SHAH ALAM: Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dijangka dimaklumkan kepada Pejabat Speaker DUN Selangor pada Isnin depan.
Ia berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan Lee Kee Hiong semalam.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata buat masa ini, tumpuan diberikan kepada proses pengebumian terlebih dahulu yang akan dilaksanakan pada 25 Mac ini.
"Selepas ini kita kena bersedia untuk mengisi kekosongan (kerusi) dan kita tunggu pengumuman pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya kepada pemberita selepas Program Mahabbah Ramadan MADANI bersama penjawat awam Selangor di sini hari ini.
Amirudin berkata beliau telah mengamanahkan kepada Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri Jamaliah Jamaluddin untuk memantau kawasan DUN berkenaan selain mengatur dan membuat persediaan selepas dimaklumkan mengenai tahap kesihatan Lee yang semakin merosot kira-kira sebulan lepas.
"Saya berharap YB (Yang Berhormat) Jamaliah boleh bantu atur perkara ini dalam tempoh ke depan sebelum ia dimuktamadkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kelak," katanya.
Mengenai sama ada calon DAP dikekalkan dalam PRK akan datang, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor itu berkata secara tradisinya kerusi DUN Kuala Kubu Baharu adalah milik parti berkenaan.
"Sudah pasti kita perlu bincang dan muktamadkan. Setakat ini, 70 peratus yes (ya) kecuali ada arahan lain. Sekarang ini kita nak tumpu pengebumian yang dijangka berlangsung pada Isnin ini, lepas itu baru kita tumpukan pada PRK," katanya.
Semalam, Amirudin mengesahkan ADUN Kuala Kubu Baharu meninggal dunia dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
Pada Pilihan Raya Negeri Selangor lepas, Lee mengekalkan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu bagi penggal ketiga sejak menang di kerusi itu pada 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
Amirudin berkata buat masa ini, tumpuan diberikan kepada proses pengebumian terlebih dahulu yang akan dilaksanakan pada 25 Mac ini. - Gambar fail
Sega hasrat lancar perkhidmatan langganan permainan video
Perkhidmatan ini dijangka membolehkan Sega menjana keuntungan lebih tinggi dengan menawarkan langganan tersendiri.
Program tarif elektrik hijau diteruskan, kadar premium kekal
Program Tarif Elektrik Hijau akan diteruskan pada 2025 dengan penawaran kuota sekurang-kurangnya 6,600 GigaWatt jam pada kadar premium sama, iaitu 10 sen bagi setiap kilowatt jam.
Kadar tersebut juga merangkumi untuk pengguna voltan rendah dan 20 sen bagi setiap kilowatt jam bagi pengguna voltan sederhana dan tinggi.
Kadar tersebut juga merangkumi untuk pengguna voltan rendah dan 20 sen bagi setiap kilowatt jam bagi pengguna voltan sederhana dan tinggi.
Pulau Pinang kecualikan tunggakan denda cukai tanah dan petak
Kerajaan Pulau Pinang memberikan pengecualian tunggakan denda cukai tanah dan cukai petak sebanyak 100 peratus kepada semua pemilik tanah serta petak dari 2 Januari sehingga 28 Februari 2025.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, mesyuarat exco yang diadakan pada minggu lalu turut bersetuju memberikan pengurangan tunggakan denda cukai tanah dan petak sebanyak 50 peratus untuk pembayaran yang dibuat bermula 1 Mac sehingga 31 Mei 2025.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, mesyuarat exco yang diadakan pada minggu lalu turut bersetuju memberikan pengurangan tunggakan denda cukai tanah dan petak sebanyak 50 peratus untuk pembayaran yang dibuat bermula 1 Mac sehingga 31 Mei 2025.
Jangan buat pinjaman tambahan selepas naik gaji - CUEPACS
Penjawat awam diingatkan tidak membuat pinjaman berlebihan atau bertindih sekiranya tiada keperluan susulan kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, SSPA seharusnya tidak dijadikan alasan untuk penjawat awam menambah pinjaman, yang akhirnya akan menambah beban kewangan.
Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, SSPA seharusnya tidak dijadikan alasan untuk penjawat awam menambah pinjaman, yang akhirnya akan menambah beban kewangan.
Jumlah jualan kereta pada 2025 diramal merosot lapan peratus
Jumlah jualan keseluruhan industri kenderaan (TIV) pada 2025 diramalkan menyusut lapan peratus kepada 730,000 unit berbanding 790,000 unit pada tahun ini.
RHB Investment meramalkan, penurunan itu didorong oleh persaingan sengit berikutan kemasukan pemain baharu, khususnya pengeluar kereta dari China.
RHB Investment meramalkan, penurunan itu didorong oleh persaingan sengit berikutan kemasukan pemain baharu, khususnya pengeluar kereta dari China.
Panjat tingkap tandas, pelajar universiti awam maut tergelincir dari tingkat 33
Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai tergelincir ketika memanjat keluar dari tingkap tandas yang pintunya rosak.
SPRM fokus banteras 'grand corruption', kembalikan aset negara pada 2025
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi tumpuan kepada usaha membanteras rasuah dalam aspek perolehan, penguatkuasaan, dan ‘grand corruption’ pada tahun hadapan.
Panjat tingkap tandas, pelajar universiti awam maut tergelincir dari tingkat 33
Seorang penuntut perempuan sebuah universiti tempatan maut selepas terjatuh dari tingkat 33 sebuah apartment di Kajang, pada Rabu.
Suruhanjaya Negara siasat punca pesawat Azerbaijan Airlines terhempas
Melalui kerjasama pihak berkuasa Kazakhstan, Pejabat Peguam Negara Azerbaijan sedang menyiasat punca kejadian dan membuka kes jenayah.
Wanita warga Thailand didenda RM9,000 miliki 34kg minyak masak bersubsidi
Wanita itu didakwa dalam keadaan menimbulkan syak dan niat munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Lelaki maut selepas tikam bekas kekasih
Suspek yang cuba melarikan diri dari pihak berkuasa, bertindak terjun pada ketinggian 10 meter dan disahkan meninggal dunia.
Selamat jalan ke negeri abadi, Iman Ramadhani meninggal dunia ketika subuh
Mohamad Nur Iman sudah lama menghidap 'adrenoleukodystrophy' dan gejala awal mula dikesan sejak Julai 2021.
'Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini' - Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita sedih mengenai pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud akibat masalah batu karang dalam hempedu.
Anggota skuad Piala Dunia England 1966, George Eastham meninggal dunia
Pemain sayap itu merupakan sebahagian skuad bimbingan Sir Alf Ramsey yang menjulang Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah England.
Bekas pemain boling negara Allan Lee meninggal dunia
Bekas pemain boling kebangsaan, Allan Lee, meninggal dunia akibat faktor usia di sini, hari ini.
Bekas model Playboy maut lepas pembedahan sedut lemak
Bekas model Playboy, Tabby Brown disahkan meninggal dunia selepas menjalani prosedur sedut lemak.
Pemandu, kelindan maut lori kargo rempuh treler
Kemalangan melibatkan lori kargo yang merempuh bahagian belakang treler diparkir di bahu jalan.
Tokoh Kraf Negara meninggal dunia
Menurut anak sulung Allahyarham, bapanya mengadu sukar bernafas dan ahli keluarga menghantarnya ke HRPZ II tengah hari semalam.
Pelakon Lan Zailan meninggal dunia
Pelakon Lan Zailan disahkan meninggal dunia akibat kanser kira-kira pukul 4.21 pagi Khamis di PPUM.
Bakal pengantin dituduh langgar dua remaja hingga mati
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu kereta menyebabkan kemalangan dan kematian dua remaja pada Disember.