Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin penubuhan Majlis Ukhwah Islamiah Negara (MUIN) mampu menjadi jalan penyelesaian terakhir kepada usaha perpaduan ummah terutama dalam kalangan orang Melayu.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia berikutan mekanisme yang dilakukan pelbagai pihak termasuk kerajaan sehingga kini masih belum mencapai hasil yang diinginkan.
"Pelbagai usaha sudah dibuat seperti kerajaan sudah wujudkan Jawatankuasa Perpaduan Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri, lantik berbagai-bagai kaum, sebelum ini juga Perkasa dan NGO lain juga telah mengadakan Konvensyen Perpaduan Nasional dengan pelbagai cadangan telah dibuat.
"Malah, semua orang bercakap pasal perpaduan, namun nampaknya keadaan makin rapuh," katanya kepada Astro AWANI di Ibu Pejabatnya di sini, hari ini.
Tambahnya, MUIN akan melibatkan NGO dan parti-parti politik yang mempunyai majoriti orang Melayu.
"Saya tidak berunding mana-mana pihak. Cuma kita pernah suarakan pada Pas, semasa perjumpaan dan Pas janji nak beri respons tetapi belum dapat berita sehingga hari ini. Jadi, sebab itu kita terus sahaja bawa cadangan penubuhan MUIN kepada Majlis Raja-Raja," jelasnya.
Justeru katanya, memorandum cadangan penubuhan MUIN telah diserahkan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Kuala Lumpur pada Khamis.
Jelasnya, MUIN tidak akan mencampuradukkan isu perbincangan perpaduan dengan agenda politik parti masing-masing.
"Dalam MUIN ini, mesyuarat akan dipanggil mengikut keperluan pekara nak dibincang. Contoh kalau kita rasakan cadangan dibuat kerajaan Kelantan untuk meminda Rang Undang-Undang 355, kerana ia ada kepentingan Islam. Jadi kita sama-sama bincang dan ketepikan fahaman Pas, kita anggap ini agenda Islam bukan Pas," katanya lagi.
Tambah beliau, perbincangan akan dibuat berdasarkan agenda yang ditetapkan Sekretariat MUIN yang mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.
Antara yang akan dibincangkan dalam MUIN ialah rundingan biasiswa, tanah rizab Melayu dan pelbagai isu lain.
Beliau berharap Majlis Raja-Raja akan meluluskan memorandum cadangan penubuhan MUIN semasa Persidangan ke-242 Majlis Raja-Raja minggu hadapan.
Rahimah Abdullah
Fri Oct 07 2016
IBRAHIM: Semua orang bercakap pasal perpaduan, namun nampaknya keadaan makin rapuh.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq
Pemergian Tun Daim Zainuddin memberi kesan bukan sahaja kepada pemimpin veteran tetapi juga pemimpin muda seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
PRN: Putra tiada masalah guna logo PN - Ibrahim Ali
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) berharap dapat bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), dan diberi peluang oleh gabungan itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Putra perhalusi gabungan Amanah Merdeka Rakyat
Putra menolak gabungan itu sekiranya ia turut disertai oleh parti DAP.
Putra pertikai sidang media bersih nama Azam Baki, mahu kerajaan tubuh jawatankuasa bebas
Jawatankuasa bebas ini perlu diberi hak untuk menyelongkar segala maklumat dengan semua pihak dan diberi masa tiga bulan untuk menyediakan laporan siasatan.
PRN Melaka medan persiapan Putra ke gelanggang PRU15 - Ibrahim Ali
Langkah PUTRA bertanding pada PRN Melaka adalah sebagai persiapan parti itu untuk menghadapi PRU15, kata Presidennya Datuk Ibrahim Ali.
PRN Melaka: Putra umum calon bertanding di lima kerusi DUN
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang membuat penampilan pertama kali dalam pilihan raya akan mempertaruhkan lima calon bagi bertanding kerusi DUN pada PRN Melaka.
"Saya mengaku terima cek peribadi daripada Najib" - Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lim Guan Eng menang rayuan berhubung ganti rugi kes saman terhadap Perkasa
Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Lim, yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.
17 individu fail saman terhadap kilang cemar Sungai Gong
Tuntutan saman itu difailkan peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang mewakili 17 individu.
Pas, UMNO tidak tamak untuk jadi PM - Tuan Ibrahim
PAS menafikan Muafakat Nasional tidak mempunyai calon berkelayakan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri kerana menyokong pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin.