SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan berkemungkinan menjenamakan semula nama portfolio exco kerajaan negeri agar selari dengan peranan peringkat Kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata butiran tugasan barisan kepimpinan itu juga akan ditambah baik bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
"(Mengenai calon exco dan portfolio) yang itu kita akan bincang dalam masa terdekat, Insya-Allah dalam minggu ini, kalau boleh secepat mungkin dengan persiapan angkat sumpah exco.
"Saya akan jumpa ketua-ketua parti (dalam Kerajaan Perpaduan) secepat mungkin. Saya akan dapatkan keputusan di peringkat kepimpinan utama parti," katanya kepada pemberita selepas memulakan tugas rasminya sebagai Menteri Besar di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau optimis mampu melaksanakan sepenuhnya Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan dalam tempoh ditetapkan di samping meneruskan agenda atau manifesto lalu yang sedang dilaksanakan termasuk menukar status pemilikan tanah pajak menjadi hak milik kekal.
Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan merupakan manifesto Kerajaan Perpaduan yang ditawarkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas berteraskan lima tekad dengan 10 teras utama yang akan dinikmati rakyat.
Aspirasi yang menggariskan 70 inisiatif itu mencakupi keperluan dan kebajikan masyarakat berbilang kaum di negeri itu, sekali gus menjana peluang dalam memacu pembangunan negeri dan mensejahterakan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023

Aminuddin (kanan) mengimbas jari pada perakam waktu sistem pengurusan kehadiran sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di Pejabat Menteri Besar di Wisma Negeri, hari ini. - Foto BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB
Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit.

Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.

Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan
Pembinaan Masjid Terapung Port Dickson dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan di Batu 4, Pantai Cahaya Negeri.

Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.

Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng
Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains negeri menyiasat dakwaan berkaitan penemuan emas di Lenggeng.

N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.

ASEAN: MBS, MPPD perlu pastikan kebersihan bandar
Ia bersempena dengan kedudukan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bermula bulan ini.

Aminuddin umum BKK sempena Hari Raya Aidilfitri
Bantuan berkenaan turut diberikan kepada pejawat awam Persekutuan termasuk guru, pasukan berunifom dan lain-lain perkhidmatan.

Negeri Sembilan rekod kutipan hasil berjumlah RM636 juta pada 2024 - Menteri Besar
Beliau berkata ini merupakan satu pencapaian membanggakan dan sekali gus mencerminkan dedikasi, integriti serta usaha gigih seluruh penjawat awam negeri.

Bayaran masuk Muzium Tentera Darat Port Dickson mulai hari ini
Pengunjung yang berumur bawah enam tahun boleh masuk secara percuma.