Gabungan Parti Sarawak (GPS) lebih selesa dan memilih bergerak bersendirian daripada menyertai mana-mana parti politik dari Semenanjung Malaysia, kata pengerusinya Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Abang Johari, yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata mereka sekarang memfokus kepada pembangunan negeri ini dan ingin memberikan sesuatu kembali kepada rakyat.
"Kami lebih suka bergerak bersendirian. Jika kami jaga rumah kami dengan baik, maka ramai orang akan datang melabur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Centexs-SMA Safari 2019, di sini hari ini.
Abang Johari diminta mengulas tentang kolaborasi UMNO-PAS yang menyaksikan dua parti Melayu itu menandatangani memorandum kerjasama dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional.
Memorandum itu ditandatangani oleh kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS).
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) keluar BN pada Mei 2018 dan bertindak membentuk GPS.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 14 2019

Abang Johari berkata mereka sekarang memfokus kepada pembangunan negeri ini dan ingin memberikan sesuatu kembali kepada rakyat. -gambar Bernama
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.

Abang Jo, barisan Kabinet baharu mampu buat Sarawak terus cemerlang - PM
Perdana Menteri melahirkan keyakinan bahawa kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dibantu barisan Kabinet baharu akan membuat Sarawak terus cemerlang.

PRN Sarawak: Abang Jo menang selesa di DUN Gedong
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menang di kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dengan majoriti 3,607 undi.

PRN Sarawak: GPS selesa mendahului kiraan awal
Setakat 6 petang, keputusan tidak rasmi menunjukkan GPS selesa mendahului sebahagian besar daripada keseluruhan 82 kerusi DUN.

GPS tidak mahu bekerjasama dengan DAP
GPS tidak akan lupa apa yang dilakukan DAP pada Sarawak ketika PH mentadbir negara.

GPS tidak terlibat dalam rundingan gabungan politik baharu - Abang Jo
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata GPS adalah bebas dan hanya akan memerhati perkembangan yang berlaku di Kuala Lumpur.

Bimbang jangkitan wabak koronavirus, Sarawak sekat warga China, Indonesia
Satu laporan yang diterima Jabatan Imigresen Sarawak mendapati, daripada jumlah berkenaan, 13 adalah warga Republik Rakyat China, sementara dua lagi adalah warga Hong Kong.

Pakatan UMNO-Pas: GPS memilih untuk bersendirian - Abang Jo
Abang Johari, yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata mereka sekarang memfokus kepada pembangunan negeri ini dan ingin memberikan sesuatu kembali kepada rakyat.

Sekolah daif Sarawak: Kebenaran mula kerja sudah diserahkan lebih awal
Kementerian Kewangan sudahpun menyerahkan kebenaran memulakan kerja awalan untuk projek baik pulih sekolah daif Sarawak sejak 5 Ogos lagi.

Zahid Hamidi nafi rayu PBB jangan tinggalkan BN
Laporan mengenai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu telah meninggalkan Barisan Nasional juga adalah di luar pengetahuan beliau, katanya.