Usaha Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat ramai pihak sebagai perbuatan khianat kepada rakyat negara ini.
Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al- Habshee menegaskan, bekas perdana menteri itu tidak perlu menunjukkan kelakuan seperti mahu mensabotaj negara jika jujur dan reda dengan apa yang berlaku kini.
"Apa perasaan Dr Mahathir sekiranya kerajaannya diperlakukan seperti itu? Sudah tentu beliau akan mengamuk? Bayangkan semasa beliau memerintah dahulu, Amerika Syarikat (AS) cuba menjatuhkan beliau dan kerajaannya.
"Perlu diingat, sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah, orang Melayu terlalu sugul dan mengharapkan diubah kembali kepada kerajaan mesra bumiputera secepat mungkin.
"Alhamdulillah, Dr Mahathir sendiri selaku watak utama yang menjatuhkan kerajaannya sendiri atas nama tolak DAP dan Anwar Ibrahim," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, pada Khamis.
Dalam pada itu katanya, orang ramai kini telah menerima kerajaan Muhyiddin yang disifatkan sebagai lebih bertanggungjawab kepada rakyat.
"Beliau (Muhyiddin) mengutamakan kebajikan sekali gus rakyat sudah tidak memperdulikan lagi Dr Mahathir. Alhamdulillah Muhyiddin tidak melenting dan cukup tenang menghadapi tentangan Dr Mahathir itu.
"Di peringkat akar umbi, rakyat sudah bosan dan meluat dengan tingkah laku politik Dr Mahathir yang sejak dahulu memperalatkan rakyat untuk kesinambungan politik keluarga beliau.
"Lebih membingungkan, Dr Mahathir sanggup berkata yang beliau telah dipergunakan oleh orang Melayu dan UMNO selama 22 tahun pemerintahannya dahulu. Apa maksudnya sebenar? Adakah kerana itu beliau sering menghina orang Melayu mengatakan mereka sebagai pemalas dan bangsa yang tidak berjaya?" soalnya.
Syed Ali juga menyatakan rasa hairan kerana orang di sekeliling Dr Mahathir takut untuk bercakap benar dan memberitahu rakyat terutama orang Melayu sudah bosan dengan telatahnya yang semakin membimbangkan.
Soalnya, apakah Dr Mahathir yang sudah lanjut umur itu terus dipergunakan demi menjayakan agenda politik pihak-pihak tertentu.
"Hari ini setelah kerajaan PH tumbang dan Dr Mahathir hilang jawatan, dia tidak boleh menerima hakikat bahawa rakyat bawahan, terutamanya bangsa Melayu amat gembira.
"Tetapi, Dr Mahathir berterusan bercakap kononnya untuk mengembalikan mandat rakyat, walhal rakyat sedikit pun tidak pedulikan beliau malah lebih senang bersama kerajaan Muhyiddin.
"Rakyat sudah mula selesa dengan Muhyiddin dan tidak perlukan Dr Mahathir lagi. Selama lebih dua tahun rejim PH berkuasa, rakyat tertekan dan orang Melayu terhimpit. Cukuplah Dr Mahathir," tegasnya.
Syed Ali turut melahirkan rasa kasihan kepada Dr Mahathir yang sepatutnya sudah bersara sebagai seorang negarawan dan bukan lagi bergelumang dengan najis politik.
"Semalam beberapa portal berita melaporkan Dr Mahathir berikrar tidak akan berhenti daripada usaha menjatuhkan Muhyiddin kerana berang dengan penggantinya itu memberi peluang kepada parti UMNO.
"Sudah-sudahlah Dr Mahathir. Rakyat sudah muak dengan permainan politik serupa ini. Rakyat mahu terus maju ke hadapan," ujarnya.
Muhyiddin pula katanya, perlu mengambil iktibar dan menumpukan sepenuhnya kepada soal ketelusan dan integriti dalam menjana kerajaan dan negara.
"Jangan biarkan wujud kelemahan yang boleh dijadikan peluru untuk anda ditembak," jelasnya.
Astro Awani
Thu May 21 2020
SYED ALI: Apa perasaan Dr Mahathir sekiranya kerajaannya diperlakukan seperti itu?
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.