JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menafikan mengeluarkan kenyataan bersama-sama Pakatan Harapan (PH) menolak pencalonan Dr Maszlee Malik sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang Layang.
MUDA dalam satu kenyataan pada malam Selasa memaklumkan, kenyataan itu adalah palsu dan dibuat mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Harap semua pihak media tidak melaporkan kenyataan palsu ini.
"Kenyataan rasmi MUDA akan dikongsi kami sendiri terus kepada pihak media," menurut kenyataan berkenaan.
Kenyataan tersebut tular dalam media sosial menerusi satu kepala surat dengan logo PH dan MUDA kononnya menolak pencalonan Maszlee di kerusi DUN Layang Layang.
Menerusi kenyataan palsu tersebut yang bertarikh 15 Februari turut disertakan nama Setiausaha DAP Johor, Chen Kah Eng, Naib Pengerusi Parti Amanah (Amanah) Johor, Suhaizan Kaiat dan Setiausaha Agung MUDA, Amira Aisya Abd Aziz.
Pada Isnin, Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam dan bekas Menteri Pendidikan diumumkan sebagai calon kerusi tersebut bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi kawasan zon tengah.
BACA: PRN Johor: Maszlee calon PKR di DUN Layang Layang
BACA: PRN Johor: Sekiranya layak, Maszlee boleh dipertimbang sebagai calon Menteri Besar - Anwar
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 16 2022
MUDA menafikan kenyataan palsu mendakwa ia dan PH menolak pencalonan Maszlee (gambar) di kerusi DUN Layang Layang seperti yang tular sejak Selasa. -Gambar fail/Bernama
Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.
Kerangka Madani penting kepada kerjasama Jepun-Malaysia - Ishiba
Jepun dan Malaysia mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan kerjasama, dengan fokus terhadap meningkatkan pemerkasaan rantaian bekalan selaras dengan kerangka Madani.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
Buku Ghannouchi mengenai demokrasi Islam penting untuk umat Islam - Maszlee
Maszlee berkata, wacana yang menyelubungi Islam dan demokrasi sering menjadi polemik dan penuh dengan salah faham.
IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata
Kemajuan wanita penting dalam memupuk masyarakat sejahtera - IAIS
Kemajuan wanita memainkan peranan penting dalam memupuk masyarakat sejahtera, kata Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia Profesor Maszlee Malik.
Kejayaan Nusaybah bukti rakyat Malaysia mampu cipta kejayaan di peringkat dunia
Nusaybah melakar sejarah apabila menjadi mahasiswa Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang merangkul enam anugerah di Universiti Georgetown baru-baru ini.
Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.
Maszlee perjelas spekulasi tawaran jawatan
Maszlee menyifatkan teguran Perdana Menteri adalah untuk beliau kembali aktif membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik kongsi pengalaman berlakon Kudeta
Maszlee membawakan watak sebagai Jamal Banna bekas Perdana Menteri (PM) yang dipenjarakan atas tuduhan jenayah telah berkongsi pengalamannya berlakon dalam Kudeta.
Ruang akademik tidak boleh 'dicabul' politikus - Maszlee
Maszlee menegaskan, era menghukum ahli akademik yang mengkritik kerajaan juga sepatutnya harus berakhir.
Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?
Saingan empat penjuru di Simpang Renggam kini tertumpu kepada tawaran setiap calon dan nilai tambah mereka untuk memikat hati pengundi.