MCA menafikan parti itu memainkan sentimen perkauman dalam jelajah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong sebaliknya menegaskan fokus mereka lebih kepada memperjuangkan isu rakyat setempat.
Calon MCA bagi PKR itu, Tan Chee Teong berkata dakwaan yang dilemparkan DAP terhadap MCA adalah tidak berasas sama sekali kerana isu sentimen seperti itu langsung tidak timbul mahupun disuarakan oleh rakyat kepadanya ketika ditemui sepanjang 17 hari berkempen.
"Saya perlukan sokongan semua kaum, jadi macam mana isu (sentimen kaum) boleh timbul? Kempen saya kepada semua kaum di Balakong adalah sama saja," katanya kepada pemberita semasa meninjau masalah penduduk di Taman Sri Kota, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar semalam menyatakan Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong mendakwa MCA dan UMNO dilihat masih tidak memahami kehendak rakyat Malaysia baharu diperkenalkan Pakatan Harapan (PH) apabila memainkan sentimen kaum dalam kempen pilihan raya mereka.
Mengulas lanjut, Tan menegaskan kempennya bukan sekadar meraih undi semata-mata tetapi turut mendengar sekecil-kecil masalah yang disuarakan rakyat dan jika diberi mandat sebagai wakil rakyat baharu Balakong, setiap isu yang diadukan kepadanya akan dibawa ke dalam persidangan DUN untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, dalam tinjauan Tan di Taman Sri Kota, kira-kira 100 penduduk mengadu kepadanya mengenai bantahan pembinaan laluan keluar masuk pembangunan di atas tapak taman permainan menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke lokasi lain.
Beliau berkata walaupun suara rakyat di situ dilihat kecil, namun pihaknya komited untuk membantu menyelesaikan isu berkenaan jika diberi mandat kelak.
Tan akan berhadapan calon PH Wong Siew Ki dalam PRK itu pada Sabtu ini yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chie dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lepas.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Ng menewaskan calon Barisan Nasional, Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan majoriti 35,538 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 03 2018
![MCA nafi main sentimen kaum dalam kempen PRK MCA nafi main sentimen kaum dalam kempen PRK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81535959543_TANCHEETEONG.jpg)
CHEE TEONG: Saya perlukan sokongan semua kaum, jadi macam mana isu (sentimen kaum) boleh timbul?
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![MCA nafi main sentimen kaum dalam kempen PRK MCA nafi main sentimen kaum dalam kempen PRK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81535959543_TANCHEETEONG.jpg)
MCA nafi main sentimen kaum dalam kempen PRK
Tan Chee Teong berkata dakwaan yang dilemparkan DAP terhadap MCA adalah tidak berasas sama sekali kerana isu sentimen seperti itu langsung tidak timbul.
![PRK Balakong: Antara balak, kongsi dan pajakan tanah yang sampai ke penghujung PRK Balakong: Antara balak, kongsi dan pajakan tanah yang sampai ke penghujung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71535597597_TBBALAKONG.jpg)
PRK Balakong: Antara balak, kongsi dan pajakan tanah yang sampai ke penghujung
Sejak negara mencapai kemerdekaan, kawasan ini boleh dikatakan berubah hampir sepenuhnya, dengan menawarkan pelbagai jenis pekerjaan dan industri baharu yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
![PRK Balakong: Isu hapuskan tol tanya saya - Guan Eng PRK Balakong: Isu hapuskan tol tanya saya - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71535595931_LimGuanEng.jpg)
PRK Balakong: Isu hapuskan tol tanya saya - Guan Eng
MCA tidak sepatutnya bertanyakan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Wong Siew Ki ketika berkempen kerana beliau bukan menteri.
![Perlu ada 'win-win' sebelum tol dikurangkan - Mohd Anuar Perlu ada 'win-win' sebelum tol dikurangkan - Mohd Anuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61535495858_PRKBALAKONG.jpg)
Perlu ada 'win-win' sebelum tol dikurangkan - Mohd Anuar
Usaha menghapuskan tol bukannya janji kepada rakyat dalam 100 hari sebaliknya merupakan janji jangka panjang yang perlu dilaksanakan secara berperingkat.
![PRK Balakong: MCA diminta jangan 'salin dan tumpang' manifesto PH PRK Balakong: MCA diminta jangan 'salin dan tumpang' manifesto PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81535495842_WongSiewKi.jpg)
PRK Balakong: MCA diminta jangan 'salin dan tumpang' manifesto PH
Ini terutamanya dalam isu menaik taraf kemudahan infrastruktur di sekitar kawasan itu.
![MCA lancar 'Deklarasi Balakong' untuk reformasi hala tuju parti MCA lancar 'Deklarasi Balakong' untuk reformasi hala tuju parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61535494666_DatukSeriDrWeeKa.jpg)
MCA lancar 'Deklarasi Balakong' untuk reformasi hala tuju parti
Deklarasi berkenaan dimulakan pada Pilihan Raya Kecil DUN Balakong, 8 Sept ini bagi menarik kembali keyakinan rakyat kepada parti tersebut.
![PRK Balakong dan Seri Setia: Logo baru, satu lawan satu dan kerjasama Pas-UMNO PRK Balakong dan Seri Setia: Logo baru, satu lawan satu dan kerjasama Pas-UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71534631680_TBHARAPANxj.jpg)
PRK Balakong dan Seri Setia: Logo baru, satu lawan satu dan kerjasama Pas-UMNO
Keputusan kedua-dua PRK itu tidak akan mengubah kerajaan yang memerintah di negeri paling maju itu kerana majoriti besar yang dimiliki PH.
![Tempoh 21 hari kempen PRK peluang dekati rakyat Tempoh 21 hari kempen PRK peluang dekati rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71534564462_TBPRKBALAKONGx.jpg)
Tempoh 21 hari kempen PRK peluang dekati rakyat
Wong Siew Ki berkata meskipun PH masih baharu dalam kerajaan, namun beliau yakin rakyat bijak membuat keputusan terbaik menerusi PRK ini terhadap pentadbiran kerajaan.
![Bertanding atas tiket MCA hanya akan pecah belah rakyat - Lim Guan Eng Bertanding atas tiket MCA hanya akan pecah belah rakyat - Lim Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/51534567466_LimGuanEng.jpg)
Bertanding atas tiket MCA hanya akan pecah belah rakyat - Lim Guan Eng
Beliau berkata parti berkenaan hanya mewakili satu kaum sahaja, berbanding Pakatan Harapan (PH) yang mewakili semua kaum.
![DUN Balakong saksi pertandingan satu lawan satu DUN Balakong saksi pertandingan satu lawan satu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71534564462_TBPRKBALAKONGx.jpg)
DUN Balakong saksi pertandingan satu lawan satu
Calon PH adalah dari parti DAP, iaitu ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Wong Siew Ki, sementara mewakili MCA adalah ahli perniagaan Tan Chee Teong.