Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka bertemu minggu depan, yang dilihat sebagai perkembangan positif selepas Presiden UMNO itu menghulurkan 'tali silaturahim' kepada PAS.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zarkashi ketika ditemu bual BernamaTV pada malam semalam berkata kedua-dua pemimpin itu dijadual bertemu dalam satu majlis anjuran Alumni Al-Azhar.
Dr Puad berkata Najib dijadualkan merasmikan majlis itu, manakala Abdul Hadi akan menyampaikan ucap utama.
"Apa yang penting di peringkat awal ini adalah untuk kita melihat bagaimana kedua-dua parti boleh bekerjasama dalam perkara yang sepatutnya terutamanya dalam hal dakwah, menentang ajaran sesat, ajaran liberalisme dan sebagainya," katanya di sini.
Puad turut berpendapat pertemuan dua pemimpin itu sebagai perkembangan positif kepada pelawaan presiden UMNO itu, namun masih terlalu awal untuk memperkatakan berhubung penggabungan kedua-dua parti itu.
Najib ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 semalam berkata UMNO menghulurkan 'tali silaturahim' kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam selepas parti itu 'disepak dan diterajang keluar' oleh rakan-rakan pembangkangnya.
Puad berkata para perwakilan yang membahaskan ucapan presiden itu juga dilihat menyokong pelawaan itu dan berpendapat PAS tidak lagi boleh diihat sebagai musuh politik UMNO.
Keterbukaan PAS, menerusi kenyataan Abdul Hadi sebelum ini, juga menunjukkan parti itu seperti bersedia untuk menjalin hubungan bersama UMNO, katanya.
BACA: PAS tunjuk tanda menggalakkan ke arah permuafakatan dengan UMNO - Najib
BACA: PAS bukan musuh utama UMNO
BACA: PAS adalah rakan tahaluf siyasi PKR, tegas Hadi
Bernama
Fri Dec 11 2015
Najib dan Abdul Hadi dijadual bertemu dalam satu majlis anjuran Alumni Al-Azhar. - Gambar fail
Hanya tiga peratus golongan T15
Golongan ini sebenarnya tak perlu bekerja disebabkan ahli keluarga memang kaya-raya dan tidak memerlukan bantuan kerajaan.
[TERKINI] Operasi SAR insiden bot karam
Operasi mencari lima mangsa hilang dalam insiden bot karam sewaktu sesi latihan regata di Sungai Sarawak disambung semula pagi ini.
Untuk perkembangan lanjut kita bersama wakil Astro Awani di Sarawak, Rudi Affendi Khalik.
Untuk perkembangan lanjut kita bersama wakil Astro Awani di Sarawak, Rudi Affendi Khalik.
AS kaji ancaman imej penderaan seks kanak-kanak dijana AI
Pihak berkuasa undang-undang semakin bimbang kerana teknologi itu boleh mendorong kebanjiran bahan terlarang itu.
73 rakyat Palestin syahid di utara Gaza
Pejabat media Gaza berkata, berpuluh-puluh lagi cedera dan hilang dalam serangan itu.
Ringgit dijangka stabil walaupun dolar AS kukuh
Ringgit kekal stabil minggu depan walaupun ditekan oleh kekuatan dolar AS, dengan prospek positif dari Belanjawan 2025 dan pemotongan kadar faedah global.
FBM KLCI dijangka kekal stabil, pelabur masih cernakan Belanjawan 2025
FBM KLCI dijangka berada dalam jajaran 1,655-1,665 minggu depan, dengan sokongan sektor hartanah, teknologi, dan dasar fiskal kerajaan.
Anwar ucap selamat memulakan tugas kepada Probowo
Rakyat Malaysia, untuk memberi ucapanselamat, untuk memulai tugas kepada sahabat lama saya, Prabowo, yang dah jadi Presiden yang akan angkat sumpah esok. Dan sebentar tadi saya bersantai dengan dia di rumah.. Bincang soal soal dan iktiraf merapatkan kerjasama dua hala.
Jokowi tentu saya hargai dan terima kasih sejak dia jadi Presiden, kita jalin kerjasama yang baik.
Jokowi tentu saya hargai dan terima kasih sejak dia jadi Presiden, kita jalin kerjasama yang baik.
AS kaji ancaman imej penderaan seks kanak-kanak dijana AI
Pendakwa raya Persekutuan Amerika Syarikat sedang meningkatkan usaha memburu suspek yang menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) untuk memanipulasi atau mencipta imej penderaan seks kanak-kanak.
Pembinaan semula Gaza ambil masa 80 tahun - PBB
Pakar perumahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Balakrishnan Rajagopal menyatakan bahawa pembinaan semula Gaza mungkin mengambil masa 80 tahun jika pasukan pendudukan Israel meneruskan serangan mereka ke atas wilayah itu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Israel teruskan serangan ke atas Lubnan, Hezbollah jadi sasaran
Serangan akan diteruskan selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menjadi sasaran serangan dron kumpulan Hezbollah.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.
Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi
Pas menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).
Muktamar Pas: SG4 bantu jayakan agenda nasional - Abdul Hadi
Fungsi penubuhan SG4 dalam kalangan empat negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) adalah untuk bersama menjayakan agenda nasional.
Pas tidak sesekali sertai PH, akan terus pertahan PN - Hadi Awang
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa PAS tetap berdiri teguh mempertahankan Perikatan Nasional (PN).
Kenyataan Presiden Pas tidak bertanggungjawab, main sentimen perkauman dan agama - Pemerhati
Tunku Nashril-Abaidah berkata kenyataan itu dibuat sebagai cubaan untuk menarik perhatian serta mengalihkan fokus daripada isu-isu sebenar.
'Biarlah dia seorang sahaja yang kuat' - Anwar enggan layan kenyataan Abdul Hadi
Anwar berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Ahli Parlimen Marang itu yang mendakwa pemimpin bukan Islam dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'naik kepala'.
PRN Sabah: 'Kita yang buat keputusan, bukan mereka' - Abdul Hadi
Keputusan sama ada Pas akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan ditentukan sendiri parti itu bukan pihak lain.