026.
PM minta himpunan pesawah tidak ganggu lawatan Prabowo
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta himpunan pesawah dari seluruh negara yang dilaporkan akan berlangsung di Putrajaya hari ini, supaya tidak mengganggu perjalanan lawatan negara Presiden Indonesia Prabowo Subianto ke Malaysia.
Presiden Indonesia Prabowo tiba untuk lawatan negara
Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di ibu negara hari ini bagi memulakan lawatan negara atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pesawat yang membawa beliau mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada pukul 5.50 pagi.
Pesawat yang membawa beliau mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada pukul 5.50 pagi.
Jordan, Mesir tolak penempatan semula rakyat Palestin susulan seruan Trump
Safadi berkata penolakan Jordan terhadap penempatan semula adalah pendirian yang tegas dan penting untuk mencapai kestabilan dan keamanan.
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb- KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancarannya.
COO syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah terima suapan RM70,000
Tertuduh, Rostam Shahrif Tami, 59, yang merupakan COO bagi Kumpulan Prolintas mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara.
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan labuan hingga tengah hari ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa kawasan di empat negeri dan Labuan hingga 1 tengah hari ini.
Mardi lancar 'Green House Projek Inisiatif Keterjaminan Makanan 2025'
Ia merupakan sebahagian daripada Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan 2024 yang bertujuan memperkenalkan teknologi pertanian inovatif.
Tiada halangan penduduk Lembah Pantai sampaikan mesej seperti biasa - Fahmi Fadzil
Ia bagi memastikan mutu perkhidmatannya sebagai wakil rakyat kekal konsisten seperti sebelum beliau dilantik memegang jawatan menteri.
Adibah Noor miliki personaliti menawan - Fahmi
Sepanjang mengenali Adibah, Allahyarham sangat disenangi ramai dan mudah menerima sesiapa sahaja sebagai kenalan dalam hidupnya.
MoU kerajaan-pembangkang wujud kerana tiada Akta Antilompat Parti - Fahmi Fadzil
Mungkin nanti apabila Akta Antilompat Parti sudah terlaksana, tidak perlu lagi perjanjian persefahaman antara kerajaan dengan pembangkang.
Hujan lebat, tanah mendap di Jalan Maarof
Kejadian hujan lebat serta ribut petir sejak petang Sabtu mengakibatkan kerosakan teruk di Jalan Maarof, Bangsar malam tadi.
Jemputan media mengenai sidang akhbar Anwar Ibrahim palsu - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Strategik PKR Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil hari ini menafikan beliau ada mengeluarkan jemputan media mengenai sidang akhbar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin ini.
Belanjawan 2021: PH guna pengalaman mentadbir teliti pembentangan - Fahmi
Menurut Fahmi, rundingan dengan pihak Perikatan Nasional telah dibuat berbanding menghasilkan dokumen 'belanjawan bayangan' seperti yang dilakukan Barisan Nasional sewaktu di blok pembangkang.
'Konflik dalam PKR itu biasa, kerana ia dahulu lahir di jalan raya' - Fahmi Fadzil
Konflik kepimpinan yang melingkari Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan suatu perkara biasa kerana ia asalnya merupakan parti yang lahir 'di atas jalan raya'.
Palsu! Fahmi Fadzil nafi kosongkan kerusi Lembah Pantai untuk Anwar
Fahmi Fadzil hari ini menafikan satu laporan akhbar tempatan yang mendakwa beliau akan bertanding pada pilihan raya kecil DUN Seri Setia.
DBKL kenal pasti lebih banyak kawasan untuk 'pocket park'
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mengenal pasti lebih banyak kawasan untuk membina 'pocket park' atau 'hutan bandar mini' dalam usaha mewujudkan persekitaran hijau di sekitar ibu kota.
PAU2017: Lawan Guan Eng pun saya tak kisah - Nong Chik
Tegas Nong Chik, ia sekali gus tanda kesediaannya mencabar Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada PRU berkenaan.