Pemimpin masyarakat India mengingatkan para pemimpin MIC agar segera mengambil tindakan bagi menamatkan krisis dalaman yang sudah lama berlarutan, jika tidak mahu melihat parti itu berkubur pada pilihan raya umum akan datang.
Jika perpecahan yang berlaku dalam parti itu berterusan tanpa penghujung, apakah pemimpin parti itu mempunyai banyak waktu untuk memulihkan semula parti bermasalah itu dan menyakinkan kepada masyarakat bahawa ia adalah sebuah parti yang boleh dijadikan tempat bergantung harap.
Mereka tidak banyak waktu lagi, memandangkan pilihan raya umum mungkin diadakan dalam dua atau tiga tahun ini.
Dengan krisis dalaman yang kini diheret menjadi kes mahkamah, tidak mungkin ada penyelesaian secara baik dalam masa terdekat ini. Kebarangkaliannya, ketika tiba masa rakyat keluar mengundi kelak, MIC mungkin masih sibuk menyelesaikan masalah dalaman mereka.
Keadaan ini pastinya bukanlah suatu senario yang memberangsangkan bagi Barisan Nasional (BN), di mana MIC adalah parti komponen yang penting kerana tanpa keyakinan terhadap parti yang boleh memperjuang dan membela kepentingan mereka, undi kaum India mungkin memihak pembangkang.
Pemimpin punca MIC tidak relevan
Presiden Persatuan Peniaga India Malaysia (MIBA) R. Letchmikanthan menggesa para pemimpin MIC berhenti "mengetengahkan agenda masing-masing" dan memberikan tumpuan kepada masyarakat India.
"Ramai di antara kita yang tertanya-tanya sama ada parti telah menjadi benar-benar tidak relevan berikutan krisis dalaman yang berlanjutan.
"Tetapi, sejujurnya, saya fikir ramai yang masih mahukan MIC menjadi relevan dan kekal sebagai sebahagian daripada parti pemerintah," katanya, dan menambah kata bahawa parti itu kini amat memerlukan pemimpin berkebolehan yang berupaya mengemudinya menjadi sebuah organisasi dinamik yang dapat memberi keutamaan perkhidmatan kepada rakyat melebihi daripada segala yang lain.
Melahirkan keyakinan bahawa asas-asas parti berusia 68 tahun itu masih kukuh, beliau menyalahkan para pemimpin parti yang gagal memberi keutamaan.
"Kami memerlukan MIC untuk memberi tumpuan kepada memberi khidmat kepada masyarakat. Sebenarnya menerusi parti sebegini, barulah suara kami akan didengar di Parlimen," katanya.
Krisis MIC semakin bergejolak berikutan perbezaan pendapat antara dua pemimpin utama parti setelah Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengeluarkan satu notis pada 5 Dis lepas mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan Naib Presiden dan 23 jawatan Anggota Jawatakuasa Kerja Pusat (CWC).
RoS telah membatalkan semua pemilihan parti yang diadakan pada November 2013 berikutan aduan penyelewengan.
Pada 18 Feb, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalan pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menemui Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam bagi menyelesaikan krisis parti.
Menurut Tengku Adnan, pada mesyuarat itu telah dipersetujui bahawa MIC akan mengadakan pemilihan semula parti dan ia akan menggunakan senarai CWC 2009 bagi tujuan mengadakan pemilihan semula parti seperti yang diarahkan oleh RoS.
Namun, pada 23 Feb, anggota CWC MIC A. K. Ramalingam memohon semakan kehakiman bagi mengarahkan RoS dan Ketua Pengarahnya, Mohammad Razin Abdullah, untuk menarik balik arahan pemilihan semula parti yang diberikan kepada MIC.
Menurut laporan akhbar hari ini, permohonan semakan kehakiman kedua terhadap RoS difailkan pada 24 Feb oleh Palanivel, dua naib presidennya Datuk S. Sothinathan dan Datuk S. Balakrishnan, dan bekas setiausaha agung A. Prakash Rao. Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Mac untuk mendengar permohonanan itu di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad.
Pilih pemimpin berkebolehan dan berpendidikan
Letchmikanthan berkata sebaik sahaja parti menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan RoS dan mengadakan pemilihan semula parti, ia hendaklah memilih pemimpin berkebolehan dan berpendidikan di peringkat cawangan dan bahagian.
"Kaedah pengurusan parti perlu ditingkatkan dan dipermodenkan bagi memastikan ia seiring dengan peredaran masa. Itulah sebabnya kita memerlukan pemimpin yang berpendidikan tinggi dan celik teknologi," katanya.
Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia A. Prakash berkata MIC perlu menjalani satu "baik pulih menyeluruh" sekiranya ingin kekal relevan dalam lanskap politik negara.
"Bahkan bila tidak berlaku masalah dalaman pun, parti ini gagal untuk memberi khidmat dengan baik kepada masyarakat India. Ramai orang datang menemui saya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap MIC," katanya.
Merujuk pentadbiran yang cekap dan sokongan rakyat sebagai kunci utama kepada kelangsungan MIC, beliau berkata: "Setakat ini parti gagal dalam kedua-dua hal berkenaan. MIC perlu melakukan lebih banyak usaha lagi jika ia benar-benar mahukan orang ramai mengundi calon mereka pada pilihan raya umum akan datang."
Ketika dihubungi Presiden Kelab Belia Tamil Bell K. Murali, yang sering bersuara lantang membangkitkan hal-hal MIC, enggan mengulas, dan hanya berkata tiada ada apa-apa yang mahu dibicarkannya memandangkan "segalanya sudah tidak dapat dikawal lagi".
Bernama
Tue Mar 03 2015
Pemimpin masyarakat India mengingatkan para pemimpin MIC agar segera mengambil tindakan bagi menamatkan krisis dalaman yang sudah lama berlarutan. - Gambar fail
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Kerajaan dicadang isytihar cuti tambahan sempena Deepavali
Datuk T. Murugiah mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 1 Nov ini sebagai cuti umum tambahan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati tempoh sambutan Deepavali yang lebih panjang.
MIC lakukan lantikan penting, Ramasamy kini Naib Presiden yang baharu
MIC hari ini melakukan beberapa lantikan penting bagi penggal 2024 hingga 2027 antaranya Bendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy dilantik sebagai Naib Presiden MIC yang baharu berkuat kuasa semalam.
PRK Mahkota: MIC yakin pengundi india berpihak kepada BN
Vigneswaran berkata ia berdasarkan maklum balas pengundi yang diterima semasa berkempen selain usaha kerajaan Johor jaga kebajikan kaum India.
MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan
MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.
MIC terbuka terima semula bekas ahli parti - Vigneswaran
Perkara berkenaan diputuskan pada mesyuarat ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang diadakan hari ini.
MIC akan kemuka cadangan kawal selia pengunaan media sosial - Dr R.Nelson
MIC akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Komunikasi berhubung mengawal selia penggunaan media sosial terutamanya TikToK bagi pengguna di bawah usia 18 tahun.
Puteri MIC mahu kerajaan tangani segera isu buli siber
Sayap kanan MIC itu menegaskan sudah wujud keperluan mendesak untuk menangani ancaman dalam talian yang kian meningkat.
PRK Sungai Bakap: MIC akan turun beri sokongan kepada PH, raih undi masyarakat India
MIC akan turun padang berkempen bagi calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
MIC adakan pemilihan presiden 12 April
MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini.