KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang akan bermesyuarat malam ini perlu mengambil keputusan menggantung sementara tugas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sehingga terjawab beberapa isu berkaitan presiden parti itu.
Ketua UMNO Bahagian Bakri, Mohd Fuad Tukirin berkata, ia sekali gus membolehkan MKT meneliti semula perkara yang telah dilakukan Ahmad Zahid dalam mentadbir parti.
"Ini memerlukan jiwa besar MKT untuk memperbaiki UMNO kepada landasan sebelum ini.
"Presiden perlu digantung sementara tugasnya supaya MT menilai semula perkara-perkara yang telah dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO lepas.
"Perkara ini sebenarnya kena dibicarakan untuk mencari jalan penyelesaian, apabila Presiden mengaku (suaranya dalam audio bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim) maksudnya dari segi integriti sudah tidak boleh dipercayai lagi untuk (pemilihan) akan datang," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
BACA: "Dalam mesyuarat semalam, Zahid mengakui itu suaranya" - Sumber MKT
BACA: Keluar atau kekal dalam kerajaan? MT UMNO bersidang secara maya esok - Sumber
Pada Selasa, sumber MKT mendedahkan Ahmad Zahid mengakui suara di dalam rakaman telefon yang tular bersama Presiden PKR sebelum ini adalah suaranya.
Sumber itu turut menjelaskan, presiden parti turut membuat pengakuan telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri semasa pertemuan yang berlangsung selama lebih dua jam di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan pada malam Isnin.
Sebelum ini, Mohd Fuad pernah melahirkan rasa bimbang wujud satu perjanjian sulit serta perancangan politik antara Ahmad Zahid dan Anwar sekiranya rakaman audio tular itu benar-benar sahih.
Jelas beliau, sekiranya rakaman perbualan telefon itu benar-benar tulen, ia sangat menyedihkan kerana itu bukti jelas Ahmad Zahid seolah-olah telah menipu dan mengkhianati seluruh ahli UMNO.
Mesyuarat tertutup antara Ahmad Zahid dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama beberapa pemimpin tertinggi termasuk Datuk Seri Najib Razak berakhir sehingga tengah malam Isnin.
Difahamkan, Ahmad Zahid akan membawa cadangan yang sama kepada MKT selepas majoriti Ahli Parlimen UMNO menolaknya dan menyokong kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Mac lalu antara lain menuntut supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan apabila tempoh darurat tamat, sama ada selepas 1 Ogos ini atau tarikh sebelumnya, jika darurat ditamatkan lebih awal.
Selain, keputusan juga dicapai bahawa Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan bersama PN apabila Parlimen dibubarkan.
Sebelum ini, Ahli MKT UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi yakin parti itu akan keluar serta menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.
Memetik laporan Sinar Harian, keyakinan itu adalah berdasarkan pendirian setiap ahli MKT UMNO untuk meneruskan langkah tersebut, malah lebih awal iaitu sebelum tamat tempoh darurat pada 1 Ogos.
Terbaharu, Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membuat gesaan itu atas alasan Ahmad Zahid tidak lagi mempunyai kredibiliti untuk memimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Wan Syamsul Amly
Wed Jul 07 2021
Mohd Fuad berkata, penggantungan sementara tugas Ahmad Zahid membolehkan MKT meneliti semula perkara yang telah dilakukan presiden dalam mentadbir UMNO. - Gambar fail/ASTRO AWANI
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
PKR Kelantan perlu lipat ganda usaha tambah keahlian - Nurul Izzah
Pemimpin dan anggota PKR peringkat cawangan diminta melipatgandakan usaha menambah keahlian bagi memastikan parti itu mampu memenangi kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Pastikan obor perjuangan reformasi terus menyala - Anwar
Presiden PKR ingatkan setiap ahli parti supaya memperkukuh jentera dan memastikan obor perjuangan reformasi terus menyala.
RM16 bilion ialah peruntukan keseluruhan untuk Sabah - Anwar
Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa RM16 bilion diumumkannya untuk Sabah pada Pesta Kaamatan 31 Mei lepas, ialah peruntukan keseluruhan untuk negeri itu bagi tahun ini.
Aminuddin nafi PKR N.Sembilan bergolak
Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata kepimpinan parti berada dalam keadaan baik dan pihaknya tidak dimaklumkan berhubung rasa tidak puas hati mana-mana pihak.
PRK Sungai Bakap: PKR ambil kekalahan PH sebagai tekad bermuhasabah diri
PKR menyahut keputusan PRK Sungai Bakap malam tadi sebagai tekad untuk bermuhasabah diri.
Pilihan raya bukan tempat tentukan akidah pengundi - Saifuddin Nasution
Jika ada pihak bertindak sedemikian rupa, maka mereka tidak sepatutnya disokong dalam mana-mana kempen.
PRK Sungai Bakap: BN atur strategi menangkan calon Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN akan mengatur strategi bagi membantu calon Kerajaan Perpaduan merampas semula kerusi Sungai Bakap, pada PRK bulan depan.
PRK Sungai Bakap: BN hormat kerusi PKR - Zambry
Barisan Nasional (BN) menghormati kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang sebelum ini dikuasai PKR.
Negeri Sembilan capai sifar miskin tegar hujung bulan ini - MB
Ia susulan pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program termasuk kerjasama dengan syarikat bagi menyediakan pekerjaan kepada miskin tegar.
Suparadi dilantik Pengerusi MPN Kelantan ganti Nik Nazmi
Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan yang baharu.