Tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) selama 21 hari merupakan peluang terbaik untuk rakyat menilai sendiri prestasi kerajaan berdasarkan 'kad laporan' 100 hari Pakatan Harapan (PH) memerintah negara ini.
Calon PH PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Wong Siew Ki berkata meskipun PH masih baharu dalam kerajaan, namun beliau yakin rakyat bijak membuat keputusan terbaik menerusi PRK ini terhadap pentadbiran kerajaan.
"Kami menolak sekeras-kerasnya politik gula-gula... kami tidak menggunakan taktik ini untuk memancing undi sebaliknya berdasarkan kepada rakyat untuk menilai sendiri prestasi kami.
"Saya berharap menerusi PRK ini, rakyat dapat beri peluang sekali lagi kepada PH untuk membuktikan perkhidmatan terbaik kami kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Dewan Utama Demesne di sini, hari ini.
Wong, 32, yang juga Timbalan Setiausaha Wanita DAP Selangor berkata beliau mahu berusaha menarik lebih ramai pengundi untuk keluar mengundi memandangkan jumlah keluar undi tidak sampai 50 peratus pada PRK Sungai Kandis 4 Ogos lepas.
"Dengan tempoh kempen 21 hari ini dapat saya dan pasukan manfaatkannya untuk menarik lebih ramai warga Balakong untuk mengundi pada 8 Sept ini," katanya.
Sementara itu, calon MCA Tan Chee Teong berkata beliau tetap mahu meneruskan cabaran untuk bertanding pada PRK ini bagi membuktikan kemampuan perkhidmatannya sebagai anak jati Balakong.
"Saya akui 'peperangan' 21 hari ini bukan mudah, namun dengan sokongan daripada akar umbi sehingga ke peringkat kepimpinan tertinggi, saya sangat terharu kerana mereka turut bersama-sama berjuang dengan saya sepanjang masa," katanya.
Ditanya mengenai penggunaan logo parti untuk PRK DUN Balakong buat kali pertama, Tan berkata ia tidak menjadi masalah buat pihaknya kerana MCA merupakan parti untuk semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum.
"Ia juga sebagai mesej kepada semua pengundi sepanjang tempoh berkempen ini bahawa kami merupakan parti kepada semua dan bukan hanya kepada satu kaum sahaja.
"Kami tidak hanya tertumpu kepada kawasan masyarakat Cina sahaja, tetapi kami turut berkempen di kampung-kampung Melayu dan India untuk memberitahu mereka bahawa MCA merupakan parti yang berkhidmat kepada semua kaum," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 18 2018

Wong (kiri) bergambar bersama Tan selepas masing-masing diumumkan sah bertanding oleh Pengurus PRK Balakong Datuk Rosli Othman di Pusat Penamaan Calon bagi PRK N27 DUN Balakong di Dewan Demesne hari ini. --fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Rebut peluang tingkat kelayakan akademik melalui APEL
Inisiatif yang disediakan MQA itu memberikan pilihan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kelayakan akademik individu.

Berlalu sudah 100 hari, apa pula selepas ini? Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini
Adakah semua kementerian mencapai KPInya dalam 100 hari yang ditetapkan, dan paling penting adakah rakyat benar-benar menerima manfaatnya?

Kerajaan perlu wujud jawatankuasa khas tangani isu alam sekitar
Kerajaan perlu mewujudkan jawatankuasa khas untuk melihat polisi dan mengambil langkah-langkah penguatkuasaan dalam menangani isu alam sekitar.

New Zealand rekod 100 hari tanpa jangkitan baharu COVID-19
Ketika ini, negara yang dengan populasi lima juta orang itu sudah menjalani kehidupan seperti biasa.

Mohd Zuki lalui 100 hari pertama di 'luar norma kebiasaan'
Kepentingan fungsi dan peranan beliau sebagai KSN menyerlah semasa Yang di-Pertuan Agong berkenan merungkai kemelut kepimpinan negara.

Rakyat akan terus tagih janji PH - Pemuda UMNO Kelantan
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, rakyat berhak menuntut janji tersebut selepas mereka memberi mandat kepada PH untuk menerajui tampuk pemerintahan negara.

PRK Balakong: Isu hapuskan tol tanya saya - Guan Eng
MCA tidak sepatutnya bertanyakan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Wong Siew Ki ketika berkempen kerana beliau bukan menteri.

Perlu ada 'win-win' sebelum tol dikurangkan - Mohd Anuar
Usaha menghapuskan tol bukannya janji kepada rakyat dalam 100 hari sebaliknya merupakan janji jangka panjang yang perlu dilaksanakan secara berperingkat.

Sabah telah bertemu Petronas isu royalti minyak
Kerajaan Negeri Sabah sudah mengadakan pertemuan dengan Petronas bagi membincangkan usaha merealisasikan tuntutan 20 peratus royalti minyak, baru-baru ini.

Beri peluang, kita duduk dalam perut mak pun 9 bulan - Jamal Yunos
Jamal menyatakan sokongan supaya kerajaan PH di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad diberi peluang untuk menunaikan manifesto.